Seperti yang kita semua perlu tahu, aspek keselamatan kanak-kanak bukan satu perkara yang boleh kita pandang remeh dan anggap main-main. Ia sangat penting untuk aspek kesihatan dan kesejahteraan mereka!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Seperti yang kita semua perlu tahu, aspek keselamatan kanak-kanak bukan satu perkara yang boleh kita pandang remeh dan anggap main-main. Ia sangat penting untuk aspek kesihatan dan kesejahteraan mereka!
Persoalannya, apakah antara ikhtiar yang ibu bapa boleh buat untuk memastikan keselamatan kanak-kanak?
Ketahui lebih banyak maklumat tentang Kesihatan di sini.
Kanak-kanak penuh dengan sifat ingin tahu, jadi tidak hairanlah mereka tentu sangat gemar untuk menerokai dan mengenali dunia tanpa rasa takut dengan apa-apa yang wujud di sekeliling.
Namun, perasaan ingin tahu itu boleh mendatangkan impak negatif kepada keselamatan kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin terdedah kepada ancaman yang berbahaya terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri mereka.
Sebagai contoh mudah, situasi di mana mereka menaiki basikal ke taman permainan. Risiko kanak-kanak mengalami kemalangan adalah sangat tinggi terutama jika tiada pemantauan khusus daripada ibu bapa.
Jadi, anda sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan anak itu terjamin!
Pada 17 Februari 2024, Sunway Healthcare Group (SHG) telah melancarkan E-Buku Pertolongan Cemas Pediatrik di mana tujuan utamanya adalah untuk membuka akses menyelamat nyawa si kecil anda.
Melalui Bengkel Pertolongan Cemas Kanak-kanak yang berlangsung di Kuala Lumpur, ia berfungsi sebagai sebuah platform untuk memperkenalkan ilmu dan tip pertolongan cemas kepada golongan ibu bapa.
Menariknya, E-Buku ini akan memaparkan arahan langkah demi langkah dan kandungan video yang boleh diakses melalui kod QR,
Ini sekali gus memberikan penekanan tindakan tepat ketika ibu bapa dan anak berada dalam situasi kecemasan.
Selain daripada pelancaran E-Buku, bengkel ini turut menyaksikan kira-kira 150 penyertaan daripada ibu bapa dan kanak-kanak yang telah mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti menyeronokkan di situ.
Para peserta juga telah terlibat secara aktif dalam mempraktikkan teknik menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan keselamatan kanak-kanak seperti tercekik, patah tulang dan pernafasan mulut ke mulut (CPR).
Mungkin dengan acara bengkel dan E-Buku ini, akan lebih besar kesedaran tentang keselamatan diri si kecil.
Dalam erti kata lain, aspek keselamatan kanak-kanak perlu menjadi keutamaan ibu bapa kerana mereka sendiri belum tahu atau sedar tentang situasi mana yang mungkin boleh memicu bahaya dan bahana.
Sebagai golongan pakar dan profesional dalam bidang perubatan, menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi peringatan dan kesedaran agar keselamatan kanak-kanak di luar sana sentiasa terjamin.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway, Dr Seow Vei Ken berkata,
“SHG komited untuk memperkasakan peranan ibu bapa dan masyarakat, serta sama-sama berganding bahu untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kita terjamin.
“Pengiktirafan sebagai hospital pediatrik kanak kanak terbaik di Malaysia juga telah membuktikan komitmen mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan pediatrik dan penglibatan komuniti,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, pelancaran buku atas talian tentang pertolongan cemas pediatrik pertama di negara kita ini turut mencerminkan bahawa usaha ini bukan lagi satu perancangan tetapi persediaan yang hebat.
Menurut Dr. Elayni Borhan, Konsultan Perubatan Kecemasan dan Penolong Pengarah Perubatan di Pusat Perubatan Sunway, ia menyedarkan umum tentang peningkatan cabaran dalam kesihatan pediatrik di Malaysia.
“Berdasarkan pengalaman saya, saya dapati ibu bapa mengalami pelbagai kesukaran apabila berhadapan dengan kecederaan atau masalah kesihatan anak-anak mereka,” jelas beliau.
Maklumat ini dapat membantu ibu bapa memahami dan mengenal pasti jenis kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan segera. Maka, usaha kecil ini sudah tentu dapat sedikit sebanyak membantu para ibu bapa.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen