backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Vaksin COVID-19 Sebabkan Kematian? Ada Perkara Tersembunyi Yang Anda Tak Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/11/2022

    Vaksin COVID-19 Sebabkan Kematian? Ada Perkara Tersembunyi Yang Anda Tak Tahu

    Sudah banyak kes mati kerana vaksin COVID-19 dilaporkan di media massa dunia termasuklah di Malaysia sendiri. Dikatakan ada penerima vaksin termasuklah penerima vaksin Pfizer meninggal dunia selepas mendapat vaksin.

    Adakah vaksin COVID-19 ini benar-benar boleh menyebabkan kematian seperti yang didakwa? Jom ketahui lebih lanjut tentang kebenaran di sebalik mati kerana vaksin!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    [covid_19]

    Ada kes mati kerana vaksin di Malaysia?

    mati kerana vaksin

    Mac lalu, seorang jururawat di Hospital Pulau Pinang telah disahkan meninggal dunia.

    Sebelum ini, jururawat tersebut adalah antara penerima vaksin Pfizer dan beliau telah menerima dos pertamanya lima hari sebelum meninggal dunia.

    Banyak laporan media melaporkan kematian jururawat ini secara sensasi dengan mengaitkan pengambilan vaksin Pfizer.

    Walaupun pihak media mungkin tidak mengaitkannya secara terus, namun pemilihan tajuk laporan berita secara sensasi menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

    Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa kematian jururawat tersebut tiada kaitan dengan pengambilan vaksin Pfizer yang telah diambilnya.

    Jururawat tersebut meninggal dunia kerana serangan jantung dan laporan bedah siasat juga mengesahkan hal ini.

    Begitu juga dengan laporan media mengenai kematian pegawai bomba di Pahang yang dikaitkan dengan pengambilan vaksin.

    Pegawai bomba tersebut telah disahkan meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

    Rekod kesihatan Allahyarham juga menunjukkan bahawa beliau mempunyai sejarah penyakit jantung, diabetes dan juga darah tinggi.

    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menafikan dakwaan bahawa kematian pegawai bomba tersebut berkaitan dengan pengambilan vaksin Pfizer.

    Baca juga:

    Mati kerana vaksin? Ada perkara tersembunyi yang ramai tidak tahu

    Disebabkan laporan media yang kurang tepat, maka orang awam menjadi panik dan mula mempercayai bahawa kes-kes kematian seperti ini adalah kerana kesan pengambilan vaksin.

    mati kerana vaksin

    Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerangkan bahawa kes kematian yang berlaku ini adalah kerana penyakit yang sedang dialami selain penerima memiliki sejarah penyakit kronik.

    Namun, ada juga yang cuba menafikan dengan menyatakan bahawa individu tersebut berada dalam keadaan yang sihat sebelum ini dan tidak dilihat seperti mempunyai penyakit kronik.

    Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 telah menyatakan bahawa ramai daripada kita sebenarnya tidak mengetahui bahawa kita sedang menghidap penyakit kronik.

    Kita boleh lihat kepada data hasil tinjauan tersebut:

    #1. Diabetes orang dewasa

    Sekitar 9.4% rakyat Malaysia telah disahkan menghidap diabetes.

    Namun pada masa yang sama, 8.9% rakyat Malaysia yang lain tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit diabetes.

    Ini bermakna, ramai daripada kita sebenarnya tidak sedar bahawa kita mempunyai penyakit diabetes sehinggalah melakukan pemeriksaan kencing manis di hospital atau klinik. 

    #2. Tekanan darah tinggi

    Bagi kes tekanan darah tinggi, sebanyak 15.9% daripada rakyat Malaysia sudah mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit ini.

    Namun, sebanyak 14.1% rakyat Malaysia yang lain pula tidak mengetahui pun yang mereka ada penyakit ini. 

    #3. Kolesterol tinggi penyebab sakit jantung

    Bagi keadaan kolesterol tinggi, kes ini ternyata lebih menarik.

    Kajian menyatakan bahawa 13.5% rakyat Malaysia telah disahkan menghidap kolesterol tinggi.

    Namun, kajian juga telah mendedahkan bahawa sebanyak 24.6% rakyat Malaysia tidak menyedari mereka mempunyai kolesterol tinggi.

    Jumlah mereka yang tidak mengetahui akan kondisi kesihatan diri adalah jauh lebih tinggi daripada mereka yang telah disahkan menghidap penyakit ini.

    Anda perlu tahu kolesterol yang tinggi dalam tubuh boleh menyebabkan sakit jantung.

    Hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa penampilan luaran tidak menjamin bahawa seseorang itu berada dalam keadaan sihat sepenuhnya.

    Kita mungkin nampak sihat dari segi luaran, namun kita mungkin tidak menyangka bahawa kita menghidap penyakit kronik.

    Penyakit kronik ini pula boleh menyebabkan kematian pada bila-bila masa tanpa kita ketahui. 

    Mati kerana vaksin tidak betul

    Apabila seseorang itu menghidap penyakit kronik seperti diabetes, kencing manis atau penyakit jantung, maka keadaan dirinya akan menjadi bertambah buruk apabila dijangkiti virus COVID-19.

    Oleh sebab itu, jika kita perhatikan kepada kes-kes kematian akibat jangkitan virus COVID-19, kesemuanya sama ada sedang menghidap atau mempunyai sejarah penyakit kronik.

    Artikel berkaitan: 

    Kadangkala, kematian yang berlaku juga adalah disebabkan penyakit kronik yang tidak disedari dan bukanlah disebabkan suntikan vaksin.

    Ia satu kebetulan sahaja apabila kematian tersebut berlaku beberapa hari selepas menerima suntikan vaksin.

    Perlu ditegaskan di sini bahawa kematian boleh berlaku disebabkan penyakit kronik walaupun masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

    Kematian juga boleh berlaku disebabkan faktor risiko yang sama walaupun tidak dijangkiti dengan virus COVID-19.

    Jadi, dakwaan mati kerana vaksin adalah tidak tepat sama sekali. 

    Nasihat untuk pembaca

    Bagi pembaca di luar sana, amalkan tabiat mendapatkan sumber berita yang sahih daripada pihak yang bertanggungjawab.

    Elakkan diri kita daripada membaca berita yang hanya bersifat sensasi semata-mata tanpa melihat kepada pembuktian daripada pihak berwajib.

    Dengan ini, kita dapat mengelakkan perasaan panik yang tidak berasas akibat mempercayai berita yang kurang tepat dan dilaporkan dengan cara yang tidak beretika. 

    [mc4wp_form id=”115319″]

    #HelloHealthGroup #HelloDoktor #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan