backup og meta

Air Kencing Berbau Kuat? Ini PUNCA UTAMA & Cara Untuk Mengatasinya

Air Kencing Berbau Kuat? Ini PUNCA UTAMA & Cara Untuk Mengatasinya

Anda pasti pernah berdepan situasi apabila membuang air kecil, kemudian timbul bau yang tidak menyenangkan. Tetapi kenapa ya boleh wujud masalah kencing berbau ini?

Apakah bau air kencing normal?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini. 

Punca kencing berbau

Air kencing berwarna jernih atau mungkin sedikit kekuningan, dengan sedikit bau adalah perkara normal. Begitu juga dengan bau air kencing normal.

Tetapi apabila bau yang timbul terlalu kuat atau kencing berbuih, ia mungkin didasari punca tertentu. 

Terdapat beberapa faktor utama yang boleh menjadi penyebab kencing bau ikan, antaranya adalah:

Wanita mengandung

Dikatakan sewaktu hamil, kandungan hormon chorionic gonadotrophin (HCG) akan meningkat di dalam darah dan akan disingkirkan melalui pembuangan air kecil. Keadaan ini sekali gus menjadi penyebab mengapa bau urin sedikit kuat.

Penyakit dan keadaan kesihatan

Terdapat beberapa keadaan penyakit serta keadaan yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku, seperti:

kencing berbau
Cara merawat urin berbau.
  • Jangkitan saluran kencing. Apabila keadaan ini berlaku urin akan kelihatan lebih keruh dan anda mungkin merasa sakit ketika membuang air kecil
  • Diabetes. Selain berasa berasa kerap dahaga dan kerap membuang air kecil, individu dengan diabetes juga akan berdepan isu kencing ada bau
  • Fistula pundi kencing (Bladder fistula)
  • Penyakit berkaitan hati
  • Penyakit maple syrup urine

Pemakanan

Diet makanan tertentu juga boleh menyebabkan urin berbau. Ia disebabkan kandungan mineral atau nutrisi dalam makan yang dimakan.

Makanan seperti asparagus, makanan berempah, bawang putih, petai, dan jering merupakan antara makanan punca urin berbau kuat.

Ubat, antara penyebab air kencing berbau asam

Pengambilan ubatan tertentu seperti antibiotik, vitamin juga boleh menyebabkan seseorang individu mengalami masalah urin berbau.

kencing berbau
Kesan tahan kencing.

Dehidrasi 

Jika kuantiti urin anda sedikit dan pekat, ia menunjukkan bahawa badan anda kekurangan air. Keadaan ini biasanya berlaku pada waktu pagi dan menyebabkan urin lebih berbau.

Minuman yang menyebabkan kencing berbau ikan

Selepas meminum minuman seperti kopi, perasan tak urin anda sedikit berbau?

Jika bau yang terhasil kuat, itu tandanya anda perlu mengurangkan pengambilan minuman berkafein ini.

Malahan minuman beralkohol juga dikatakan boleh menyebabkan urin berbau. 

kencing berbau
Tisu tandas juga digunakan semasa membuang air.

Tip mencegah kencing berbau

Berikut merupakan beberapa cara merawat kencing busuk yang anda boleh cuba:

  1. Perbanyakkan minum air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari. Pastikan air kosong, okay? 
  2. Jika terasa ingin membuang air kecil, jangan tahan dan hindari daripada membuang air kecil secara tergesa-gesa. 
  3. Cuci bahagian intim dari depan ke belakang. Ini dapat mengelakkan risiko berlakunya jangkitan
  4. Biasakan diri untuk membuang air kecil lebih daripada lima kali sehari. Jika kurang daripada jumlah itu, lebihkan pengambilan air kosong.

Kesimpulan

Masalah kencing bau kuat mungkin boleh dianggap sebagai satu isu yang biasa jika faktor yang mendasari keadaan itu adalah disebabkan pemakanan.

Perhatian!


Jika keadaan ini semakin teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada pakar perubatan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Causes of urine odor. https://www.mayoclinic.org/symptoms/urine-odor/basics/causes/sym-20050704. Accessed 15 Nov 2019.
  2. Urinary incontinence. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/urinary-incontinence#:~:text=Urinary. Accessed 15 Nov 2019.
  3. Urinary incontinence. https://stacks.cdc.gov/view/cdc/63053/ Accessed 15 Nov 2019.
  4. Urinary incontinence older adults. https://www.nia.nih.gov/health/urinary-incontinence-older-adults. Accessed 15 Nov 2019.
  5. Urologic diseases. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases. Accessed 15 Nov 2019.

Versi Terbaru

15/07/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

6 Cara Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor, No. 4 Orang Dah Kahwin Wajib Amalkan!

Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan