Kaitan Usus-Otak Bantu Jelaskan Bagaimana Corak Diet Menyebabkan Obesiti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Baru-baru ini, satu kajian yang telah diterbitkan dalam Jurnal Kajian Klinikal telah menemukan kaitan antara usus dan otak yang membawa kepada terjadinya keadaan obesiti. 

Sebelum ini, para pengkaji dan juga komuniti sains amnya mengetahui bahawa leptin, hormon yang dihasilkan oleh sel lemak dalam badan, memainkan peranan yang penting dalam kawalan berat badan. Secara khususnya, hormon leptin bertindak dengan menghasilkan sensasi kenyang kepada otak dan mendorong seseorang itu untuk berhenti makan. Apabila seseorang itu tidak berupaya untuk merasa kenyang, mereka akan terdorong untuk terus makan, terus menambah kalori ke dalam badan mereka dan akhinya menyebabkan berlakunya penambahan berat badan. Ini merupakan salah satu daripada mekanisma yang mendorong kepada terjadinya keadaan berat badan berlebihan. Namun yang demikian, kerintangan terhadap tindakan leptin dan rasa kenyang yang dihasilkannya adalah sesuatu yang misteri dan belum dikenal pasti sehinggalah baru-baru ini.

Para pengkaji daripada Pusat Kajian Nutrisi Kanak-Kanak USDA/ARS di Baylor dan Hospital Kanak-Kanak Texas telah berjaya merungkai penemuan yang mengaitkan peranan usus dan otak dalam keterjadian masalah berat badan berlebihan. Khususnya, peranan hormon GIP yang dihasilkan oleh usus dalam mempengaruhi isyarat otak. Kajian tersebut membabitkan pemberian diet yang tinggi dalam kandungan lemak kepada tikus-tikus kajian. Mereka mendapati diet yang tinggi lemak ini menyebabkan peningkatan dalam paras hormon GIP dalam darah. Hormon GIP adalah sejenis hormon incretin yang dihasilkan oleh usus dan ia adalah salah satu hormon penting yang terlibat dalam kawalan tenaga badan. 

Setelah menggunakan kultur hirisan otak tikus dan menyaring faktor kitaran dalam darah tikus-tikus tersebut, mereka mendapati peningkatan paras hormon GIP ini membawa kepada penghalangan keupayaan leptin untuk menghantar isyarat kenyang kepada otak. Ini bermakna diet yang tinggi lemak seperti yang berlaku dalam kalangan golongan obes dan berat badan berlebihan, akan menyebabkan kerintangan terhadap isyarat kenyang daripada hormon leptin sekaligus mendorong mereka untuk terus makan dan terus bertambah gemuk.

Untuk memastikan kaitan ini, mereka kemudiannya bertindak menghalang reseptor GIP dengan cara menyuntik antibodi monoklonal terus ke otak tikus-tikus kajian. Apa yang berlaku seterusnya mengesahkan keraguan mereka – tindakan ini membawa kepada kesan akhir penurunan berat badan dalam tikus obes yang diberikan diet yang tinggi lemak. Ini kerana tindakan menghalang reseptor GIP tersebut menyebabkan tikus-tikus obes makan pada kekerapan dan kadar yang lagi sedikit. Hasil daripada perubahan pola pemakanan mereka ini, jisim lemak dan paras gula dalam darah mereka menurun yang akhirnya menyebabkan berat badan mereka susut. Apa yang lebih menarik adalah eksperimen lanjutan mendapati kesan ini  adalah khusus kepada obesiti yang dirangsang oleh diet. Dalam tikus tidak obes yang diberikan pemakanan yang biasa, mereka tidak menunjukkan sebarang penurunan dalam pengambilan makanan, berat badan mahupun jisim lemak setelah menerima suntikan antibodi monoklonal. Mereka merumuskan bahawa pengambilan diet yang seimbang tidak mendorong kepada peningkatan dalam kadar GIP. Ini membolehkan hormon leptin bertindak seperti biasa dalam menghasilkan isyarat kenyang kepada otak. 

Kesimpulannya, kaitan usus-otak ini membantu komuniti sains dan pengamal perubatan untuk lebih memahami bagaimana seseorang yang obes itu boleh terperangkap dalam kitaran makan berlebihan dan terus menambah berat badan. Apabila diberikan diet yang tinggi dalam kandungan lemak dan menjadi obes, paras hormon GIP dalam darah meningkat. Di dalam struktur hipotalamus di otak, GIP menghalang tindakan hormon leptin, menyebabkan tikus kajian itu tidak merasa kenyang dan terdorong untuk terus makan dan terus menambah berat badan. Menghalang interaksi antara hormon GIP dan hipotalamus mengembalikan semula keupayaan leptin untuk memberi isyarat kenyang kepada otak. 

Walaupun lebih banyak kajian yang diperlukan untuk mengukuhkan dapatan ini, penemuan kaitan usus-otak dalam menyebabkan obesiti ini berpotensi untuk membuka lembaran baru dalam strategi mengatasi masalah obesiti.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Individu Obes Berisiko Mati Jika Positif COVID-19, WASPADA!

    Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah berat badan obesiti berisiko untuk mendapat jangkitan virus korona baharu (COVID-19) teruk.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya!

    Jika lemak itu tenaga, bukankah orang gemuk boleh gunakan tenaga tersebut jika glukosa di dalam darah habis? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    BMI Sana, BMI Sini. Apakah Sebenarnya Kepentingan BMI Ni?

    Ramai yang selalu menyebut kepentingan BMI apabila bercakap mengenai berat badan masing-masing. Tetapi apakah sebenarnya yang disebut sebagai BMI ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Diet/Pengurusan Berat Badan 14/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pil diet

    Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    maksud obesiti

    Individu Obes Tak Sama Dengan Golongan Lebih Berat Badan! Jangan Silap Nilai Orang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    punca gemuk

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan