home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

Gara-gara Tamat Awal Perintah Berkurung, Jepun & Kanada Kembali DISERANG COVID-19, Malaysia Bagaimana?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Keputusan untuk tamatkan perintah berkurung, membawa padah apabila Hokkaido dilanda gelombang kedua dengan mencatatkan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 135 dalam tempoh seminggu.

Peningkatkan kes jangkitan COVID-19 di pulau yang terletak di utara Jepun ini berlaku selepas Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan perintah berkurung 3 minggu pada 19 Mac apabila kes jangkitan berkurang kepada 1 angka.

Selepas tamatkan perintah berkurung, Hokkaido melaporkan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 baharu sebanyak 688 dengan mencatatkan 1 kematian.

Dengan catatan sebanyak 27 kes pesakit COVID-19 maut, ia sekali gus menjadikan pulau itu berada di tempat ke-5 yang mencatatkan kematian tertinggi di Jepun.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Tamatkan perintah berkurung – 1 keputusan yang silap

Mengulas mengenai perkara tersebut, Pakar Kawalan Penyakit Berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Profesor Yoko Tsukamoto berkata, keadaan ini berlaku kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal.

Beliau turut menambah,

“Keadaan tersebut terjadi kerana kekurangan maklumat dan pengetahuan mencukupi tentang wabak coronavirus ini. Malahan keputusan tersebut dibuat berdasarkan penurunan jangkitan kes coronavirus dalam masa 1 atau 2 hari.

“Namun kini kita sedar keputusan untuk menamatkan perintah berkurung lebih awal adalah 1 kesilapan besar walaupun ia dianggap 1 tindakan wajar untuk dilakukan pada waktu tersebut,” jelasnya.

Baca juga:

Nasib sama menimpa Kanada kesan tamatkan perintah berkurung awal

Salah satu wilayah terbesar di Kanada, Ontario turut menerima akibat daripada tamatkan perintah berkurung terlalu awal selepas melihat penurunan kes baharu untuk tempoh 3 hari berturut-turut.

Pada 24 April selepas tamatkan perintah berkurung, kes jangkitan baharu yang direkodkan di Ontario naik mendadak kepada 640 kes harian.

Secara keseluruhan, wilayah tersebut mencatatkan 15,381 kes jangkitan COVID-19 baharu termasuk 951 kematian dan 8,964 pesakit yang sudah sembuh.

kes-jangkitan-covid-19

PKPB sama seperti tamatkan perintah berkurung?

Pada 1 Mei lalu, Kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial boleh dilakukan.

Namun keputusan tersebut menimbulkan kebimbangan masyarakat untuk berlakunya peningkatkan kes jangkitan COVID-19.

Malahan, ramai yang menganggapnya sebagai 1 keputusan yang tidak wajar dan terburu-buru.

Ada yang menyifatkan pengorbanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1, 2, 3 dan 4 adalah membuang masa kerana khuatir kemungkinan berlaku peningkatan jangkitan.

Ini berikutan melihat kepada jangkitan kes yang berlaku di Hokkaido, Jepun.

Baca juga:

Namun ada pihak yang menyangkal perbandingan tersebut dan mengatakan bahawa keadaan di Malaysia tidak boleh disamakan dengan situasi di Hokkaido.

Ini kerana di Hokkaido kelonggaran yang diberikan adalah secara menyeluruh manakala PKPB yang dilaksanakan bermula 4 Mei, masih mengehadkan pergerakan setiap individu.

Penjagaan diri tetap keutamaan

tamatkan-perintah-berkurung

Ini bermakna sepanjang PKPB, sektor perkhidmatan yang dibenarkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ketat.

Dalam masa yang sama, setiap individu masih perlu mengamalkan amalan jarak sosial, kerap mencuci tangan, elakkan menyentuh muka dan memakai topeng muka.

Jika anda tidak mahu berlakunya peningkatan kes jangkitan COVID-19 seperti di Hokkaido, Jepun ataupun Ontario, Kanada yang tamatkan perintah berkurung awal, lakukan penjagaan kebersihan diri sebagai 1 norma gaya hidup baru.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 04/05/2020
x