Dalam Diam, Suami Juga Boleh Didera Oleh Isteri, Kesannya Boleh Buat BUNUH DIRI!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Dunia pernah gempar dengan kes penceraian bintang terkemuka Hollywood, Johnny Depp dan isterinya, Amber Heard pada awal tahun 2017. 

Pelakon Mera dalam filem popular Aquaman itu telah mendakwa bekas suaminya itu melakukan penderaan domestik ke atas dirinya.

Bagaimanapun, perkara ini telah disangkal oleh pelakon utama filem berantai popular, Pirates of the Carribean itu sendiri. Menurut Depp, isterinya itu yang sebenarnya melakukan penderaan domestik tersebut. Pertarungan di antara kedua-dua bintang terkemuka ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Namun, baru-baru ini, terdapat rakaman audio yang menjadi bukti kepada apa yang didakwa oleh Depp terhadap isterinya itu.

Betulkah ada kes isteri dera suami? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Heard dera suami, rakaman suara sebagai bukti

dera suami
Gambar oleh Gage Skidmore – (CC BY-SA 2.0)

Ramai netizen yang menyebelahi Amber Heard tanpa mempedulikan kenyataan Johnny Depp pada fasa awal kes penceraian mereka. Heard telah membuat kenyataan bahawa Depp telah melakukan penderaan emosi, fizikal dan mental.

Depp bagaimanapun telah membuat kenyataan media berkali-kali bagi menafikan perkara tersebut, namun ia tidak dihiraukan.

Bagai mencurahkan air ke daun keladi, aktor popular ini terpaksa melalui detik kejatuhan dalam dunia lakonan Hollywood disebabkan oleh tuduhan itu. 

Pada tahun 2018, setelah Heard menulis dan menerbitkan sebuah artikel yang berkaitan dengan penderaan domestik, ramai pembaca yang tahu pendera yang beliau maksudkan adalah bekas suaminya walaupun tidak dinyatakan nama Depp secara jelas.

Perkara ini menyebabkan Depp kehilangan peluang pekerjaan dan seringkali menjadi sasaran utama netizen dalam media sosial. Beliau telah memfailkan saman bernilai lima puluh juta USD dan sehingga kini, kes itu masih lagi dibicarakan.

Baru-baru ini, telah muncul satu rakaman audio yang membuktikan kebenaran di sebalik perkara yang diperkatakan oleh Depp. 

Beliau sememangnya didera oleh Heard! Melalui rakaman tersebut, Depp telah ditampar dan dibaling dengan periuk, kuali dan pasu bunga ketika berlaku persengketaan di antara kedua-duanya.

Bermula daripada saat itu, netizen telah menggunakan tanda pagar #JusticeForJohnnyDepp bagi memberikan sokongan sepenuhnya kepada bintang terkemuka yang telah teraniaya itu.

Isteri dera suami, adakah ini perkara baharu?

dera suami

Ramai beranggapan bahawa Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang telah dipinda pada tahun 2012 hanya melindungi wanita. Hakikatnya, ia juga bertujuan untuk melindungi si suami daripada penderaan domestik.

Pasti anda pelik, betulkah ada isteri yang dera suami? Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak, pada tahun 2014 hingga 2016, 26% daripada 15,617 kes keganasan rumah tangga melibatkan penderaan suami oleh isteri.

Perkara ini tidak eksklusif kepada negara Malaysia sahaja. Ia juga bukan hanya melibatkan hubungan suami isteri, malah pasangan kekasih, tidak kiralah heteroseksual atau homoseksual. 

Walaupun keganasan rumah tangga boleh dilakukan oleh mana-mana jantina, namun, kesan daripada penderaan suami terhadap isteri lebih besar berbanding dengan isteri dera suami. Wanita mempunyai risiko 6 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kecederaan serius berbanding lelaki yang didera.

Namun adakah itu seharusnya dijadikan alasan untuk tidak mempedulikan isu lelaki yang didera? TIDAK sama sekali. 

Seperti isu penyakit mental, lelaki yang mengalami penderaan domestik kebiasaannya lebih cenderung untuk menyimpan rahsia berkenaan dengan hal ini. Ia berikutan kes isteri dera suami dianggap sesuatu yang sangat jarang berlaku dan mereka sering mengaitkan lelaki yang didera dengan perkataan ‘lemah’.

Bayangkan, jika anda seorang suami yang didera isteri. Tidakkah sakit tatkala anda mendengar istilah ‘lelaki lemah’ apabila anda cuba mengemukakan isu berkenaan kepada individu lain? Hakikatnya, penderaan merupakan perkara yang salah tidak kiralah siapa yang menjadi pendera.

Reaksi orang awam terhadap isu dera suami

penderaan

Jika anda pernah melihat segmen “What Would You Do?” yang pernah dipopularkan oleh ABC News pada tahun 2008, anda pasti pernah menonton dua senario yang melibatkan penderaan domestik. 

Pada senario pertama, seorang lelaki marah, menarik rambut dan cuba mencederakan pasangannya ketika pertengkaran. Senario kedua juga menggunakan konsep yang sama namun wanita yang akan melakukan keganasan terhadap lelaki.

Ketika senario pertama sedang berlangsung, beberapa orang awam menghampiri pasangan tersebut dan cuba untuk meleraikannya. Ada juga yang datang dan memarahi lelaki yang melakukan keganasan tersebut.

Apabila senario kedua sedang berlangsung, tiada seorang pun yang cuba untuk meleraikan keadaan. Malah, seorang wanita yang ditemu ramah selepas itu berkata “saya pasti, lelaki itu memang patut dipukul”.

Mengapa wujudnya dua reaksi yang berbeza hanya kerana peranan lelaki dan wanita bertukar pada kedua-dua senario tersebut? Adakah disebabkan oleh lelaki sering dikaitkan dengan kekuatan fizikal dan wanita sebagai kaum yang lemah memberikan lesen kepada wanita untuk memukul lelaki sesuka hati?

Dalam konteks isteri dera suami, lelaki yang didera juga berisiko untuk mengalami penyakit mental seperti kemurungan dan keresahan. Jika tidak diberi perhatian, mereka boleh mengambil tindakan yang menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri seperti tindakan bunuh diri.

Ini merupakan perkara yang serius memandangkan lelaki lebih cenderung untuk menggunakan kaedah yang lebih berbahaya jika mereka ingin membunuh diri berbanding wanita. 

Konklusi

Isu penderaan domestik tidak kiralah isteri dera suami atau suami dera isteri, perlu diambil perhatian. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan fizikal, malah meningkatkan risiko penyakit mental.

Jika anda kenal mana-mana rakan lelaki anda yang didera oleh isteri mereka, ini bukan masanya untuk anda mempersendakan mereka. Bantu mereka dan galakkan mereka untuk mendapatkan bantuan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh mengeluarkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) jika terdapat unsur-unsur keganasan rumah tangga. Mereka akan berjumpa dengan mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk tindakan susulan.

Jangan ambil mudah isu seperti ini. Cukuplah Johnny Depp merana selama 3 tahun setelah rasmi penceraiannya dengan Amber Heard. Ingat, bukan wanita sahaja boleh menjadi subjek penderaan. Lelaki juga mempunyai risiko untuk mengalami perkara yang sama.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kongsi Info Ini Jika Anda Dapati Berlakunya Sebarang Kes Keganasan Rumah Tangga di Sekitar Anda 

    Kadar keganasan rumah tangga yang berlaku di Malaysia meningkat daripada lebih 3000 kes sehingga hampir mencapai 6000 kes pada tahun 2016.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Tempatan 09/10/2019 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Membantu Rakan Anda Yang Berdepan Keganasan Rumah Tangga?

    Ingin bantu rakan anda yang berhadapan dengan masalah keganasan rumah tangga? Cuba bantu mereka dengan beberapa cara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/03/2019 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Untuk Menyedari Rakan Anda Mangsa Penderaan?

    Jenayah dera boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa kita sedari. Persoalannya, bagaimana untuk kita kenal mangsa penderaan? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/02/2019 . 3 minit bacaan

    Tip Mengatasi Penderaan Domestik

    Penderaan domestik adalah kawalan sistematik terhadap seseorang individu oleh individu lain dalam pelbagai bentuk yang berbeza, termasuk penderaan fizikal, emosi, lisan, seksual dan kewangan. Penderaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 08/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    goncang bayi

    AWAS! Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berisiko Mati Akibat Goncangan Kepala

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    kes penderaan

    Stres Akibat PKP, Anak Bini Jadi Mangsa! Sila Ambil Peduli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/04/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Bila Ada Kemalangan, Ramai Pilih Untuk ‘Lihat’ Saja Dari Membantu? Ia Kerana Kesan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/03/2020 . 4 minit bacaan

    Keganasan Dalam Hubungan Boleh Berlaku Pada SESIAPA Saja! Ini 10 Selebriti Hollywood Yang Turut Alaminya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/03/2020 . 4 minit bacaan