backup og meta

Bahaya Penyakit Kolera, Wabak Bawaan Bakteria Dalam Najis Boleh Bawa Maut!

Bahaya Penyakit Kolera, Wabak Bawaan Bakteria Dalam Najis Boleh Bawa Maut!

Kolera ialah sejenis penyakit yang berlaku disebabkan jangkitan bakteria V. cholerae. Punca penyakit kolera ialah pendedahan terhadap sumber air yang telah dicemari. Kolera juga dikenali sebagai penyakit taun.

Jika tidak dirawat secepat mungkin, penyakit kolera boleh membawa maut dalam masa beberapa jam, walaupun penghidapnya sihat sebelum jangkitan.

Namun, kebanyakan penghidap kolera tidak akan mengalami sebarang simptom walaupun bakteria tersebut dikesan di dalam tinja 1 hingga 10 hari selepas jangkitan. Tinja yang masuk kembali ke sumber air akan menjangkiti orang lain.

Tetapi, kebanyakan penghidap kolera akan mengalami simptom sederhana. Selain itu, mereka juga akan alami cirit-birit serta dehidrasi yang teruk. Kedua-dua simptom ini boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Risiko kolera paling tinggi di negara yang miskin dan sedang dilanda perang atau bencana alam. Tanpa sanitasi yang mencukupi, kolera dapat merebak dan menjangkiti ramai orang.

Di negara maju, sistem sanitasi yang moden telah menghapuskan wabak kolera. Namun, penyakit ini masih wujud di beberapa buah negara seperti Afrika, Asia Tenggara dan Haiti.

Kolera dapat dirawat dengan mudah. Malah, kematian yang berpunca daripada dehidrasi yang teruk boleh diatasi dengan pemberian cecair rehidrasi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Punca penyakit kolera

penyakit kolera

Seseorang boleh dijangkiti kolera jika mereka minum atau mengambil makanan yang dicemari dengan bakteria kolera. Punca penyakit kolera ialah tinja atau najis pesakit yang telah mencemari satu-satu kawasan air atau makanan.

Kolera boleh merebak dengan pantas dalam kawasan yang kotor atau tidak mempunyai sistem sanitasi yang mantap.

Walau bagaimanapun, individu yang menghidap kolera tidak dapat menyebarkan penyakit ini kepada orang lain. Jadi, kontak kasual bukanlah punca seseorang itu jatuh sakit disebabkan kolera.

Antara punca penyakit kolera ialah:

  1. Sumber air.
  2. Makanan dan minuman yang dijual oleh peniaga tepi jalan.
  3. Sayuran yang disiram dengan air yang mengandungi tinja manusia.
  4. Ikan mentah dan ditangkap dalam kawasan yang dicemari tinja.

Apabila seseorang makan atau minum dari sumber yang tercemar, bakteria ini akan melepaskan toksin di dalam usus dan menyebabkan cirit-birit yang teruk.

Simptom-simptom kolera

penyakit kolera

Kebanyakan orang yang terdedah dengan bakteria kolera tidak akan jatuh sakit. Malah, ada juga yang tidak tahu mereka dijangkiti.

Walau bagaimanapun, bakteria kolera dalam tinja boleh kekal selama 14 hari. Pada masa yang sama, sumber air yang tercemar juga boleh menjangkiti orang lain.

Antara simptom penyakit kolera ialah:

  1. Cirit-birit. Cirit-birit yang disebabkan oleh kolera selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ia juga boleh menyebabkan pesakit kehilangan cecair badan dengan sangat pantas, sehingga sebanyak 1 liter sejam.
  2. Loya dan muntah-muntah. Pesakit kolera akan muntah-muntah. Simptom ini juga akan berkekalan selama berjam-jam.
  3. Dehidrasi. Dehidrasi boleh berlaku dalam masa beberapa jam selepas simptom kolera bermula.

Selain itu, simptom kolera yang lain ialah rasa letih, mulut dan kulit kering, jarang membuang air kecil, tekanan darah rendah dan degupan jantung yang tidak teratur.

Baca juga:

Bahaya penyakit taun

Kolera boleh mendatangkan pelbagai komplikasi. Ia boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan pantas.

Malah, kehilangan elektrolit dan cecair badan juga boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam.

Walaupun dehidrasi merupakan komplikasi kolera yang paling serius, ada banyak lagi masalah lain yang boleh berlaku:

  1. Gula dalam darah rendah (hipoglisemia). Tahap gula dalam darah yang terlalu rendah dapat menyebabkan sawan, pengsan dan lebih teruk, kematian.
  2. Tahap potasium yang rendah. Individu yang menghidap kolera akan kehilangan banyak mineral. Tahap potasium yang rendah ini juga akan mengganggu fungsi hati dan saraf serta boleh mengancam nyawa.
  3. Kegagalan buah pinggang. Apabila buah pinggang tidak mampu menapis dengan normal, semua cecair, elektrolit dan bahan buangan akan berkumpul dalam badan. Ini akan menyebabkan badan mengalami kejutan.

Cara mengelakkan kolera

penyakit kolera

Kolera merupakan sesuatu yang jarang berlaku. Di Amerika Syarikat, hanya ada beberapa kes sahaja yang pernah dicatatkan.

Kolera boleh dicegah dengan beberapa langkah:

  1. Basuh tangan dengan sabun dan air secara kerap, terutamanya selepas menggunakan tandas dan sebelum memegang makanan.
  2. Minum air yang diketahui sumbernya. Jika boleh, gunakan air botol untuk menggosok gigi.
  3. Minuman dalam tin selalunya selamat untuk diminum. Namun, lap permukaan luar tin terlebih dahulu sebelum minum.
  4. Jangan makan sebarang ikan atau makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna. Selain itu, cuci sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum makan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cholera – Vibrio cholerae infection. https://www.cdc.gov/cholera/general/index.html. Accessed on May 10, 2022.
  2. Cholera. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cholera/symptoms-causes/syc-20355287. Accessed on May 10, 2022.
  3. Cholera. https://www.nhs.uk/conditions/cholera/. Accessed on May 10, 2022.
  4. Cholera. https://www.niaid.nih.gov/diseases-conditions/cholera. Accessed on May 10, 2022.
  5. Cholera. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/cholera. Accessed on May 10, 2022.
  6. Taun. http://www.myhealth.gov.my/taun-2/. Accessed on May 10, 2022.

Versi Terbaru

22/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Alami Sakit Perut Berpanjangan? Ini Mungkin Antara 11 Tanda Kanser Perut

Ini Beza Apendiks Dan Sakit Perut, Kena Tahu Betul-betul, Kalau Tak Bahaya Menanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan