home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Cabaran Terpaksa Ditempuh Untuk Bendung COVID-19, Bukan Senang-Senang Boleh Hilang Ya!

5 Cabaran Terpaksa Ditempuh Untuk Bendung COVID-19, Bukan Senang-Senang Boleh Hilang Ya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Wabak virus korona baharu telah menular ke serata dunia. Di Malaysia sendiri, berikut adalah statistik kes sehingga hari ini:

Wabak ini mempunyai potensi tularan yang lebih tinggi berbanding jenis virus korona lain termasuk SARS-CoV dan MERS-CoV.

Ketahui dengan lebih lanjut berkenaan virus ini melalui video di bawah ini.

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

Pada tahun 2003, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) diisytiharkan sebagai ancaman kesihatan global.

Ia telah menyebabkan kematian pada kira-kira 15% daripada jumlah mereka yang dijangkiti.

Artikel berkaitan: 3 Perbezaan COVID-19 Dan SARS Yang Anda Perlu Tahu

Sindrom pernafasan timur tengah (MERS) yang melanda pada tahun 2012 turut mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Hal ini menimbulkan kerisauan di seluruh dunia berikutan rawatan untuk wabak ini masih belum lagi ditemui.

Cabaran menghadapi wabak virus korona baharu #1 Bagaimana ia tersebar?

wabak virus korona

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), seperti SARS-CoV dan MERS-CoV, virus korona baharu juga merupakan virus yang tergolong dalam kumpulan “beta”.

Ia kebiasaannya boleh dijumpai pada haiwan liar terutamanya kelawar.

Pada peringkat awal jangkitan, wabak virus korona mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan eksotik yang boleh dijumpai di pasar borong kota Wuhan.

Bermula dari saat itu, pihak berkuasa China telah melaporkan berlakunya penyebaran antara manusia yang menyebabkan peningkatan kes positif virus korona baharu ini.

Beberapa persoalan perlu dijawab bagi memahami berkenaan dengan risiko penyebaran virus korona:

  • Berapa lama tempoh inkubasi (dari tempoh jangkitan kepada simptom)?
  • Adakah individu boleh menyebarkan virus ini walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom?

Baca juga:

  • Adakah simptom jangkitan ini boleh jadi bertambah teruk?
  • Adakah topeng muka biasa mampu menghalang penyebaran virus ini atau semua individu perlu menggunakan topeng muka N95?

#2 Sukar untuk kita rawat pneumonia teruk

Pneumonia yang disebabkan oleh wabak virus korona baharu sukar dirawat.

Seperti SARS dan MERS, fasiliti kesihatan global masih tidak mempunyai ubat antiviral yang khusus untuk meringankan simptom komplikasi pneumonia yang disebabkan virus tersebut.

Jangkitan paru-paru yang disebabkan virus tidak ada rawatan spesifik.

Apa lebih teruk, jangkitan tersebut dirumitkan dengan jangkitan bakteria yang rintang dengan antibiotik.

Jangkitan boleh melarat sehingga melibatkan organ selain paru-paru. Golongan berisiko seperti orang tua dan mereka yang ada masalah sistem pertahanan badan.

Mereka yang mengalami kegagalan fungsi organ perlu dirawat dalam unit jagaan intensif (ICU).

Perkara ini bukan sahaja boleh menurunkan kualiti hidup individu malah meningkatkan kadar kematian akibat daripada wabak virus korona baharu.

Cabaran menghadapi wabak virus korona baharu #3 Ia sama macam simptom jangkitan selesema ke?

wabak virus korona

Susah sebenarnya nak membezakan antara simptom wabak virus korona baharu jangkitan influenza.

Ini kerana kedua-dua virus menjangkiti saluran pernafasan, lalu menyebabkan munculnya simptom lebih kurang sama.

Badan akan bertindak balas dengan meningkatkan suhu (demam) dan anda akan alami simptom seperti batuk, selesema dan pening kepala.

Tapi, tak semua simptom bermaksud anda dijangkiti virus korona. Terdapat 7 strain virus korona yang boleh menjangkiti manusia.

4 daripada 7 strain tersebut boleh menyebabkan masalah selesema ringan.

Hospital di Malaysia dilengkapi dengan peralatan moden yang boleh digunakan untuk mendiagnosis wabak virus korona dengan lebih tepat.

#4 Awas buat anda yang mempunyai masalah kronik

Seperti jangkitan virus lain, individu yang ada masalah kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi mempunyai risiko untuk mendapat komplikasi teruk akibat wabak virus korona baharu.

Sistem pertahanan badan memainkan peranan penting bagi menghindari jangkitan virus korona baharu.

Artikel berkaitan: Virus COVID-19 Lebih Mudah Dijangkiti Orang Tua – Kenapa?

Mereka yang mengalami masalah penyakit kronik cenderung mempunyai sistem pertahanan badan lemah.

Perkara ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan.

Cabaran ke #5 Penyebaran maklumat palsu

Apabila masyarakat kurang faham terhadap sesuatu, mereka cenderung menyebarkan maklumat palsu berkaitan dengannya.

Maklumat palsu bukan sahaja boleh menyebabkan huru-hara, malah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada individu lain.

Pelbagai jenis maklumat palsu telah tersebar sejak penularan wabak virus korona dan pihak berkuasa terlibat telah membuat notis penafian berkenaan dengannya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan amaran keras kepada mereka yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu.

Mereka yang tertangkap boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Seksyen 233. Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Walaupun penyebaran maklumat palsu masih lagi terkawal, namun penggunaan media sosial secara meluas membuatkan ia mudah untuk mencetuskan huru-hara dalam kalangan mereka yang tidak mengambil inisiatif untuk menyiasat terlebih dahulu maklumat yang bakal disebar.

Konklusi

Bukan mudah untuk kita tangani penularan wabak virus korona baharu. Usaha tersebut perlu mendapat kerjasama daripada semua individu dalam memastikan jangkitan itu berada dalam keadaan terkawal.

Jika anda mengalami simptom selesema, dapatkan rawatan daripada klinik berdekatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronavirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. 2019-nCoV situation summary. (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/summary.html). Diakses pada 4 Februari 2020.
  2. 2019 Novel Coronavirus. (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fcoronavirus%2Fnovel-coronavirus-2019.html). Diakses pada 4 Februari 2020.
  3. Coronavirus live updates: China says its death toll hits 425 as total cases rise to 20,438. (https://www.cnbc.com/2020/02/04/coronavirus-latest-updates-china-hubei.html). Diakses pada 4 Februari 2020.
  4. Viral Pneumonia: Symptoms, Risk Factors, and More. (https://www.healthline.com/health/viral-pneumonia). Diakses pada 4 Februari 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 09/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x