backup og meta

Ekonomi Dibuka Semula, Ini 9 SOP Umum Perlu Patuhi Di Tempat Kerja

Ekonomi Dibuka Semula, Ini 9 SOP Umum Perlu Patuhi Di Tempat Kerja

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pada awal Jun 2020, kebanyakan sektor ekonomi di Malaysia sudah dibuka semula. 

Setelah 3 bulan kita mengalami ‘kegersangan’ akibat wabak virus korona baharu (COVID-19), orang awam sudah mula berpusu-pusu ke tempat kerja untuk mencari rezeki.

Prosedur operasi standard (SOP) perlu dilaksanakan bagi mengelakkan penularan jangkitan, namun sejauh manakah keberkesanannya?

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut masih lagi sedang dipantau untuk mengetahui baik buruk sementara vaksin COVID-19 sedang diuji.

Maka, terdapat segelintir individu yang mempersoalkan, adakah tindakan ini merupakan satu jalan penyelesaian atau potensi krisis gelombang ketiga COVID-19?

Angka jangkitan dunia terus meningkat, kini menghampiri 8 juta.

[covid_19]

Namun di Malaysia, jumlah kes baharu turun dengan mendadak berikutan keberkesanan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kini rakyat Malaysia sudah memasuki fasa PKP pemulihan bagi mengembalikan ekonomi negara.

SOP Malaysia juga sudah direka khas bagi memastikan risiko jangkitan dapat diminimumkan.

Semua negara di seluruh dunia mula membuka sektor ekonomi masing-masing dengan SOP tersendiri

Tidak dinafikan bahawa sektor ekonomi di seluruh dunia mengalami kejatuhan waima sedikit mana pun.

Di Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump sudah mengarahkan setiap negeri untuk melonggarkan arahan untuk kerja di rumah supaya orang awam boleh kembali bekerja seperti biasa dengan SOP tertentu.

New Zealand sudah mula membuka majoriti (jika bukan semua) sektor ekonomi dengan SOP setelah mereka berjaya membasmi jangkitan dalam negara beberapa minggu yang lepas.

Malaysia juga tidak ketinggalan, membenarkan sektor gunting rambut, pelancongan dan beberapa lagi dibuka bagi memulihkan ekonomi sedia ada.

SOP Malaysia telah membenarkan sebahagian sektor bukan kritikal untuk beroperasi namun dengan kawalan ketat.

Fasa pemulihan ini bakal berlangsung sehingga 31 Ogos 2020 sebelum masuk ke fasa normalisasi.

Baca juga:

Secara amnya, kita masih perlu berjaga-jaga sehingga vaksin COVID-19 berjaya diuji dan dipasarkan untuk kegunaan awam.

Namun, bukan semua individu bersetuju dengan pembukaan semula ekonomi. Ia tidak spesifik kepada negara Malaysia sahaja.

Di Amerika Syarikat, kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 4,159 orang dewasa telah menunjukkan 58% subjek berpendapat bahawa Amerika terlalu gopoh.

Manakan tidak, pada awal Jun 2020, mereka masih mempunyai jumlah kes baharu dalam belasan ribu sehari.

Di Malaysia, penurunan pada jumlah kes kepada 1 angka dianggap sebagai keadaan yang ideal untuk membuka semula ekonomi.

Namun, bukan semua sektor akan pulih serta-merta sewaktu kita sedang beradaptasi dengan norma baharu selepas COVID-19.

Walau hanya beli barang keperluan, SOP perlu dipatuhi oleh pekerja dan pelanggan

sop malaysia

Perkara ini tidak akan diumumkan kepada semua individu.

Walaupun kebanyakan sektor perniagaan dan kompleks membeli belah telah dibenarkan beroperasi, masih ada SOP yang perlu dipatuhi. Risiko jangkitan masih ada.

Oleh sebab itulah kebanyakan urusan beli belah hanya tertumpu kepada barangan keperluan.

Tidak seperti sebelum berlakunya wabak, orang awam tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk pergi ke sana sini tanpa mendedahkan diri kepada risiko jangkitan.

Oleh sebab majoriti individu yang dijangkiti pada fasa awal tidak menunjukkan sebarang simptom, tiada siapa dapat menyangka mereka bakal menyumbang kepada angka kes baharu harian.

Anda mungkin berminat:

Kerajaan mengeluarkan SOP yang mengambil kira kebajikan pekerja dan pelanggan bagi meminimumkan risiko jangkitan.

Namun jika amalan pencegahan seperti penjarakan sosial tidak dipatuhi, gelombang ketiga tidak dapat dielakkan.

SOP Malaysia dan cara jalani norma baharu sebelum ketibaan vaksin

sop malaysia

Secara amnya, ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi memastikan jangkitan virus korona dapat dihindari sewaktu bekerja:

  1. Penjarakan sosial perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 meter dalam apa jua keadaan. Jika sukar untuk dilaksanakan, pekerja perlu memakai alat perlindungan peribadi (PPE).
  2. Topeng muka amat digalakkan untuk dipakai setiap masa.
  3. Pastikan kawasan kerja dilengkapi dengan kemudahan untuk cuci tangan. Hand sanitiser boleh digunakan namun penggunaan air dan sabun adalah lebih digalakkan.
  4. Pembersihan premis kerja perlu dilakukan dengan lebih kerap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ia bagi memastikan kawasan tempat kerja bebas daripada sumber jangkitan.
  5. Tempat kerja perlu menyediakan SOP tersendiri bagi mengelakkan jangkitan dan persediaan jika ada kes positif.
  6. Pemeriksaan harian perlu dilakukan ke atas pekerja bagi mengenal pasti simptom virus korona baharu.
  7. Jika terdapat kes positif, laporan perlu dibuat kepada Jabatan Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
  8. Tiada aktiviti perhimpunan termasuklah panggung wayang, kelab malam dan stadium bola sepak dibenarkan walaupun dengan SOP.
  9. Majlis rumah terbuka atau kenduri tidak dibenarkan sama sekali.

Konklusi

virus korona

SOP Malaysia telah memfokuskan aspek penjarakan sosial dan langkah pencegahan lain bagi mengekalkan misi kes baharu sifar.

Jika anda perlu ke tempat kerja dan tidak lagi bekerja di rumah, pastikan terdapat SOP di premis yang boleh melindungi anda daripada jangkitan COVID-19.

Tanggungjawab membasmi virus korona baharu perlu digalas oleh setiap individu. 

[mc4wp_form id=’115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Prosedur operasi standard pembukaan semula ekonomi. (http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-pembukaan-ekonomi-kemaskini-03-jun-2020/SOP-All-PKPB-.pdf). Diakses pada 11 Jun 2020.
  2. Social Distancing Eases as Some States Lift Restrictions. (https://news.gallup.com/poll/311018/social-distancing-eases-states-lift-restrictions.aspx). Diakses pada 11 Jun 2020.
  3. Malaysia Resumes Travel, Haircuts and Retail Therapy as Coronavirus Curbs Ease. (https://www.nytimes.com/reuters/2020/06/10/world/asia/10reuters-health-coronavirus-malaysia.html). Diakses pada 11 Jun 2020.
  4. Reopening After COVID: The 3 Phases Recommended By The White House. (https://www.npr.org/2020/05/09/848825254/reopening-after-covid-the-3-phases-recommended-by-the-white-house). Diakses pada 11 Jun 2020.

 

Versi Terbaru

09/07/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Lepas Balik Kerja Atau Balik Beli 'Grocery', JANGAN Lupa Lap Handphone, Takut COVID-19 'Melekat'!

Kekal Produktif Waktu WFH? Ini 19 Tip Lengkap Kerja Dari Rumah, Ada Panduan Untuk Ibu Juga!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 09/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan