backup og meta

Menghidap Masalah Buah Pinggang? Ini 5 Jenis Makanan Patut Anda Elakkan!

Menghidap Masalah Buah Pinggang? Ini 5 Jenis Makanan Patut Anda Elakkan!

Apabila anda mempunyai masalah buah pinggang, terdapat banyak perkara yang perlu anda awasi tentang pengambilan makanan terutama diet pesakit buah pinggang.

Artikel di bawah akan memberikan maklumat yang berguna tentang rancangan makanan bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

Diet pesakit buah pinggang

Berikut 5 jenis makanan yang perlu dijadikan pantang larang makanan untuk pesakit buah pinggang:

1. Kalori

Berdasarkan tahap kesihatan anda dan tahap penyakit buah pinggang anda, doktor atau pakar kesihatan anda boleh membantu anda dengan rancangan diet tertentu.

Mereka menunjukkan berapa banyak kalori yang boleh anda makan pada setiap hari atau setiap minggu. Sila berpegang kepada pelan tersebut untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan anda.

2. Protein dalam diet pesakit buah pinggang

Walaupun protein sangat baik untuk kuku, rambut dan kesihatan, makan terlalu banyak boleh menyebabkan komplikasi.

Bincang dengan pakar pemakanan anda untuk mengetahui jumlah pengambilan protein yang betul.

Makanan rendah protein: sayur-sayuran, buah-buahan, pasta, nasi dan roti.

Makanan tinggi protein: telur, ikan, daging merah dan ayam.

diet pesakit buah pinggang
Protein untuk buah pinggang.

3. Karbohidrat

Pengambilan karbohidrat anda mungkin perlu dihadkan, kerana terdapat beberapa jenis karbohidrat yang mengandungi tahap fosforus atau kalium yang tinggi yang boleh memburukkan lagi keadaan anda.

Jika anda turut mempunyai kencing manis, anda hanya boleh memakan karbohidrat secukupnya sahaja.

Diet pesakit buah pinggang #4. Lemak

Terdapat dua jenis lemak:

  • lemak “baik”
  • lemak “jahat” 

Lemak sihat atau lemak baik adalah lemak tak tepu. Makanan yang mengandungi lemak baik ialah minyak jagung, minyak zaitun atau minyak kacang.

Lemak tak tepu boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol. Dalam keadaan di mana anda perlu menambah berat badan, amalkan diet yang mengandungi lemak tak tepu.

Jika anda sedang berdiet, hadkan pengambilan lemak tak tepu. Sepertimana makanan lain, makan secara sederhana adalah kuncinya kerana terlalu banyak lemak sihat juga boleh mendatangkan masalah.

Sebaliknya, lemak buruk, atau juga dikenali sebagai lemak tepu, boleh meningkatkan tahap kolesterol anda dan juga risiko mengalami penyakit jantung.

Makanan yang mengandungi lemak yang tidak baik adalah lemak babi, mentega, lelemak, dan daging, terutamanya yang diproses.

menjaga buah pinggang
Tip penjagaan buah pinggang.

5. Natrium

Natrium  atau garam, adalah mineral yang boleh didapati hampir dalam semua makanan.

Penggunaan garam berlebihan akan membuat anda merasa dahaga, dan berpotensi menyebabkan bengkak dan peningkatan tekanan darah.

Apa kesan ambil garam terlalu banyak terhadap buah pinggang?

Buah pinggang anda mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mencerna semua garam yang anda makan. Oleh itu, hadkan jumlah natrium yang anda makan ya!

Rundingan untuk diet pemakanan bersesuaian

Perlu diingatkan maklumat di atas untuk perancangan diet pesakit buah pinggang.yang sihat untuk diri sendiri.

Maka, anda perlu tahu contoh sayuran untuk pesakit buah pinggang, buah yang sesuai untuk pesakit buah pinggang dan lain-lain.

Jika anda masih mempunyai sebarang soalan atau bimbang mengenai makanan yang perlu anda elakkan, adalah lebih baik untuk menghubungi doktor, pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk jawapan, nasihat dan bimbingan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kidney-friendly diet for CKD. https://www.kidneyfund.org/kidney-disease/chronic-kidney-disease-ckd/kidney-friendly-diet-for-ckd.html?. Accessed April 9, 2019.
  2. Keep Your Kidneys Healthy: 5 Foods To Avoid. https://www.kidney.org/content/keep-your-kidneys-healthy-5-foods-avoid. Accessed April 9, 2019.
  3. Kidney Disease: Changing Your Diet. https://www.webmd.com/a-to-z-guides/eating-plan-for-chronic-kidney-disease. Accessed April 9, 2019.
  4. Eating Right for CKD Patients. https://nkfs.org/kidney-failure/eating-right-for-ckd-patients/. Accessed April 9, 2019.
  5. Renal Diet Basics. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/15641-renal-diet-basics. Accessed April 9, 2019.

Versi Terbaru

11/07/2024

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makanan Ini!

Cyst Pada Buah Pinggang, Bahaya Atau Tidak? Ketahui Simptom Penyakit Ini Sebelum Terlambat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 11/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan