Autism spectrum disorder (ASD) atau penyakit autisme merupakan sejenis gangguan perkembangan yang boleh mendatangkan cabaran dari segi sosial, komunikasi dan tingkah laku dalam kalangan penghidapnya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Autism spectrum disorder (ASD) atau penyakit autisme merupakan sejenis gangguan perkembangan yang boleh mendatangkan cabaran dari segi sosial, komunikasi dan tingkah laku dalam kalangan penghidapnya.
Pesakit yang menghidap ASD sukar untuk dibezakan dari segi fizikal kerana mereka mungkin mempunyai ciri fizikal yang sama seperti orang lain.
Walau bagaimanapun, mereka mungkin berkomunikasi, berinteraksi dan mempunyai tingkah laku yang berbeza berbanding orang lain.
Individu yang menghidap ASD boleh mengalami masalah pembelajaran yang berbeza-beza – sama ada ringan, sederhana ataupun teruk.
Ada individu yang mempunyai ASD yang serius sehingga perlu dibantu dalam kehidupan seharian. Ada juga antara mereka yang hanya perlukan bantuan yang sedikit dan mampu berdikari seperti individu normal.
Individu yang didiagnosis dengan ASD mungkin mengalami gangguan autisme (autistic disorder), PDD-NOS (pervasive developmental disorder not otherwise specified) dan sindrom Asperger.
Kesemua kondisi berikut kini dikategorikan di bawah ASD.
Individu yang menghidap ASD selalunya mengalami masalah dari segi interaksi sosial, emosional dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Selain itu, mereka juga sering melakukan perkara yang sama berkali-kali dan tidak suka jika aktiviti harian mereka berubah.
Ramai pesakit yang menghidap ASD mempunyai cara yang berbeza untuk belajar, memberi perhatian dan memberi reaksi terhadap sesuatu perkara.
Untuk pengetahuan anda, tanda-tanda ASD selalunya boleh dikenal pasti sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat.
Menurut CDC, kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai penyakit autisme atau ASD selalunya mempunyai gejala seperti berikut:
Pada tahun 2011, para saintis telah melakukan kajian untuk menentukan sama ada rupa paras dan ciri-ciri tertentu pada wajah seseorang boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendiagnosis autisme.
Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Autism and Developmental Disorders, wajah yang tidak simetri, dahi yang luas dan rambut yang tumbuh pada arah yang berbeza boleh digunakan untuk membantu doktor mendiagnosis autisme.
Dalam kajian ini, mereka telah membandingkan ciri fizikal 224 orang kanak-kanak autisme dengan 224 kanak-kanak sihat yang mempunyai umur dan jantina yang sama.
Mereka menemui 48 ciri – antaranya ialah wajah yang tiada ekspresi dan bibir atas yang lebih nipis. Ciri ini didapati lebih banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai autisme.
Malah, faktor ini berjaya mengklasifikasikan kanak-kanak dengan autisme dengan ketepatan sebanyak 96%!
Sebuah lagi kajian yang diterbitkan dalam Molecular Autism pada tahun 2011 juga menggariskan penemuan yang hampir sama.
Mereka mendapati, kanak-kanak lelaki yang mempunyai autisme mempunyai ciri fizikal seperti wajah, mulut dan hidung yang lebih leper.
Mereka juga mempunyai philtrum (kawasan antara hidung dan bibir atas) yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak normal.
Ujian ini dilakukan ke atas kanak-kanak yang berumur 8 hingga 12 tahun yang belum lagi melalui akil baligh. Mereka juga telah menggunakan sejenis alat pengimejan 3D yang dikenali sebagai 3DMD.
Menurut Judith Miles, ketua saintis kajian ini, mereka telah menggunakan 3DMD (sejenis alatan yang digunakan oleh pakar bedah plastik) dalam kajian supaya boleh mengukur dengan tepat perbezaan pada wajah penghidap autisme berbanding kanak-kanak normal.
ASD boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, kumpulan sosio ekonomi, ataupun etnik. Namun, ASD didapati berlaku 4 kali lebih kerap dalam kalangan lelaki berbanding wanita.
Gejala autisme selalunya akan muncul ketika kanak-kanak menginjak ke usia 2 atau 3 tahun. Kadangkala, doktor mungkin akan mengenal pasti masalah ini lebih awal jika kanak-kanak tersebut mengalami masalah perkembangan.
Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai penyakit autisme yang mendapat rawatan serta intervensi yang bersesuaian boleh hidup dengan lebih baik pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, jika anak anda mempunyai ASD, pastikan anda merawat kondisi si kecil segera.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen