backup og meta

Ada Sakit Radang Hidung? Ia Mungkin Bukan Sebab Alahan, Meskipun Simptom Sama!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/09/2021

    Ada Sakit Radang Hidung? Ia Mungkin Bukan Sebab Alahan, Meskipun Simptom Sama!

    Mungkin ramai dalam kalangan pembaca yang akan mengklonklusikan bahawa radang hidung berpunca akibat alergi.

    Ya, anda mungkin tidak salah kerana kebiasaannya kondisi ini memang benar disebabkan oleh alahan (allergic rhinitis).

    Namun ada juga keadaan di mana radang dalam hidung yang diakibatkan oleh punca bukan alahan (non-allergic rhinitis).

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

    Radang hidung: Alahan vs bukan alahan

    Keradangan dalam hidung (rhinitis) atau resdung akan menyebabkan kawasan dalaman rongga nasal menjadi rengsa, bengkak dan sakit.

    Terdapat dua jenis radang hidung yang kalian perlu tahu iaitu disebabkan oleh reaksi alahan ataupun diakibatkan oleh bukan alahan.

    Sekiranya ia berlaku, penderita mungkin akan mengalami beberapa simptom seperti di bawah, termasuklah:

  • Hidung tersumbat
  • Hidung berair
  • Sering bersin
  • Kerap batuk
  • Ketidakselesaan dalam hidung
  • Deria bau kurang @ hilang
  • Keluar hingus berbau busuk
  • Pendarahan
  • Kebiasaannya, radang dalam hidung adalah disebabkan oleh alergen seperti debu, habuk, debunga serta pelbagai lagi pencetus alergi.

    Pun begitu, ada juga keadaan di mana radang dalam hidung boleh terjadi bukan disebabkan oleh alergen-alergen yang dinyatakan di atas tadi.

    radang hidung

    Jika keadaan kesihatan ini tidak dirawat dengan lebih awal, ia mungkin boleh membawa penyakit yang lebih serius seperti sinusitis, polip hidung serta jangkitan telinga tengah.

    Walau apapun puncanya, adalah wajar untuk anda segera berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis, rawatan dan ubatan ya?

    Apa punca sebenar keradangan bukan alahan?

    Seandainya alergen bukanlah penyebab ia berlaku, maka mesti wujud sesuatu yang mendalangi kondisi radang hidung ini.

    Ya, keradangan dalam hidung bukan alahan kebiasaannya berpunca daripada salur darah dalam hidung yang membengkak.

    Ataupun kondisi ini juga mungkin diakibatkan oleh hujung saraf dalam hidung menjadi terlalu responsif atau aktif.

    Untuk lebih faham, perbandingannya adalah hampir serupa dengan yang berlaku pada organ paru-paru jika ada kondisi asma.

    Ini seterusnya akan mengakibatkan lebihan cecair mukus terkumpul lalu tersumbat di dalam tisu yang wujud di dalam hidung.

    Kesannya, anda mungkin akan mengalami beberapa simptom tipikal hampir sama seperti yang dialami ketika menghidap alahan rhinitis.

    Selain itu juga, terdapat beberapa punca rhinitis bukan alahan yang lain seperti berikut:

    • Jangkitan virus: Rhinovirus, influenza, COVID-19
    • Faktor persekitaran: Suhu ekstrem, asap, klorin, tempat lembap
    • Perubahan cuaca: Terlalu sejuk atau terlalu panas
    • Ketidakseimbangan hormon: Kehamilan, datang haid, akil baligh
    • Makanan dan minuman: Alkohol, kafein, masakan yang pedas
    • Ubatan yang mengandungi hormon: Pil perancang kehamilan

    Bagi memastikan apakah punca sebenar kalian mengalami rhinitis sama ada disebabkan alahan atau bukan alahan, sila berjumpa dengan doktor segera!

    tanda resdung

    Apa cara merawat keradangan bukan alahan?

    Kebiasannya, kondisi resdung yang disebabkan oleh bukan alahan adalah tidak berbahaya kecuali jika wujud komplikasi yang lain.

    Namun ia masih akan menjejaskan kualiti kehidupan seharian anda, maka kaedah rawatan yang tepat perlulah dilaksanakan segera.

    Antara perkara yang paling penting untuk dibuat adalah dengan mengelakkan segala alergen meskipun ia bukanlah penyebab alergi ini berlaku.

    Kemudian, selalu ingat untuk membersihkan rongga hidung anda dengan membuang hingus dan mencuci dengan larutan yang disarankan oleh doktor.

    Dalam beberapa kes, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk menggunakan nasal spray yang berasaskan steroid.

    Kalian harus tahu bahawa ia memang benar dapat membantu merawat masalah ini namun mungkin ada kesan sampingan.

    Wujudkah komplikasi radang hidung yang lain?

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, kondisi resdung sama ada berpunca daripada alahan atau bukan alahan memang ada risiko komplikasi yang lain.

    ciri ciri resdung yang teruk

    Buat anda yang belum tahu, resdung yang tidak dirawat mungkin boleh mengakibatkan:

    • Sinusitis – jangkitan yang menyebabkan mukus dalam hidung menjadi kering
    • Polip nasal – terbentuk kantung yang membesar lantas menyumbat rongga nasal
    • Jangkitan telinga tengah – jangkitan yang berlaku pada belakang gegendang telinga

    Sekiranya rhinitis yang dialami tidak dirawat dan membawa kepada masalah-masalah di atas, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor.

    Namun anda mungkin tidak perlu terlalu risau akannya kerana ia boleh dirawat melalui perubatan atau pembedahan yang minor sahaja.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan