Tetapi, apakah kaitannya dengan lockdown?
Setiap hari, kita dapati diri kita melakukan rutin harian yang sama disebabkan lockdown. Menurut Dr. Loveday, hanya perkara baharu sahaja yang boleh memberikan rangsangan positif kepada otak.
“Cuba bayangkan anda berada di dalam sebuah dewan besar dan sedang mendengar syarahan yang membosankan. Tiba-tiba, ada seseorang masuk ke dalam dewan pada tengah-tengah syarahan.
Otak kita akan dirangsang dengan aktiviti baharu ini dan membuatkannya aktif semula. Begitu jugalah dengan kehidupan seharian kita.”
Menurut Dr. Loveday lagi, jika hari-hari yang kita lalui terasa sama dan membosankan, sedikit kelainan boleh mengaktifkan semula otak kita.
Sebagai contoh, cuba luangkan masa untuk berjalan kaki atau berjoging setiap pagi.
Senaman bukan sahaja baik untuk kesihatan, persekitaran yang baharu ditambah pula dengan udara yang segar boleh memperbaiki mood anda.
Rutin yang sama dan berulang-ulang boleh memberikan impak yang negatif terhadap cara otak anda berfungsi. Malah, jika kita lalui setiap hari dengan melakukan perkara yang sama, otak kita mungkin akan mengalami masalah untuk membezakan hari!
Kalau anda selalu tertanya-tanya ‘hari ini hari apa’ ketika terperangkap di dalam lockdown COVID-19, kini anda tahu mengapa!
Lupa tarikh penting, sukar untuk menyambung ayat

Bukan sekadar lupa hari, ada juga yang sering lupa perkataan yang betul ketika bercakap!
Kondisi ini yang turut dikenali sebagai ‘fenomena di hujung lidah’ membuatkan kita terlupa perkataan tertentu yang terletak di hujung ayat.
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Kita semua pernah mengalaminya. Malah, ia juga lebih lazim berlaku apabila kita perlu mengingat nama orang atau nama tempat. Sebagai contoh:
“Betul, hari ini saya perlu menelefon… (Terlupa)”
Masalah lupa nama ini semakin menjadi-jadi ketika pandemik COVID-19 melanda.
Salah satu sebabnya ialah kekurangan interaksi sosial di antara satu sama lain. Malah, bekerja dari rumah atau WFH membuatkan kita sukar untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan.
Bukan itu sahaja, disebabkan otak kita sukar untuk membezakan hari, tidak mustahil ada juga yang terlupa peristiwa penting seperti hari jadi, ulangtahun atau mesyuarat penting.
Malah, masalah ini lebih teruk terhadap individu yang bekerja dan tidur di dalam bilik yang sama. Individu yang sering keluar rumah dan boleh bergerak dari satu bilik ke bilik melaporkan masalah memori yang lebih rendah.
Baca juga:
Atasi masalah sering lupa

Berita baiknya, ada banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah sering lupa dan sukar fokus disebabkan pandemik COVID-19.
Cuba patahkan rutin yang berulang dengan perkara baharu seperti keluar berjalan kaki, buat kerja di bilik lain atau video call dengan sahabat yang lama terpisah.
Semua aktiviti ini, walaupun nampak remeh, boleh memberikan kesan yang positif terhadap minda kita.
Malah, jangan terlalu taksub dengan kerja! Elakkan bekerja terlalu keras sehingga tidak ada masa untuk bercuti. Jika tidak, hari sabtu dan ahad akan jadi seperti hari minggu yang lain.
Jadi, tidak mustahil anda akan rasa letih, sering lupa dan mengalami burnout yang teruk ketika pandemik!
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen