Virus Korona Boleh Tersebar Dalam Jarak 2 Meter – Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Virus korona dikatakan boleh tersebar melalui sentuhan tangan dan juga zarah udara. Tetapi adakah anda tahu berapa jauh virus tersebut boleh tersebar? 

Berikut adalah statistik semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Korban virus korona hingga kini

Virus korona yang berasal dari bandar Wuhan di China ini telah mengorbankan ratusan nyawa, majoritinya dari rakyat negara itu di samping ribuan nyawa sedang dijangkiti.

Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2 Februari 2020, kes coronavirus telah merebak sebanyak 14,557 kini di seluruh dunia.

Artikel berkaitan:

Lebih membimbangkan apabila virus Wuhan yang berasal daripada kelawar ini turut mengorbankan nyawa individu luar dari China, sehingga kini di Filipina. Peningkatan jumlah kes dan angka korban mengakibatkan seluruh dunia semakin berwaspada. 

Pastinya hal ini menimbulkan tanda tanya, bagaimana penularan wabak coronavirus boleh tersebar dengan meluas dalam masa yang singkat? Sebelum itu, ini yang anda perlu tahu berkenaan virus COVID-19.

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020

Virus korona boleh tersebar dalam jarak 2 meter?

Anda rasa selamat selepas ‘sempat’ mengelak daripada individu yang bersin di depan anda? Nanti dulu… Sebenarnya, anda belum benar-benar selamat.

Ini kerana coronavirus atau virus yang dikenali sebagai 2019-nCoV ini boleh tersebar lebih jauh daripada apa yang anda sangkakan.

Pusat Kawalan Penyakit (CDC) memaklumkan bahawa virus korona boleh tersebar daripada satu individu kepada individu lain pada jarak hampir 6 kaki atau bersamaan 2 meter. 

Artikel berkaitan:

Penularan coronavirus berlaku apabila titisan atau rembesan air liur melalui bersin atau batuk daripada individu yang dijangkiti tersebar. Rembesan ini akan melekat pada bahagian mulut atau hidung individu berhampiran dan disedut masuk ke dalam paru-paru.

Masa merupakan satu aspek penting. Jika anda mendekati seseorang individu yang dijangkiti untuk tempoh lebih 10 minit, risiko untuk dijangkiti akan semakin meningkat. 

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum terdapat sebab yang jelas sama ada seseorang itu boleh dijangkiti virus Wuhan hanya dengan menyentuh permukaan atau objek yang mengandungi virus di atasnya. 

Apa-apa pun, sebaiknya elakkan daripada membuat dan menyebarkan sebarang andaian yang tidak sahih, atau anda akan menerima gelaran coronapalatau.

virus-korona-tersebar-2-meter

Bolehkah risiko jangkitan coronavirus diminimumkan?

Selepas mengetahui penyebaran virus korona boleh meliputi jarak 2 meter, maka anda perlu untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga dalam mencegah sebarang risiko jangkitan. Tetapi bagaimana?

Berikut dikongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan, antaranya:

  1. Menghindari hubungan fizikal

Antara cara paling mudah untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan virus korona adalah dengan menghindari hubungan fizikal seperti sentuhan dengan individu yang tidak sihat. 

Artikel berkaitan:

Tujuannya adalah untuk mengurangkan pendedahan kepada titisan atau rembesan air yang keluar. Ini terutamanya ketika seseorang individu itu bersin atau batuk.

Jika keadaan memerlukan anda untuk berada berdekatan, sebaiknya hindari sentuhan langsung dan sentiasa pastikan jarak anda adalah selamat.

  1. Berada di rumah ketika sakit

Langkah pencegahan bukan sahaja melibatkan individu lain, namun, ada masanya ia bermula dengan diri anda sendiri.

Selain daripada menghindari hubungan fizikal dengan individu yang tidak sihat, anda juga harus mengetahui keadaan kesihatan diri sendiri. Mempunyai badan yang tidak sihat sudah tentu akan meningkatkan risiko jangkitan coronavirus.

Ketahuilah, keadaan kesihatan yang tidak sihat serta sistem imun rendah, pastinya akan mendedahkan anda kepada penyakit. Sebaiknya, jika kesihatan anda tidak mengizinkan, berehatlah di rumah. Ia sekurang-kurangnya dapat mengelakkan penyebaran sebarang masalah kesihatan kepada individu lain. 

Bagi sebarang persoalan berkenaan jangkitan COVID-19, baca artikel di bawah ini.

8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!

  1. Menutup hidung dan mulut

Antara usaha yang amat digalakkan dalam mencegah penularan jangkitan virus Wuhan ini adalah dengan memakai topeng muka. Ia membantu melindungi bahagian hidung dan mulut, iaitu antara bahagian yang sering menjadi saluran utama jangkitan penyakit.

Jika tidak, gunakan tisu sebagai pelindung ketika bersin mahupun batuk dan buangkannya sejurus selepas selesai. Sudah tentu ia dapat membantu mencegah penyebaran sebarang virus kepada individu lain.

  1. Membasuh tangan dengan kerap

Amalan membasuh tangan pastinya satu cara baik untuk mengurangkan penyebaran wabak coronavirus. Membasuh tangan adalah satu cara berkesan untuk menjaga tahap kebersihan dan melindungi diri daripada wabak.

virus korona

Anda perlu mencuci dan membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap terutamanya sebelum makan, selepas ke tandas serta selepas bersin mahupun batuk. Jika tidak terdapat sumber air yang berdekatan, anda boleh menggunakan gel pembersih tangan sebagai alternatif. 

Anda juga amat dinasihatkan untuk menghindari sebarang sentuhan pada mata, hidung mahupun mulut sebelum membasuh tangan. Jadi elakkan daripada menggosok mata atau hidung sebelum membasuhnya, okay? Paling tidak pun, gunakan tisu basah untuk mengelap tangan terlebih dahulu.

coronavirus-tersebar-2-meter

Kesimpulannya 

Sesiapa juga berisiko untuk dijangkiti wabak coronavirus, walaupun anda mungkin tidak pernah menjejakkan kaki ke Wuhan, tempat pertama coronavirus dikesan. Ia boleh tersebar kepada anda dengan hanya melakukan hubungan fizikal dengan individu yang sudah dijangkiti. 

Jadi kami di Hello Doktor menyarankan agar anda sentiasa menjaga aspek kebersihan dan perlindungan diri daripada dijangkiti wabak ini. Jangan memandang enteng kepada sebarang risiko yang mungkin boleh berlaku. Sentiasa berhati-hati!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan