
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan baru-baru ini tidak menghalang anda untuk terus menikmati perkhidmatan penghantaran ke rumah seperti yang ditawarkan oleh Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia.
Artikel berkaitan:
Takut Berjangkit COVID-19 Di Luar? Beli Saja Barang Dapur Online, Ini Ada 7 Pilihan!
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar khususnya, anda boleh kekal berada di rumah sepanjang tempoh 14 hari ini jika risau untuk keluar rumah.
Caranya adalah dengan mendapatkan bekalan makanan melalui servis penghantaran makanan seperti Foodpanda dan Grab.
Sementara itu, kadar kes COVID-19 terus meningkat dari semasa ke semasa. Berikut adalah statistiknya:
183,801
9,196
678
Servis Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia terus berjalan seperti biasa, jamin kebersihan operasi dengan lebih ketat
Baru-baru ini, Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia mengumumkan mereka akan terus menyediakan perhidmatan penghantaran seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Artikel berkaitan:
- #StayAtHome : Sebab Di Sebalik Perintah Kawalan Pergerakan, Kenduri Pun Kena Cancel!
- Selepas Kluang, Sungai Lui Pula Jadi Kawasan Kedua Diperintah ‘Berkurung’
Namun, ada sesetengah daripada pengguna yang mempersoalkan beberapa perkara seperti tahap kebersihan rider dan juga kesangsian mereka terhadap risiko jangkitan COVID-19 yang mungkin boleh diperoleh daripada rider.
Berikut adalah info yang lebih tepat berkenaan bagaimana anda boleh BERTINDAK daripada dijangkiti virus COVID-19.
Pihak Foodpanda Malaysia menegaskan mereka sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi rider daripada jangkitan COVID-19.
Antara langkah yang diambil oleh Foodpanda Malaysia ialah:
- Setiap rider dibekalkan dengan hand sanitizer dan mask secara percuma untuk kegunaan sewaktu penghantaran
- Setiap rider diarahkan untuk mencuci tangan mereka setiap 2 jam sekali dan setiap kali selepas mengendalikan penghantaran
- Melakukan komunikasi berterusan dengan rakan restoran berkenaan notis daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
- Sentiasa memberi peringatan kepada rakan restoran berkenaan amalan kesihatan dan keselamatan dalam penyediaan makanan
- Menggalakkan rakan restoran dan pelanggan bertukar kepada kaedah pembayaran atas talian (cashless) bagi mengurangkan sentuhan fizikal
Foodpanda Malaysia perkenalkan servis penghantaran secara “contactless”
Bagi memastikan agar kedua-dua rider dan juga pelanggan sentiasa selamat dan kurang melakukan sebarang interaksi fizikal, Foodpanda Malaysia juga memperkenalkan kaedah penghantaran secara “contactless”.
Artikel berkaitan:
- Takut Berjangkit COVID-19 Di Luar? Beli Saja Barang Dapur Online, Ini Ada 7 Pilihan!
- Ketua Keluarga Panik Beli Barang Dapur, Ini Tip Elak Kena Bebel Dengan Isteri
Kedua-dua rider dan pengguna boleh memilih untuk melakukan kaedah ini. Berikut merupakan cara kaedah penghantaran “contactless” yang diaplikasikan oleh Foodpanda Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan:
- Pilih mod pembayaran secara atas talian (online payment).
- Beritahu kepada rider melalui fungsi chat bahawa anda memilih untuk menggunakan kaedah penghantaran “contactless”.
- Rider akan meletakkan atau meninggalkan makanan yang ditempah pelanggan di satu lokasi drop-off yang telah ditentukan di kawasan perumahan atau tempat kerja.
- Kemudian, rider akan memberitahu pelanggan bahawa makanan mereka telah tiba melalui fungsi chat atau panggilan telefon dalam jarak selamat. Jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter akan sentiasa diamalkan sewaktu pelanggan mengesahkan telah menerima makanan mereka daripada rider.
Kesemua servis di bawah Grab terus berjalan
Bagi Grab Malaysia, semua servis penghantaran yang dikendalikan akan terus berjalan seperti biasa. Ini termasuklah perkhidmatan GrabFood, GrabMart, GrabCar dan GrabExpress.
Usaha ini adalah bagi menyokong kesemua pemandu, rakan penghantaran, rakan dagangan, penumpang dan juga staf ketika melalui waktu-waktu yang sukar seperti ketika ini.
Bagi pengguna yang berasa risau untuk bersesak-sesak ketika menggunakan perhidmatan pengangkutan awam, anda masih boleh memilih untuk menggunakan GrabCar untuk ke mana-mana destinasi. Tetapi pastikan anda sentiasa mengetahui cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada dijangkiti seperti yang dijelaskan melalui video ini.
Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus
Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus
Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020
Grab Malaysia juga menyatakan mereka akan terus memberikan update terhadap perkembangan semasa berkenaan servis mereka kepada semua pelanggan mereka.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- Jarak Sosial Senjata Utama Perangi COVID-19, Ini 29 Langkah Cegah Virus- PASTI BERHASIL!
- COVID Akhirnya Ragut 2 Nyawa, Orang Tua Lebih Berisiko? INI Sebab Kena Elak Perhimpunan Besar
- JANGAN PANIK! Ini 5 Tip Untuk Tempuhi Wabak COVID-19 Pandemik Sepanjang Tahun 2020
- Tular Kes Coronavirus Di KL, JANGAN Pentingkan Diri! Kuarantin Langkah Utama
- Saintis Kata Ubat Anti Radang Boleh Terukkan Simptom COVID-19, Tapi…
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.