backup og meta

Nak Kurangkan Dapat Kesan Sampingan? Jangan Ambil Paracetamol Sebelum Vaksin COVID-19!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/07/2021

    Nak Kurangkan Dapat Kesan Sampingan? Jangan Ambil Paracetamol Sebelum Vaksin COVID-19!

    Tahukah anda, ada banyak manfaat vaksin COVID-19 terhadap kesihatan kita?

    Bayangkan, satu hari nanti kita mungkin boleh melakukan semua aktiviti seperti biasa tanpa perlu melakukan penjarakan sosial atau memakai pelitup muka.

    Namun, semua ini tidak akan berlaku jika kita tidak mengambil vaksinasi terhadap COVID-19.

    Pada waktu ini, negara kita sedang giat memberikan suntikan vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

    Pemberian vaksin ini amat penting untuk menghentikan penyebaran wabak.

    Walau bagaimanapun, sebagai penerima vaksin, pasti ada juga rasa resah dan tidak yakin mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin yang diterima.

    Untuk artikel kali ini, kami akan mengupas lebih lanjut mengenai manfaat vaksin serta kesan sampingannya.

    Selain itu, kami juga akan menerangkan lebih lanjut mengenai imuniti kelompok ataupun herd immunity dan mengapa kita perlu mencapainya secepat mungkin.

    [covid_19]

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Manfaat vaksin, benar atau dibuat-buat?

    manfaat vaksin

    Sebenarnya, ada banyak manfaat vaksin COVID-19 untuk kita. Selain dapat melindungi kita daripada jatuh sakit, vaksinasi juga dapat menghalang anda daripada menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

    Semakin ramai yang mengambil vaksinasi, semakin sukarlah penyakit ini merebak. Kita juga akan selangkah lebih dekat untuk mencapai imuniti kelompok.

    Tetapi, apakah maksud sebenar imuniti kelompok? Mungkin ramai yang pernah mendengar terma ini di kaca televisyen ataupun di corong radio, namun tidak benar-benar memahaminya.

    Imuniti kelompok dapat dicapai apabila sebahagian besar masyarakat (kelompok) menjadi imun terhadap sesuatu penyakit.

    Hasilnya, seluruh kumpulan masyarakat itu akan terlindung daripada penyakit tersebut, termasuklah mereka yang tidak imun.

    Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai imuniti kelompok.

    Selalunya, ahli masyarakat yang imun perlu mencecah peratusan tertentu sebelum imuniti kelompok boleh dicapai. Peratusan ini juga berbeza dari satu penyakit ke penyakit.

    Sebagai contoh, imuniti kelompok terhadap penyakit polio adalah sekitar 80%. Baki 10% lagi akan terlindung daripada penyakit ini. 

    Untuk campak pula, populasi yang perlu mengambil vaksinasi adalah sebanyak 95%. Tinggi bukan?

    Namun, untuk COVID-19, peratusan yang perlu divaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok masih belum diketahui.

    Melalui program PICK, kerajaan menyasarkan untuk melakukan vaksinasi kepada 80% rakyat Malaysia menjelang akhir tahun.

    Ada dua cara untuk mencapai imuniti kelompok iaitu melalui vaksinasi dan juga jangkitan. Sudah tentulah, pemberian vaksinasi lebih selamat berbanding jangkitan COVID-19!

    Ini juga merupakan salah satu manfaat vaksin COVID-19 yang mungkin ramai terlepas pandang!

    Baca juga:

    Kesan sampingan COVID-19, fakta atau auta?

    manfaat vaksin

    Tidak dinafikan, vaksin akan menyebabkan kesan sampingan tertentu. Namun, bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini.

    Kebanyakan penerima vaksin akan mengalami simptom seakan-akan demam, termasuklah:

    1. Sakit dan bengkak pada kawasan suntikan.
    2. Rasa letih.
    3. Sakit kepala.
    4. Rasa seram sejuk.
    5. Demam.
    6. Sakit otot dan sendi.
    7. Rasa loya dan muntah-muntah.
    8. Kulit merah atau muncul ruam pada kawasan suntikan.
    9. Nodus limfa membengkak.

    Setelah menerima vaksinasi, anda digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin atau antihistamin untuk sebarang ketidakselesaan yang anda alami.

    Untuk suntikan kedua, kesan sampingannya mungkin lebih teruk berbanding suntikan yang pertama.

    Semua ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi berdekatan. Walau bagaimanapun, jangan ambil ubat ini sebelum vaksinasi ya!

    WHO juga tidak menggalakkan anda untuk mengambil sebarang ubat untuk mengelakkan kesan sampingan sebelum mendapatkan vaksinasi. 

    Kesan sampingan selepas vaksin COVID-19 merupakan sesuatu yang biasa. Malah, vaksin biasa juga boleh menyebabkan reaksi seperti demam dan kelesuan.

    Menurut pakar, reaksi yang sederhana merupakan tanda sistem imun badan sedang bertindak balas dengan vaksin. Malah, normal jika anda perlu berehat selama beberapa hari selepas menerima vaksin. 

    Tetapi, jika anda tidak mengalami apa-apa kesan sampingan, itu bukanlah bermaksud vaksin tersebut tidak berkesan! Malah, anda merupakan golongan yang bertuah jika tidak mengalami sebarang reaksi terhadap vaksin.

    Jika anda mengalami kesan sampingan yang teruk, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Sama jugalah jika ada sesuatu yang abnormal berlaku pada kawasan suntikan anda.

    Jangan pandang rendah manfaat vaksin!

    Tidak dinafikan, manfaat vaksin amatlah besar lebih-lebih lagi ketika negara dilanda wabak COVID-19. Selepas vaksinasi, tidak mustahil kita mampu melakukan semua aktiviti yang tergendala disebabkan pandemik.

    Vaksinasi adalah selamat dan mungkin satu-satunya jalan untuk kita melawan COVID-19. Walau bagaimanapun, pastikan anda tahu tanda-tanda kesan sampingan vaksin yang teruk, terutamanya jika anda mempunyai alahan.

    Namun, setelah mendapatkan vaksinasi, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengamalkan norma baharu.

    manfaat vaksin

    Vaksin COVID-19 telah dibangunkan dengan kerjasama pelbagai pihak. Malah, ia juga telah diuji dengan teliti melalui beberapa fasa ujian klinikal.

    Semua langkah ini diambil untuk memastikan vaksin efektif dan berkesan untuk kegunaan semua orang daripada setiap lapisan masyarakat.

    Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama menyokong PICK kelolaan kerajaan. Bersama, kita mampu melawan COVID-19!

    [mc4wp_form id=”115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan