Ramai Pasangan Bercerai Ketika Kuarantin, Apa Nak Buat Jika Bosan Terkurung Di Rumah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Dunia kini sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19. Disebabkan itu, pelbagai langkah keselamatan dan kesihatan telah diwujudkan oleh semua negara di seantero dunia untuk memerangi penularan virus korona baharu ini.

Di beberapa buah negara yang terjejas teruk seperti China dan Itali, perintah lockdown telah dikeluarkan untuk menyekat segala pergerakan rakyat dari keluar dan masuk di negara terbabit dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

19,627

Disahkan

9,196

Sembuh

176

Kes Kematian
Peta sebaran

Sementara di Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Sekiranya jumlah kes masih dilihat meningkat, tidak mustahil negara kita juga berkemungkinan untuk lockdown.

Ini adalah langkah yang sangat wajar dilakukan oleh pihak kerajaan setiap negara untuk mengehadkan pergerakan dan menggalakkan kuarantin dalam kalangan rakyat bagi mengurangkan jumlah kes positif COVID-19.

Pun begitu, ada pula berlaku kes yang membimbangkan akibat dari langkah kuarantin yang dibuat di China. Ingin tahu apakah kes tersebut? Jom kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Ramai pasangan di China bercerai akibat kuarantin terlalu lama?

bercerai

Menurut laporan, terdapat ramai pasangan di bandar besar seperti Xi’an, Dazhou dan Tongchuan di China telah memohon untuk bercerai dengan pasangannya. Perkara ini juga telah menjadi topik perbincangan hangat di Weibo, laman sesawang sosial yang popular dalam kalangan masyarakat China.

Persoalannya, apakah sebab perkara ini terjadi? Tabloid Global Times menyatakan mungkin terdapat 2 sebab utama yang mengakibatkan berlakunya perkara ini.

Pertama, Pejabat Pendaftaran Perkahwinan baru sahaja dibuka semula selepas ditutup buat sekian waktu untuk mematuhi perintah lockdown di negara China.

Kedua, ramai pasangan China dikatakan menuntut cerai akibat dari kuarantin yang terlalu lama sekali gus mencipta pelbagai drama dan konflik dalam rumah tangga mereka.

Pun begitu, ramai dalam kalangan mereka yang tidak jadi untuk bercerai atau akan berasa menyesal selepas melakukannya. Ini membuktikan perintah kuarantin yang dijalankan bagi membendung penularan COVID-19 ini bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan individu malah boleh merosakkan keharmonian rumah tangga.

Bercerai bukan satu pilihan yang wajar untuk suami isteri

COVID-19

Tidak dinafikan, suasana ketika pandemik COVID-19 ini adalah sangat membimbangkan. Perintah lockdown di sesebuah negara telah mengakibatkan isi rumah terpaksa ‘berkurung’ di dalam rumah sahaja.

Keadaan yang memaksa pasangan suami isteri melakukan kuarantin di rumah ini tentu sahaja akan mengakibatkan stres, depresi, bosan, lemah dan lesu ekoran pergerakan yang sangat terbatas.

Namun, adalah lebih baik jika kita pandang ia dari sudut positif bukan? Apa kata jika kalian menganggap ini adalah satu peluang untuk anda dan pasangan honeymoon di rumah sendiri?

Jadi, seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung kini, usahlah kita mencari salah, menuding jari atau bermasam muka dengan pasangan. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sudah sedia teruk dengan penularan COVID-19.

Ini merupakan beberapa tip yang suami isteri wajar amalkan ketika sedang kuarantin di rumah:

#1. Saling bantu-membantu antara satu sama lain

Daripada berkelahi, apa kata anda dan pasangan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam hal membersihkan rumah, mencuci pinggan mangkuk, membasuh pakaian dan lain-lain? Dengan ini, dapatlah kalian semua bekerjasama dan mengisi masa lapang masing-masing.

#2. Menegur dengan bersopan tanpa memarahi

Jika anda terlihat anak anda yang masih kecil berdegil untuk bermain dengan kawan di luar rumah, jangan sesekali memarahinya. Sebaliknya, cuba tegur dengan bersopan agar tiada pihak yang kecil hati. Ia sudah tentu akan membuat rumah tangga kalian lebih aman dan harmoni.

#3. Ajar anak-anak mengenai COVID-19

Kebanyakan kanak-kanak masih kurang mengerti mengenai bahaya virus korona baharu ini. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang pandemik yang melanda dunia ini. Jelaskan kepada mereka dengan terperinci agar mereka faham dengan situasi dunia sekarang.

#4. Adakan mesyuarat keluarga

Sebagai ibu bapa, kalian perlu menjadi nakhoda dalam keluarga. Oleh itu, adakan mesyuarat keluarga untuk sama-sama membincangkan peranan yang perlu dimainkan masing-masing.

Mungkin sebagai ayah, anda adalah orang yang bertanggungjawab memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang tempoh separa lockdown ini berlangsung.

Sebagai ibu pula, mungkin tanggungjawab anda adalah untuk memastikan anak-anak tidak keluar rumah dan mengamalkan kebersihan serta kerap mencuci tangan dengan sabun dan air sentiasa.

Anak-anak juga tidak wajar diketepikan. Mungkin kalian boleh membantu dengan menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja di rumah? Ia tidak begitu sukar bukan?

Dengan langkah-langkah ini, maka keharmonian di dalam rumah tangga sepanjang tempoh kuarantin ini dapat dicapai. Jadikanlah kes pasangan bercerai di China ini sebagai satu pedoman buat kalian.

Akhir kata, marilah kita sama-sama memerangi wabak COVID-19 ini demi masa depan dunia yang lebih cerah!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lagi Berita Gembira COVID-19: PKP Bawa Hikmah Kepada Semua, Udara & Air Sungai Di Malaysia Makin Bersih

    PKP memang membuat orang awam resah dan gelisah. Namun, tahukah anda bahawa kerananya juga alam sekitar malaysia sudah lebih bersih? Jom baca ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 27/04/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Nak Lagi PKP Dilanjutkan? Ini 5 Benda Anda TOLONG JANGAN Buat Lagi!

    Nak tahu, 5 kesalahan ini sering dilakukan oleh masyarakat kita berkaitan jangkitan COVID-19. Elak penyebaran wabak penyakit COVID-19 dengan tip ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 22/04/2020 . 3 minit bacaan

    Suami KANTOI Curang Apabila ‘Bawa’ Balik Virus COVID-19 Pada Isteri, Adoi!

    Terbaharu, ada satu kisah mengenai seorang lelaki yang main kayu tiga sehingga menyebabkan dia dijangkiti COVID-19! Adakah ia benar atau sekadar rekaan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 20/04/2020 . 3 minit bacaan

    Co-Parenting Semasa COVID-19, Bagaimana Pasangan Bercerai Urus Penjagaan Anak

    Ketika penularan wabak COVID-19, anda pasti mahu bersama anak-anak. Jika anda dan pasangan sudah bercerai, bagaimana hak penjagaan anak tempoh PKP?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 17/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    sembahyang raya

    Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    kelebihan solat tarawih

    Nak Berat Badan Ideal Masa Ramadan? Buatlah Solat Tarawih, Bakar Kalori Anda Lepas Berbuka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/04/2020 . 3 minit bacaan
    bila pkp akan tamat

    PKP Akan Tamat Jika Malaysia Mampu Penuhi 6 Kriteria Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/04/2020 . 2 minit bacaan