backup og meta

COVID-19 Makin Merebak, Ini 10 Persiapan Sebelum Raya Anda Kena Buat Dari Sekarang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/06/2020

    COVID-19 Makin Merebak, Ini 10 Persiapan Sebelum Raya Anda Kena Buat Dari Sekarang

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Ramadhan telah tiba. Tak lama lagi, kita akan menyambut raya pula. Anda merancang nak balik kampung ke sepanjang PKP nanti?

     Tapi dengan sekarang sedang kecoh tentang virus Wuhan, apakah persediaan anda?

    Berikut merupakan statistik semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia:

    [covid_19]

    Percutian vs virus Wuhan yang makin merebak

    Sebut saja balik kampung, pastinya ia satu perkara yang menyeronokkan. Apatah lagi jika ia untuk balik berjumpa keluarga yang telah lama tak dijumpai.

    Tapi memandangkan sekarang sedang hangat kes virus Wuhan, apakah persediaan yang boleh anda ambil untuk mengelakkan keluarga anda dijangkiti terutamanya bagi kanak-kanak?

    Sebelum berbincang lebih lanjut tentang tip yang patut diamalkan sepanjang raya kelak, apa kata anda ambil tahu tentang virus Wuhan melalui infografik di bawah ini.

    virus WuhanMencegah adalah lebih baik dari merawat. Ini 10 tips yang wajib diamalkan oleh anda sepanjang cuti raya ini bagi mencegah penularan virus corona:

    1. Vaksin

    Pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan doktor mengenai tahap kesihatan dan keluarga.

    Anda mungkin memerlukan beberapa jenis suntikan vaksin, dan sesetengah vaksin memerlukan sedikit masa sebelum antibodi terbentuk.

    Oleh sebab itu, anda disarankan mengambil vaksin beberapa minggu sebelum ke mana-mana.

    1. Membasuh tangan

    virus Wuhan

    Sentuhan merupakan antara salah satu punca penyakit berjangkit.

    Untuk mengelaknya, anda haruslah memastikan anak-anak mencuci tangan dengan kerap

    Pastikan anak mencuci tangan menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 30 saat sebelum dibilas. Lakukan proses ini setiap kali sebelum atau selepas makan, selepas keluar bilik air dan apabila perlu.

    Artikel berkaitan:

    1. Gel pembersih tangan

    Sekiranya anda khuatir susah ingin mencari sumber air terutamanya ketika bercuti, pastikan anda membawa gel pembersih tangan (hand sanitizer) sebagai pengganti air

    Gunakan ia apabila diperlukan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minit setiap penggunaan. 

    Umumnya, kebanyakan gel pembersihan tangan diperbuat dari sebatian alkohol. Ada yang mengandungi sebatian antibiotik, yang lebih cenderung untuk membunuh bakteria.

    Tapi ia tak berfungsi untuk melawan virus seperti selesema.

    Untuk memahami berkenaan bagaimana virus ini boleh menyebabkan anda sakit, sila tonton video di bawah ini:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/

    1. Hindari sentuhan langsung

    Jika anda tidak mencuci atau membersihkan tangan, elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda. Ini antara cara yang boleh menghindari sebarang jangkitan daripada memasuki badan. 

    1. Mengelap segalanya

    Salah satu cara untuk menghindari sebarang jangkitan virus seperti virus corona ini adalah anda digalakkan untuk mengelap segala barang yang akan anda sentuh dengan tisu pembersih (sanitary wipes).

    Terutamanya pada tempat duduk anak-anak anda seperti kerusi bayi dan sebagainya. 

    1. Jangan lupa pakai topeng muka

    Pemakaian topeng muka merupakan cara terbaik untuk mengelak jangkitan virus korona.

    Pemakaian topeng muka ini sangat penting jika percutian anda memerlukan anda menaiki sebarang pengangkutan awam seperti kapal terbang

    Pastikan setiap ahli keluarga anda terutama si kecil dipakaikan topeng muka, lebih-lebih lagi jika terpaksa duduk bersebelahan dengan individu yang batuk dan bersin

    Artikel berkaitan:

    1. Jaga pemakanan anda

    Sememangnya rugi jika pergi bercuti, tetapi tidak mencuba makanan tempatan di sana.

    Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghindari makanan atau minuman yang sudah terdedah dalam tempoh yang lama, sayur-sayuran mentah dan sebarang makanan yang tidak dimasak, dan salad atau buah-buahan yang tidak dibasuh.

    1. Banyakkan minum air

    Dapat meneguk air sejuk pastinya amat melegakan selepas penat berjalan-jalan, bukan? Tetapi ketika bercuti di luar negara, terutamanya di China semasa penularan wabak corona ini, sebaiknya pilihlah untuk minum air yang sudah dimasak atau air mineral yang dibotolkan. 

    1. Hindari tempat sesak

    Tempat yang sesak bermaksud risiko untuk mendapat sebarang jangkitan virus adalah lebih tinggi. Jadi sebaiknya hindari tempat yang terlalu sesak, jika boleh, lebih-lebih lagi apabila terdapat anak kecil bersama anda. 

    Ini kerana sistem imun mereka lebih rendah dan lebih terdedah kepada sebarang jangkitan.

    Ketahui dengan lebih lanjut mengapa kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan melalui artikel ini.

    1. Gunakan tisu

    Sekiranya anda atau ahli keluarga anda batuk atau bersih, sebaiknya gunakan tisu kerana ia boleh dibuang selepas digunakan. Ini kerana jika anda menggunakan sapu tangan, terdapat risiko pembiakan kuman dan bakteria.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Akhir kata

    Tidak salah untuk bercuti, tapi pastikan anda mengambil langkah-langkah persediaan yang sewajarnya untuk keluarga dan anak-anak. 

    Namun, jika keadaan kesihatan anda atau keluarga tidak mengizinkan, sebaiknya tundakan percutian. Faktor kesihatan adalah lebih penting berbanding percutian.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca artikel berkaitan:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan