Ketidaknormalan dalam perkembangan semulajadi kanak-kanak boleh menjadi petanda autisme. Kanak-kanak autistik dengan ketidakupayaan adalah sukar untuk bercampur dengan rakan-rakan sebaya lain dan komuniti. Mereka cenderung merasa takut untuk berkomunikasi dengan individu lain. Jadi bagaimana untuk mengenal pasti tanda awal autisme pada tahap perkembangan kanak-kanak? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui tanda-tanda awal jika anak anda autisme.
3 bulan
Berbanding dengan seorang kanak-kanak normal yang akan bertindak balas terhadap nama dengan memberi perhatian kepada pemanggil, kanak-kanak autistik tidak akan bertindak balas apabila dipanggil.
Kanak-kanak autistik bertindak balas terhadap bunyi, tetapi secara selektif. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak menyedari bahawa ibu bapa mereka memanggil nama mereka, tetapi mereka akan bertindak balas secara tiba-tiba terhadap suara lain daripada televisyen.
- Tidak menggenggam dan memegang objek.
- Tidak senyum kepada individu lain.
- Tidak berbunyi atau merengek.
- Tidak peduli atau beri perhatian terhadap muka baru.
Kebiasaannya kanak-kanak pada akhir usia 2 tahun akan mempunyai kemahiran untuk bermain permainan ‘pretend play’. Sebagai contoh, berpura-pura menjadi tukang masak di dapur mainan, menukar baju anak patung atau menjadi jurujual. Walau bagaimanapun, kanak-kanak autistik berdepan kesukaran untuk memberikan tidak balas yang tepat.
Tanda-tanda yang disebut di atas boleh menjadi simptom autisme pada kanak-kanak kecil dan ibu bapa boleh mengenal pasti tanda-tanda di atas sebagai pengesanan awal. Jika anda bimbang tentang bagaimana anak anda bermain, belajar, bercakap dan bergerak, dapatkan nasihat dari pakar pediatrik.
Sebelum berjumpa pakar, anda perlu mempunyai senarai semak perkembangan anak. Sentiasa ingat bahawa tidak individu lain boleh memahami anak anda seperti anda dan kebimbangan anak terhadap tumbesaran anak adalah penting. Ia membantu anda apabila berjumpa dengan doktor nanti. Jika anda masih tidak pasti selepas berjumpa doktor, anda boleh mencari pendapat kedua. Jangan pernah teragak-agak kerana setiap tindakan yang anda lakukan pasti akan mendatangkan perbezaan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.