home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Masalah Kulit Psoriasis Atau Ekzema? Ini Cara Untuk Membezakannya, WAJIB Ambil Tahu!

Masalah Kulit Psoriasis Atau Ekzema? Ini Cara Untuk Membezakannya, WAJIB Ambil Tahu!

Ramai orang tidak tahu perbezaan antara masalah kulit psoriasis dan ekzema (dermatitis atopik). Ini beza eczema dan psoriasis yang patut anda ketahui.

Mengenal pasti tompok kulit yang meradang, merah, atau mengelupas sebagai satu daripada keadaan ini akan menentukan bagaimana anda merawatnya.

Beza eczema dan psoriasis

Berikut antara perkara penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-dua masalah kulit ini:

Masalah kulit Psoriasis

Tompok putih yang tebal adalah ciri psoriasis. Psoriasis adalah keadaan autoimun kronik yang mengakibatkan pengeluaran sel kulit berlebihan.

Sel-sel yang mati terbentuk menjadi sisik kulit putih. Kulit menjadi meradang dan merah, menyebabkan gatal-gatal yang serius.

Ekzema

Ekzema, atau dermatitis atopik, juga boleh menjadi keadaan jangka panjang yang memberi kesan kepada kulit. Ia berlaku kerana tindak balas hipersensitiviti.

Ini menyebabkan kulit bertindak balas berlebihan kepada pencetus tertentu, seperti pewarna, fabrik, sabun, haiwan, dan perengsa lain.

Ekzema sangat biasa berlaku pada bayi.

Kulit mungkin kelihatan merah, meradang, mengelupas, retak, lepuh, atau penuh nanah. Secara amnya, ia tidak ditutup dengan kulit mati yang bersisik.

Beza eczema dan psoriasis: Perbandingan

Psoriasis di muka

Psoriasis yang paling biasa berlaku pada lutut dan siku. Ia juga boleh berlaku pada muka, kulit kepala, dan leher.

Dengan rawatan, psoriasis pada muka dan kulit kepala boleh reda, tetapi ia mungkin berulang.

Dalam banyak kes, psoriasis kulit kepala meluas ke dahi, telinga, atau leher. Ia boleh menjadi sukar untuk dirawat, terutamanya apabila rambut mengganggu.

Beza Eczema dan psoriasis di muka

Tompok ekzema boleh menjadi sangat gatal, menyebabkan kulit bertambah terjejas.

Menggaru boleh menyebabkan kulit terkopek mengakibatkan pendarahan atau jangkitan. Kekeringan yang berkaitan dengan ekzema juga boleh menyebabkan kulit merekah akibat pergerakan biasa.

Ekzema biasanya termasuk lepuh yang berisi nanah. Menggaru boleh menyebabkan kulit mengeluarkan nanah dan mengakibatkan tompok keruping dan berkerak.

Ekzema di muka biasanya boleh dirawat secara topikal, tetapi ubat-ubatan sistemik mungkin diperlukan.

Beza eczema dan psoriasis pada tangan & kaki

Psoriasis

Walaupun ramai orang mempunyai tompok psoriasis di bahagian belakang tangan dan buku jari mereka, ada juga yang mengalaminya di telapak tangan.

Kulit yang terlalu mengupas dan kering di tangan boleh membuat tindakan kecil, seperti membasuh tangan atau mengambil beg, sangat menyakitkan dan tidak selesa.

Psoriasis di tangan juga mungkin termasuk psoriasis kuku. Keadaan ini menyebabkan sel-sel kulit yang terlalu aktif menghasilkan terlalu banyak sel baru di bawah kuku.

Ini boleh kelihatan seperti jangkitan kulat yang menjejaskan warna kuku dan menyebabkannya gugur.

Ekzema

Ekzema sangat biasa muncul di tangan. Ini kerana tangan sering bersentuhan dengan sabun, losyen, fabrik, haiwan, dan alergen atau perengsa lain.

Mencuci tangan dengan kerap boleh menyebabkan kulit orang yang mempunyai ekzema lebih kering. Ekzema di tangan boleh menjadi sukar untuk dirawat kerana berterusan bersentuhan dengan air dan perengsa lain.

beza eczema dan psoriasis

Psoriasis pada kaki

Psoriasis kerap berlaku pada kaki dan lutut. Walaupun sesetengah psoriasis mungkin merangkumi sebahagian besar kaki, jenis lain mungkin muncul dalam bentuk tompok terpencil.

Simptom yang muncul adalah bergantung pada jenis psoriasis dialami.

Walau bagaimanapun, psoriasis plak pada kaki sering muncul dalam tompok besar yang tidak berbentuk dengan kulit merah tebal atau sisik putih tebal.

Ekzema pada kaki

Ekzema pada kaki mungkin sering berlaku dalam bahagian ‘berlipat’, seperti lutut belakang atau bahagian depan buku lali.

Kawasan-kawasan ini boleh memerangkap peluh atau perengsa daripada pakaian dan udara.

Rengsa bersentuh dengan kulit dan kawasan kulit tergosok bersama mencipta persekitaran yang sesuai untuk perkembangan dermatitis atopik.

Sentuhan berterusan pada pakaian boleh menyebabkan perdarahan, lelehan, dan jangkitan.

beza eczema dan psoriasis

Beza eczema dan psoriasis: Masalah kulit kering

Kulit kering psoriasis

Tidak semua tompok psoriasis kelihatan kering atau bersisik. Pada masa tertentu, tompok merah besar mungkin tidak mempunyai sisik yang ketara.

Tompok psoriasis mungkin terkumpul sel-sel kulit mati hingga membawa kepada bersisik dan mengelupas.

Pembuangan sisik besar tidak boleh dilakukan dengan kasar. Penyingkiran lembut akan mencegah kulit pecah dan menyebabkan pendarahan.

Sesetengah tompok psoriasis boleh membina lapisan sel mati yang sangat tebal dan putih sebelum mengelupas.

Kulit kering ekzema

Ekzema kerap merangkumi tompok kulit yang sangat kering. Ini boleh menyebabkan kulit sangat rapuh dan mudah merekah.

Pengelupasan kulit dalam ekzema mungkin menyerupai selaran matahari atau pengelupasan lepuh atau kalus.

Dalam sesetengah kes, kulit boleh mengupas tanpa menyebabkan kulit mentah atau luka terbuka.

Ini perlu dirawat dengan teliti untuk mengelakkan jangkitan bakteria atau virus.

Psoriasis di tempat-tempat yang tidak selesa

Psoriasis songsang dan lain-lain jenis psoriasis boleh berkembang pada alat kelamin, ketiak, bawah kaki, dan lipatan kulit.

Psoriasis di lipatan kulit atau kawasan kelamin mungkin menyerupai ekzema.

Kawasan terjejas sering kali merangkumi tompok lebih besar, lebih padat pada kulit yang licin berbanding psoriasis biasa. Ini mungkin disebabkan peningkatan kelembapan di kawasan ini.

beza eczema dan psoriasis

Ekzema di tempat-tempat yang tidak selesa

Lampin dan krim bayi mungkin menjejaskan kulit sensitif, menyebabkan ruam lampin melampau.

Dalam sesetengah kes, ekzema merangkumi seluruh kawasan yang bersentuhan dengan lampin.

Hipersensitiviti ke bahan lampin atau krim yang digunakan dalam mencuci kawasan boleh memburukkan keadaan kulit.

Orang dewasa dengan ekzema di kawasan yang sensitif mungkin perlu menukar detergen, pembersih, dan jenis fabrik.

Baca juga:

Beza eczema dan psoriasis yang teruk

Psoriasis teruk

Seperti masalah kulit lain, psoriasis boleh menjadi meluas dan sangat menjengkelkan.

Keradangan boleh menjadi sangat teruk, hingga pesakit merasa seperti terbakar.

Psoriasis yang menyeluruh, sangat menyakitkan, seperti rasa terbakar boleh mengancam nyawa. Ia memerlukan perhatian segera daripada profesional kesihatan.

Ekzema teruk

Ekzema juga boleh menjadi sangat serius dan meliputi sebahagian besar permukaan kulit. Jumlah kulit yang terkena ekzema akan bergantung kepada:

  • sensitiviti kulit seseorang
  • pendedahan kulit kepada kerengsaan
  • jenis dan keberkesanan rawatan

Ekzema yang menyebabkan kulit merekah, meleleh dan pendarahan yang teruk boleh menjadi berbahaya. Ekzema yang meluas juga lebih berkemungkinan mendapat jangkitan disebabkan lebih banyak kulit pecah.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.aad.org/public/diseases/eczema/childhood/child-have/difference-psoriasis#
  2. https://www.psoriasis.org/scalp/
  3. https://www.psoriasis.org/about-psoriasis/
  4. https://www.fondationeczema.org/en/understanding/is-it-eczema/psoriasis
  5. https://www.who.int/docs/default-source/ncds/psoriasis-info-sheet-3.pdf?sfvrsn=a5d14e81_2
  6. https://www.worldallergy.org/education-and-programs/education/allergic-disease-resource-center/professionals/eczema-e-atopic-eczema-ae-and-atopic-dermatitis-ad
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 25/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x