Kerap mencuci tangan boleh menyebabkan kulit tangan kering dan keadaan itu pastinya boleh menimbulkan ketidakselesaan, betul tak?
Jangan risau, Hello Doktor ada 7 cara yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah tersebut.
Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.
Kerap mencuci tangan
Ketika penularan wabak COVID-19, pakar kesihatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan setiap individu untuk kerap mencuci tangan.
Kepentingan mencuci tangan sebenarnya perlu diamalkan bukan sahaja bagi mengekang penularan wabak coronavirus, tetapi ia harus menjadi tabiat yang dilakukan dalam penjagaan kebersihan diri harian.
Apatah lagi jika anda adalah seorang yang gemar menyentuh muka pada setiap masa.
Ia boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan virus dan kuman.
Walau bagaimanapun, kekerapan mencuci tangan boleh menimbulkan masalah lain, sepertikulit tangan kering.
Sudah tentu keadaan seperti itu akan menimbulkan ketidakselesaan.
Jadi adakah terdapat cara bagi mengatasi masalah kulit tangan mengering?
7 tip elak kulit tangan kering
Berikut dikongsikan cara-cara yang boleh anda cuba bagi mengatasi atau mengurangkan kecenderungan mengalami masalah kulit tangan kering.
#1. Basuh dengan air suam
Menurut Pengarah Dermatologi Pediatrik di Massachusetts General Hospital, Dr. Daniela Kroshinsky, tempoh mencuci tangan terbaik yang disarankan adalah paling kurang 20 saat dengan menggunakan air dan sabun.
“Nyanyilah lagu ‘Happy Birthday’ sebanyak 2x. Anda pasti dapat mencuci bahagian telapak tangan, belakang jari, jari, celahan cari, pergelangan tangan serta kuku,” ujar Dr Daniela.
Penggunaan air suam adalah pilihan terbaik berbanding air panas. Ini kerana air panas cenderung menyebabkan kulit kering.
#2. Gunakan sabun pelembap jika kerap mencuci tangan
Kebanyakan sabun yang digunakan boleh menghilangkan kelembapan pada kulit, ia sekali gus menjadikan kulit kering, merekah dan mengelupas.
Pakar Kulit dan Pengasas London Premier Laser and Skin Clinics, Lucy Xu, “Penggunaan sabun yang mengandungi pelembap adalah pilihan terbaik.
Elakkan sabun bar dan pilihanlah sabun dengan kandungan gliserin dan lanolin.”
Lucy juga menjelaskan tidak kira apa sabun yang digunakan, sebaiknya cuba untuk tidak terlalu agresif ketika mencuci tangan. Apatah lagi jika anda mengejar masa.
#3. Gunakan pelembap tangan
Apabila lembapan tidak dapat dikekalkan pada kulit selepas mencuci, ia pastinya akan menjadikan kulit tangan kering.
Ketika mencuci tangan, air akan bertindak seperti magnet dan akan menarik keluar air daripada lapisan kulit paling dalam.
Hasilnya kulit tangan nipis akan menjadi lebih kering.
Bagi mengatasinya, anda disarankan untuk menggunakan losyen pelembap selepas mencuci tangan. Penggunaan losyen secara nipis sudah memadai.
Jadi selalulah menggunakan losyen setiap kali selepas mencuci, sebelum tidur dan pada bila-bila masa anda berasa kering.
#4. Penggunaan sarung tangan
Pemakaian sarung tangan dan topeng muka dapat membendung individu yang tidak sihat daripada menyebarkan jangkitan.
Dalam masa yang sama sarung tangan juga membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Tetapi bagaimana?
Anda boleh mencuba merendam tangan dengan air selama 5 minit, kemudian sapukan losyen pelembap dan pakailah sarung tangan kapas untuk 1 hingga 2 jam.
Ia dapat memastikan permukaan tangan akan memperolehi kelembapan yang diperlukan.
Baca juga: