Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dengan Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Wabak virus novel korona yang boleh menyebabkan demam selesema kini telah menyerang lebih daripada 70,000 individu di seluruh dunia. Kematian hampir mencecah 2,000 mangsa dan peratusan kematian berada pada 2.5%. 

Ia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS) yang turut disebabkan oleh virus korona.

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan bahawa 4 daripada 5 individu yang terjangkit akan mengalami simptom ringan, peningkatan kes hari demi hari masih lagi membimbangkan.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,732

Disahkan

6,235

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Antara simptom yang lazim dikaitkan dengan wabak virus novel korona adalah demam. Artikel ini akan cuba menghuraikan perbezaan di antara demam yang dialami tatkala selesema biasa dan jangkitan virus novel korona.

Gejala demam virus novel korona vs gejala demam selesema biasa

demam

Antara simptom yang disenaraikan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) bagi individu yang dijangkiti dengan virus novel korona adalah demam, batuk dan sesak nafas. Masa inkubasi (jarak masa di antara waktu jangkitan dan simptom pertama) virus tersebut pula di antara 2 hingga 14 hari.

Oleh sebab itulah pengesan termal yang digunakan di lapangan terbang untuk menyaring individu yang mempunyai simptom demam dianggap tidak berkesan. Ini berikutan mereka yang berjangkit boleh tidak menunjukkan simptom dan dalam masa yang sama menyebarkannya tanpa disedari.

Jadi, apakah perbezaan di antara demam yang dialami oleh mereka dengan jangkitan virus novel korona dan individu yang mengalami selesema biasa? Tidak banyak.

Mereka yang mempunyai jangkitan wabak tersebut kebiasaannya mempunyai sejarah perubatan yang jelas. Ini bermakna, mereka pernah pergi ke lokasi yang tular wabak virus novel korona seperti wilayah Hubei atau pernah bergaul dengan individu yang disahkan positif wabak.

Baca juga:

8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!

Walau bagaimanapun, maklumat itu tidak selalunya tepat. Mereka yang mempunyai sejarah perubatan sebegitu berisiko tinggi untuk mengalaminya, tidak bermakna mereka memang akan mendapat wabak. Oleh sebab itulah, pemeriksaan kesihatan perlu disuaikan dengan keputusan ujian makmal. 

Perintah kuarantin hanya akan dikeluarkan sekiranya individu tersebut mendapat keputusan positif untuk wabak tersebut.

Gejala demam yang dialami oleh mereka yang mendapat wabak ini juga mempunyai suhu yang tinggi (melebihi 38oC). Mereka yang demam selesema biasa seringkali mempunyai suhu badan yang kurang daripada 38oC.

Walau bagaimanapun perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai panduan memandangkan jangkitan virus cenderung untuk menyebabkan anda mengalami demam panas bersuhu tinggi. 

Kebanyakan perbezaan yang sering diuar-uarkan berkaitan dengan demam tidak mempunyai ketepatan klinikal. Ini bermakna, seseorang individu itu boleh hadir tanpa demam dan dia disahkan positif virus novel korona.

Oleh sebab itu penting untuk anda berjumpa dengan doktor jika mengalami gejala selesema.

Adakah demam jangkitan virus novel korona boleh disembuhkan?

demam, virus novel

Jika anda beranggapan bahawa pengambilan ubat Panadol boleh menghilangkan simptom demam, ia tidak tepat. 

Ubat tersebut hanya boleh melegakan demam virus novel korona buat seketika waktu. Apabila kesannya sudah hilang dan jangkitan belum sembuh, demam tersebut akan datang semula.

Pembaca perlu faham bahawa simptom demam bagi sesuatu jangkitan hanya boleh disembuhkan apabila jangkitan tersebut sembuh. Setakat ini tiada vaksin atau ubat antiviral yang dapat menghindarkan atau merawat mereka yang terjangkit.

Tujuan pemberian ubat demam adalah bagi memberikan keselesaan kepada pesakit sementara sistem pertahanan badan giat melawan virus novel korona. Kaedah kawalan simptom ini dipanggil sebagai rawatan konservatif. 

Baca juga:

Ia sering diberikan kepada penyakit yang tidak serius atau boleh sembuh dengan sendirinya. Usah risau, jika berlaku sesuatu yang tidak diduga, anda akan dirawat mengikut kepada keadaan klinikal semasa. Mereka yang positif virus novel korona bukan sahaja akan dikuarantin malah dipantau dengan rapi.

Banyak syarikat terkemuka di seluruh dunia seperti Johnson & Johnson dan Novavax sudah mula mencipta vaksin dan ubat antiviral yang boleh digunakan sebagai rawatan virus novel korona. Namun, proses tapisannya mungkin memakan masa.

Jika anda dikuarantinkan di rumah, pastikan anda menjaga kebersihan diri dan pakai topeng muka ketika di luar rumah

Adakah wabak virus novel korona boleh dibendung?

virus novel

Pada awal bulan Februari lepas, pakar-pakar di seluruh dunia pernah membuat andaian bahawa jangkitan ini akan reda sebelum April.

Jangkaan tersebut dibuat berikutan penurunan jumlah kes positif semenjak akhir bulan Januari. Namun begitu, pada pertengahan bulan Februari, dunia dikejutkan dengan 15,000 kes positif baharu dalam masa satu hari yang ternyata mengubah perspektif saintis berkenaan dengan persoalan bilakah wabak ini akan tamat.

Sebuah pusat penyelidikan di Amerika Syarikat pernah meramalkan jumlah mereka yang dijangkiti adalah melebihi 100,000 individu ketika kes positif hanya direkodkan pada angka 25,000

Perkara ini mengesahkan bahawa kes positif yang dipaparkan pada ruangan live update tidak mengambil kira akan jumlah mereka yang dijangkiti tetapi tidak menunjukkan simptom. 

Suasana panik di China terus berlaku terutamanya di saat viralnya video konspirasi di laman sesawang YouTube. Pihak berkuasa di seluruh dunia sedang bertungkus-lumus menyediakan alternatif bagi membendung jangkitan ini secepat mungkin.

Namun, perlu diingatkan bahawa, jika jangkitan ini dipandang ringan, ia berpotensi untuk menyebabkan masalah yang besar melibatkan banyak pihak di seluruh dunia. 

Mungkin peratusan kematian mereka yang dijangkiti virus novel korona rendah jika dibandingkan dengan SARS dan MERS, namun ia tidak bermakna jumlah mereka yang terkorban itu sedikit.

Kematian 2,000 individu di seluruh dunia masih tinggi tidak kiralah jika ia merupakan 2% atau 90%. Kalaulah Albert Einstein pernah berfalsafah bahawa Tuhan tidak pernah bermain dadu dengan alam semesta, mengapa kita mahu mengambil risiko tidak mengamalkan langkah pencegahan virus hanya kerana peratusan kematian rendah?

Konklusi

Jika anda mengalami simptom selesema dan demam, pastikan anda mendapatkan rawatan kesihatan. Basuh tangan secara kerap menggunakan sabun dan air dan amalkan etika batuk/bersin yang betul.

Kalaulah setiap individu mampu bekerjasama melakukan apa yang disarankan oleh pihak berkuasa, maka proses membendung penularan virus novel korona akan menjadi lebih mudah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

    Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Terbaharu, air mani 6 pesakit dan juga bekas pesakit COVID-19 disahkan mengandungi virus tersebut. Ia dilaporkan berlaku di sebuah hospital di China!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 15/05/2020

    Mimpi Ngeri Bermula, Panik Punca Virus COVID-19 Berjangkit Satu Sama Lain Tanpa Disedari?

    Salah satu cara COVID 19 berjangkit adalah melalui kontak rapat. Adakah panik rakyat di Malaysia punca kenapa kes positif kerana kontak rapat meningkat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020

    TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

    Kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat. Terbaharu, seramai 3 orang pelajar UMS didapati positif. Apa punca sebenar perkara ini berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020

    Artikel lain untuk anda

    kes terkini

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    sambutan hari raya

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    makan vitamin D

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/05/2020