Alamak, kesiannya hidung anak berdarah! Sebagai ibu bapa, kita tidak dapat lari daripada kecemasan kecil sebegini. Selalunya, hidung berdarah dikaitkan dengan cuaca yang panas. Namun, apakah punca hidung berdarah bagi kanak-kanak?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Alamak, kesiannya hidung anak berdarah! Sebagai ibu bapa, kita tidak dapat lari daripada kecemasan kecil sebegini. Selalunya, hidung berdarah dikaitkan dengan cuaca yang panas. Namun, apakah punca hidung berdarah bagi kanak-kanak?
Kepada ibu bapa yang berhadapan dengan kecemasan ini, jangan risau! Hidung berdarah jarang sekali menandakan masalah yang serius. Malah, ia selalunya akan berhenti dalam masa 10 minit.
Masalah hidung berdarah juga amat lazim dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang duduk di kawasan dengan cuaca panas.
Tisu di dalam hidung amat lembut dan dilapisi saluran darah yang mudah pecah. Jadi, ia mudah terluka dan menyebabkan pendarahan.
Namun, jika anak kerap mengalami hidung berdarah, apa yang perlu ibu bapa lakukan? Bagaimana pula jika masalah hidung berdarah itu berlaku terlalu kerap? Bila ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor?
Mari ketahui jawapannya dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Walaupun hidung berdarah jarang berlaku disebabkan penyakit yang serius, namun pendarahan boleh terjadi disebabkan luka atau kecederaan tertentu.
Punca hidung berdarah bagi kanak-kanak mungkin berbeza. Ada yang berlaku disebababkan kecederaan. Ada juga yang terjadi kerana penyakit tertentu.
Kadangkala, anak kita akan tercakar bahagian dalam hidung dan menyebabkan pendarahan. Cuaca panas juga boleh menyebabkan hidung berdarah.
Tetapi, hati-hati jika anak terhantuk sehingga hidung mereka berdarah. Jika ini berlaku, bawa anak berjumpa doktor dengan serta-merta.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik tertentu seperti fibrosis sista mungkin akan mengalami pendarahan yang kerap.
Sama jugalah dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembekuan darah seperti hemofilia atau penyakit von Willebrand. Kadangkala, pendarahan boleh berlarutan dalam tempoh yang lama.
Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit Von Willebrand dalam infografik di bawah:
Hidung berdarah selalunya tidak akan menyebabkan anak rasa sakit. Walaupun begitu, mereka mungkin akan terkejut dan menangis.
Pastikan anda pujuk anak dan minta mereka berhenti menangis. Jika tidak, makin sukar untuk anda hentikan pendarahan.
Kemudian, lakukan langkah first aid berikut:
Selain memicit hidung, anda juga boleh:
Kadangkala, punca hidung berdarah bagi kanak-kanak adalah disebabkan masalah lain juga. Oleh sebab itu, pastikan anda bawa anak ke hospital secepat mungkin jika:
Baca juga:
Kadangkala, punca hidung berdarah bagi kanak-kanak tidak dapat dipastikan.
Namun, jika anak kerap alami pendarahan ringan, ada beberapa langkah yang boleh ibu bapa lakukan untuk mencegahnya.
Walaupun kita telah berjaga-jaga, kadangkala anak kita masih akan alami masalah hidung berdarah. Jangan risau, kerana ia selalunya tidak berbahaya dan bukanlah sesuatu untuk dirisaukan.
Ada banyak punca hidung berdarah bagi kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes, anak kita mungkin telah melukakan bahagian dalam hidung dengan mainan atau kuku mereka.
Namun, untuk kes yang lebih serius, pastikan anda bawa anak berjumpa doktor ENT untuk pemeriksaan lanjut. Doktor boleh melakukan diagnosis dan menentukan masalah sebenar anak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen