Jelaslah, vaksin amat penting untuk menghentikan sebuah pandemik. Sudah tentulah kita tidak mahu sejarah berulang bukan?
Baca juga:
Vaksin mengandungi bahan selamat
Menurut Dr. Nurul Yaqeen lagi, vaksin COVID-19 selalunya mengandungi (1) mRNA, (2) lipid atau lemak, (3) garam seperti potasium klorida atau sodium klorida, dan juga (4) sukrosa atau gula.
Untuk pengetahuan anda, vaksin COVID-19 menggunakan mRNA yang telah diubah suai dari segi genetik.
MRNA ini akan memberikan informasi kepada badan untuk menghasilkan sejenis protein tidak berbahaya berbentuk S yang boleh dijumpai pada permukaan virus COVID-19.
Sebagai tindak balas terhadap vaksin tersebut, badan akan mula menghasilkan antibodi untuk melawan virus tersebut.
Bahan lain seperti lemak, garam dan gula pula selalunya berfungsi untuk menjaga kestabilan serta pH vaksin supaya ia tidak mudah terhapus apabila disuntik ke dalam badan.
Dari segi bilangan suntikan pula, setiap vaksin mempunyai bilangan dos dan jarak suntikan yang berbeza.
Sebagai contoh, vaksin oleh Pfizer-BioNTech perlu diambil sebanyak 2 dos dengan jarak suntikan selama 21 hari. Vaksin COVID-19 oleh Johnson & Johnson’s Janssen pula hanya memerlukan 1 dos sahaja.
Mengapa kita tidak boleh memilih vaksin?

Pada waktu ini, kita hanya mempunyai bekalan vaksin PfizerBioNTech dan Sinovac sahaja. Dr. Nurul Yaqeen menyeru semua orang supaya tidak memilih vaksin untuk mengelakkan sebarang pembaziran.
Disebabkan vaksin dibekalkan di dalam satu vial, setiap botol tersebut sebenarnya boleh dikongsi oleh beberapa orang. Malah, setiap suntikan hanya memerlukan sebanyak 0.3 ml vaksin sahaja.
Jika semua orang memilih vaksin, mungkin akan berlakunya pembaziran semasa pemberian vaksin nanti.
Tambah beliau lagi, vaksin yang terbaik ialah vaksin yang tercepat yang anda boleh dapatkan.
Oleh sebab itu, jangan terlalu memilih kerana semua vaksin telah disahkan selamat oleh badan-badan terkemuka di seluruh dunia.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit imuniti, masalah pembekuan darah, atau sedang menerima ubat pencair darah, Dr. Nurul Yaqeen mencadangkan agar anda berjumpa dahulu dengan doktor sebelum bertindak mengambil vaksinasi COVID-19.
Di Malaysia, mereka yang menghidap alahan yang teruk hingga boleh mendapat serangan anafilaksis tidak dibenarkan sama sekali untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Artikel berkaitan:
https://hellodoktor.com/berjangkit/covid19/reaksi-alergi-vaksin/
Bekas pesakit COVID-19 juga perlu menerima suntikan vaksin
Bekas pesakit COVID-19 juga tidak terkecuali daripada senarai penerima vaksin COVID.
Walaupun mereka mungkin telah mempunyai antibodi untuk melawan virus ini, namun ia tidak dapat bertahan dalam masa yang lama.
Malah, imuniti ini akan hilang dalam tempoh 3 hingga 4 bulan selepas pesakit sembuh daripada jangkitan COVID-19. Sebab itulah masih ada orang yang boleh terkena jangkitan COVID-19 kali kedua dan ketiga.
Menurut Dr. Nurul Yaqeen lagi, vaksin bukanlah satu cara untuk merawat COVID-19.
Sebenarnya, pemberian vaksin melalui program imunisasi merupakan satu langkah untuk mencegah COVID-19 dan diberikan kepada mereka yang sihat serta belum dijangkiti wabak ini.
Sudah pastilah kita mahukan yang terbaik untuk ahli keluarga kita yang mungkin tergolong dalam kumpulan mudah dijangkiti COVID-19:

Ubat atau penawar untuk COVID-19 masih belum dijumpai. Pesakit COVID-19 pula akan dirawat di hospital bergantung kepada tahap jangkitan masing-masing.
Pesan Dr. Nurul Yaqeen kepada semua
Cepat-cepatlah dapatkan vaksin COVID-19 jika anda telah tersenarai sebagai penerima.
Pada waktu ini, vaksin merupakan satu-satunya cara untuk meletakkan titik noktah pada pandemik yang kita sedang hadapi.
Dengan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kita dapat menurunkan kadar kematian, kadar kemasukan ke hospital dan juga kes COVID-19 di seluruh negara.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus