Individu terutamanya golongan orang tua sering kali menghidap penyakit ini, namun tidak tahu akan rawatan kencing tak lawas yang terbaik.
Hakikatnya, ia bukanlah satu masalah yang tidak boleh diubati kerana terdapat beberapa cara lawaskan kencing sama ada moden atau tradisional.
Persoalannya, apakah penawar kencing tak lawas yang dinyatakan tersebut? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkan di sini.
Masalah kencing tak lawas & orang tua
Masalah yang juga dikenali sebagai inkontinen urin ini berlaku apabila organ pundi kencing hilang kawalan untuk membuang air kecil.
Ia dikatakan mungkin lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita dan statistik mencatatkan sekitar 30% wanita di Malaysia mengalaminya.
Namun demikian, ini tidak bermakna golongan lelaki boleh terselamat daripada penyakit ini khususnya buat mereka yang sudah lewat usia.
Dalam erti kata lebih mudah, kalian akan lebih berisiko menghidapinya jika wujud dua faktor utama ini iaitu berjantina wanita serta berusia lewat.
Kebiasaannya, masalah kencing tak lawas ini akan berlaku apabila otot dan saraf yang membantu pundi kencing mengalami masalah.
Dalam pada itu, wujud juga beberapa faktor risiko yang memicu masalah ini iaitu:
- Masalah pundi kencing
- Masalah kelenjar prostat
- Jangkitan salur kencing
- Sembelit yang menyebabkan tekanan berlebihan ketika membuang air
- Berat badan yang berlebihan atau obesiti
- Kecederaan sistem saraf akibat kondisi seperti kencing manis dan sklerosis berbilang
- Kesan pembedahan seperti histerektomi
Rawatan kencing tak lawas buat orang tua
Seperti yang telah kami nyatakan di atas, masalah ini lebih cenderung berlaku kepada golongan wanita dan lanjut usia.
Disebabkan itu, mereka yang berisiko tinggi haruslah tahu akan cara lawaskan kencing agar masalah ini mampu dikawal.
Bagaimana? Ini dia petua hilangkan kencing tak lawas orang tua yang terbaik!
#1. Kurangkan berat badan
Orang tua yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti cenderung lemah otot pelvik serta pundi kencing akibat lapisan lemak yang terkumpul.
Oleh itu, sila kurangkan berat badan seberapa yang mampu dengan berpandukan pada BMI anda untuk organ serta tubuh badan yang lebih sihat.
#2. Elakkan angkat beban, penting dalam rawatan kencing tak lawas
Orang tua yang kerap mengangkat beban, barang atau benda yang berat lebih mudah mendapat tekanan pada otot pelvik serta pundi kencing.
Jadi, cuba elakkannya jika boleh dan lakukannya dengan cara yang betul seandainya anda terpaksa lakukan untuk melindungi organ serta tulang belakang kalian.
Rawatan kencing tak lawas #3. Berhenti merokok segera
Jika anda sudah berusia dan masih merokok, risiko inkontinen urin adalah lebih tinggi ekoran kekerapan batuk yang mengakibatkan tekanan pada otot pelvik dan pundi kencing.
Maka berhentilah segera sebelum terlambat kerana tabiat buruk ini juga boleh merosakkan kesihatan dan kehidupan anda di usia emas.
#4. Sila makan dan minum dengan betul
Warga emas harus elakkan diri daripada mengambil minuman berkafein serta beralkohol kerana ia hanya akan menjejaskan pundi kencing.
Kurangkan juga makanan yang pedas, berasid dan bergoreng kerana ia boleh membuat simptom inkontinen urin menjadi lebih teruk.
Rawatan kencing tak lawas #5. Bersenam
Setiap individu khususnya yang lewat usia sangat digalakkan untuk bersenam bagi menjamin kesejahteraan hidup di usia tua.
Senaman pelvik contohnya sangat bagus untuk dilakukan ekoran manfaatnya yang boleh menguatkan otot bahagian ini.
Orang tua harus lebih peka dengan kencing tak lawas!
Hanya disebabkan anda sudah berusia lewat dan berjantina wanita, itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kalian tidak peka dengan masalah ini.
Ya, memang benar bahawa usia dan jantina adalah faktor utama ia berlaku namun masih wujud penawar kencing tak lawas yang boleh kalian cuba.
Apa yang lebih penting adalah kalian tidak mudah percaya dengan kaedah rawatan tradisional sebagai cara lawaskan kencing di media sosial.
Sebaiknya, sila berjumpa doktor dengan segera dan kerap sekiranya masalah kencing seperti ini berlaku demi mengelakkannya daripada terus berulang ya?