backup og meta

Pesakit Di Korea Kembali Positif Selepas Sembuh COVID-19, Adakah Anda Perlu Risau?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/05/2020

    Pesakit Di Korea Kembali Positif Selepas Sembuh COVID-19, Adakah Anda Perlu Risau?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Ini misi terbaharu bagi pihak berkuasa Korea Selatan- Mengapa 163 individu yang telah sembuh kembali positif semula?

    Wabak virus korona baharu (COVID-19) dilihat sebagai ancaman baru sejak Januari 2020.

    Mereka yang dijangkiti majoritinya mengalami simptom ringan yang hanya boleh sembuh dengan rawatan konservatif.

    Hanya sebahagian kecil sahaja yang memerlukan bantuan pernafasan menggunakan mesin.

    Biarpun begitu, kebanyakan pesakit mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh jika diberikan rawatan sebaiknya.

    Namun, insiden peningkatan jumlah pesakit yang kembali positif di Korea Selatan membuatkan kita berfikir sejenak.

    Adakah mereka yang sembuh berisiko dijangkiti semula?

    Jika benar, pihak berkuasa di seluruh dunia perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada keadaan pesakit dan memastikan mereka lebih berhati-hati selepas sembuh.

    [covid_19]

    Pesakit kembali positif, risiko yang tidak pernah dipandang serius?

    Perkara ini bukan baru. Ia pernah terjadi pada peringkat awal wabak ini sedang berlangsung.

    Pada ketika itu, ia berlaku di China. Seorang pesakit yang bernama Li Liang telah dirawat dan 13 hari kemudiannya, sampelnya negatif daripada wabak.

    Gembira dengan berita tersebut, dia telah dibenarkan pulang untuk dikuarantinkan.

    Walau bagaimanapun, malang buat Li apabila dia mengalami masalah kesukaran bernafas dan mati pada 2 Mac 2020.

    Punca kematian? Kegagalan sistem pernafasan akibat daripada aktiviti virus korona baharu.

    Perkara ini bukan hanya berlaku kepada Li sahaja malah pesakit lain yang turut kembali positif selepas disahkan sembuh.

    Ekoran daripada kejadian tersebut, kebanyakan hospital di Wuhan enggan membenarkan pesakit mereka pulang.

    Artikel berkaitan:

    Adakah perkara ini pernah dipandang serius oleh pihak berkuasa China? Sudah tentu namun ia tidak menarik perhatian dunia.

    Sehinggalah ia berlaku semula di Korea Selatan.

    Tiada angka rasmi yang direkodkan berkenaan dengan mereka yang disahkan kembali positif COVID-19.

    Siasatan klinikal dan epidemiologi sedang dijalankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

    Namun ujian terhadap sel sistem pernafasan pesakit akan mengambil masa dua minggu.

    Korea Selatan mengalami penurunan mendadak dalam konteks kes baharu. 

    Bayangkan dalam masa 50 hari, mereka berjaya mengawal penularan kes kepada kurang daripada 30 kes baharu sehari.

    Namun, kes pesakit kembali positif ini boleh menyebabkan penularan sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil.

    Jangkitan semula sebabkan bekas pesakit kembali positif?

    kembali positif

    Melihat kepada corak jangkitan semula bagi pesakit yang kembali positif, pelbagai jenis spekulasi telah dibuat.

    Kira-kira 2% daripada 7,829 pesakit yang direkodkan sembuh telah disahkan kembali positif.

    Namun, saintis tidak dapat mengkulturkan virus dari populasi pesakit tersebut.

    Walaupun 44% daripada mereka mengalami simptom ringan seperti demam dan batuk, menurut Pemangku Pengarah KCDC, Kwon Joon-wook, mereka tidak berjangkit.

    Perkara tersebut selari dengan kajian yang telah diterbitkan pada awal Mac 2020.

    Mereka yang disahkan positif dan mengalami simptom ringan tidak berjangkit selepas 10 hari mereka menunjukkan simptom.

    Biarpun begitu, mereka perlu dikuarantinkan memandangkan kebanyakan saintis belum betul-betul memahami corak jangkitan COVID-19.

    Jadi apakah penyebab kepada pesakit mendapat keputusan positif semula?

    Kebanyakan anggapan yang dibuat hanyalah teori namun mempunyai asas sains yang relevan.

    Berdasarkan fakta mengenai pesakit tidak lagi berjangkit, ia mungkin bermakna ujian COVID-19 mengesan saki baki maklumat genetik virus yang tertinggal.

    Oleh sebab itulah sampel daripada pesakit yang kembali positif tidak boleh dikultur di makmal perubatan.

    Seperti negara lain, Korea Selatan menggunakan kaedah tindak balas rantaian polimerase transkripsi berbalik (RT-PCR).

    Ujian tersebut mengesan maklumat genetik dan oleh sebab ia terlalu sensitif, ia mampu mengesan saki baki maklumat genetik virus selepas pesakit sembuh.

    Setakat ini, teori ini disokong oleh kebanyakan ahli akademik dan Kwon juga menganggap tidak mustahil perkara ini berlaku.

    Salah seorang pakar pernafasan di China, Dr Zhong Nanshan turut memberikan teori yang sama.

    Punca lain sebabkan pesakit kembali positif virus korona

    kembali positif

    Oleh sebab kajian berkaitan dengan kes pesakit kembali positif masih kurang, penjelasan kepada fenomena ini boleh dijelaskan melalui beberapa teori.

    Antaranya adalah kes keralatan ujian COVID-19 dan pengaktifan semula virus COVID-19 yang dorman.

    Bahan kimia yang digunakan di dalam reagan boleh menjadi penyumbang kepada ujian COVID-19 pesakit kembali positif.

    Namun, menurut Kwon, isu berkaitan dengan keralatan ujian COVID-19 berada pada tahap yang minimum.

    Ini bermaksud jika pesakit disahkan kembali positif, masalah pada ujian COVID-19 bukanlah puncanya.

    Walau bagaimanapun, perkara ini perlu diselidiki dengan lebih dalam.

    Pihak berkuasa Korea Selatan berpendapat bahawa jika seseorang itu disahkan positif semula, ia bukan disebabkan oleh jangkitan semula.

    Baca juga:

    Ia mungkin berpunca daripada pengaktifan semula virus yang dorman.

    Jarak masa bagi pesakit yang sembuh disahkan kembali positif sangat singkat. 

    Ini bermakna, teori berkenaan dengan pengaktifan semula atau pengesanan saki baki maklumat genetik virus adalah lebih tepat.

    Tiada bukti yang menunjukkan pesakit boleh dijangkiti semula oleh virus selepas sembuh.

    Mereka yang disahkan positif semula juga tidak boleh menyebarkan virus korona kepada individu lain.

    Konklusi

    covid

    Berdasarkan bukti klinikal yang ada, kemungkinan untuk pesakit dijangkiti semula sangat rendah.

    Mereka yang kembali positif dianggap tidak berbahaya kepada masyarakat mahupun pesakit itu sendiri.

    Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, perintah isolasi boleh diberikan.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/05/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan