Wabak virus Nipah sering mencetuskan kebimbangan kerana jangkitan ini boleh membawa komplikasi serius dan merebak dengan pantas jika tidak dikesan awal.
Wabak virus Nipah sering mencetuskan kebimbangan kerana jangkitan ini boleh membawa komplikasi serius dan merebak dengan pantas jika tidak dikesan awal.

Di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, kes berkaitan virus ini pernah direkodkan dan memerlukan pemantauan rapi.
Memahami tanda awal, punca jangkitan serta perkembangan virus Nipah adalah langkah penting bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada risiko jangkitan yang berbahaya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.
Virus Nipah Malaysia pertama kali dikenal pasti pada akhir 1990-an dan dikaitkan dengan jangkitan zoonotik, iaitu penyakit yang boleh merebak daripada haiwan kepada manusia.
Virus ini biasanya berpunca daripada kelawar buah dan boleh merebak melalui:
Kes berkaitan wabak virus Nipah sering diberi perhatian kerana kadar komplikasinya yang tinggi jika tidak dirawat dengan segera.
Memahami virus Nipah punca jangkitan membantu orang ramai mengurangkan risiko terdedah kepada wabak ini. Antara punca utama termasuk:

Pencegahan awal sangat penting, terutamanya ketika berlakunya wabak virus Nipah di sesuatu kawasan.
Wabak Nipah boleh berlaku secara setempat dan merebak dalam komuniti jika langkah kawalan tidak diambil. Antara faktor yang menyumbang kepada penularan termasuk:
Oleh sebab itu, pemantauan kes wabak virus Nipah dan kesedaran awam amat penting bagi mengelakkan penularan yang lebih meluas.
Virus Nipah simptom boleh muncul dalam beberapa peringkat dan berbeza antara individu.
Pada peringkat awal, simptom mungkin kelihatan seperti jangkitan biasa, namun boleh menjadi serius dalam tempoh singkat.
Antara simptom awal termasuk:
Jika jangkitan bertambah teruk, pesakit boleh mengalami:

Mengenal pasti virus Nipah simptom sejak awal boleh membantu rawatan diberikan dengan lebih cepat dan berkesan.
Perkembangan virus Nipah terkini menunjukkan beberapa negara di Asia mengambil langkah berjaga-jaga susulan laporan kes baru di India.
Kes jangkitan wabak virus Nipah telah disahkan di beberapa kawasan seperti West Bengal, India, di mana dua kes telah dikesan sejak Disember 2025 dan pihak berkuasa kesihatan menegaskan ia berjaya dikawal setakat ini.
Berikutan situasi tersebut, beberapa negara termasuk Thailand, Singapura, Hong Kong, Vietnam, Pakistan dan Malaysia sendiri telah mengetatkan pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang dan sempadan.
Ia dilakukan sebagai langkah pencegahan, walaupun risiko penularan meluas dilihat masih rendah menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Langkah pemantauan ini termasuk screening penumpang dari kawasan berisiko tinggi dan ujian suhu badan untuk mengesan tanda awal jangkitan.
Keadaan semasa menekankan kepentingan kesedaran awam tentang wabak virus Nipah dan langkah pencegahan yang perlu diambil ketika melakukan perjalanan atau berada di kawasan yang berpotensi tinggi.
Walaupun tidak semua jangkitan bermula dengan gejala yang teruk, tanda awal virus Nipah tidak boleh dipandang ringan.
Demam berpanjangan, sakit kepala yang semakin kuat serta perubahan tingkah laku adalah antara petunjuk penting.
Semakin awal simptom dikenal pasti, semakin tinggi peluang untuk mengurangkan risiko komplikasi serius akibat wabak virus Nipah.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Nipah virus. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/nipah-virus. Diakses Februari 5, 2026.
Nipah virus: what is it, where is it found and how does it spread? https://ukhsa.blog.gov.uk/2026/01/27/nipah-virus-what-is-it-where-is-it-found-and-how-does-it-spread/. Diakses Februari 5, 2026.
Elak jangkitan virus Nipah, kekal ambil langkah kawalan kendiri. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/elak-jangkitan-virus-nipah-kekal-ambil-langkah-kawalan-kendiri. Diakses Februari 5, 2026.
Malaysia better prepared for Nipah virus, but early detection remains tough. https://thesun.my/news/malaysia-news/people-issues/malaysia-better-prepared-for-nipah-virus-but-early-detection-remains-tough. Diakses Februari 5, 2026.
Virus Nipah: Rakyat Malaysia yang melancong ke India digesa ambil langkah berjaga-jaga. https://suarasarawak.my/virus-nipah-rakyat-malaysia-yang-melancong-ke-india-digesa-ambil-langkah-berjaga-jaga/. Diakses Februari 5, 2026.
Versi Terbaru
02/04/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa