Jangkitan dari manusia ke manusia
Manusia yang dijangkiti kebiasaannya tidak berjangkit sehingga mereka mengalami simptom. Ahli keluarga kebiasaannya dijangkiti kerana mereka menjaga ahli keluarga yang sakit atau menguruskan pengebumiannya.
Pekerja kesihatan boleh dijangkiti jika mereka tidak menggunakan perkakas pelindung seperti penutup mulut dan sarung tangan pembedahan. Pusat-pusat perubatan di Afrika kebiasaannya sangat miskin dan mereka terpaksa menggunakan jarum dan picagari terpakai. Sebahagian epidemik Ebola yang paling teruk berlaku disebabkan penggunaan alat suntikan yang telah tercemar sebelum disterilkan.
Tiada bukti menunjukkan jangkitan virus Ebola melalui gigitan serangga.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Virus Ebola?
Bagi kebanyakan manusia, risiko jangkitan Ebola (demam berdarah) adalah rendah. Risikonya akan meningkat jika anda:
- Melancong ke Afrika. Anda pada risiko yang tinggi jika anda melawat atau bekerja in kawasan dimana wabak virus Ebola atau Marburg pernah berlaku.
- Melakukan kajian haiwan. Risikonya lebih tinggi jika kajian dijalankan ke atas monyet yang diimport dari Afrika atau Filipina.
- Menyediakan penjagaan perubatan atau peribadi. Ahli keluarga kebiasaannya dijangkiti jika mereka menjaga ahli keluarga yang sakit. Pekerja kesihatan juga boleh dijangkiti jika mereka tidak menggunakan perkakas pelindung seperti penutup mulut dan sarung tangan pembedahan.
- Membuat persediaan untuk pengebumian. Badan orang yang mati dari demam Ebola atau Marburg berdarah masih berjangkit. Menguruskannya boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Virus Ebola didiagnosis?
Diagnosis Ebola susah untuk dibuat kerana tanda dan simptom awal menyerupai penyakit lain seperti typhoid dan malaria. Jika doktor mengesyaki anda mengandungi virus Ebola, mereka menggunakan ujian darah untuk mengesan virus dengan cepat termasuk:
- Enzyme-linked immunosorbent assay (ELISA)
- Reverse transcriptase polymerase chain reaction (PCR)
Bagaimana pesakit Virus Ebola dirawat?
Tiada penawar bagi Ebola meskipun para pengkaji sedang mengusahakannya. Rawatan termasuk serum eksperimen yang menghancurkan sel-sel yang dijangkiti.
Doktor menguruskan simptom-simptom Ebola menggunakan:
- Air dan elektrolit;
- Oksigen;
- Ubat tekanan darah;
- Pemindahan darah;
- Rawatan jangkitan lain.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Virus Ebola?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi :
Satu-satunya cara untuk selamat dari penyakit Ebola ialah dengan mendapatkan penjagaan perubatan yang segera sejurus selepas anda terdedah kepada virus tersebut atay sekurang-kurangnya apabila simptom dapat dilihat. Dapatkan pertolongan perubatan dalam situasi berikut:
- Jika anda melancong ke tempat yang diketahui terdapat penyakit virus Ebola seperti negara-negara Afrika.
- Jika anda terdedah kepada orang yang mengandungi jangkitan virus Ebola.
- Jika anda terdedah kepada orang yang disyaki mengandugi virus Ebola.
- Jika anda mengalami simptom penyakit virus Ebola atau yang serupa dengannya, dapatkan penjagaan perubatan dengan serta merta.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen