Pesakit Psoriasis Berisiko Alami Masalah Arthritis?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Dikatakan 1 daripada 3 individu dengan penyakit psoriasis berisiko untuk mengalami masalah arthritis psoriatik, adakah ia benar? 

Apakah punca yang menyebabkan keadaan itu berlaku?

Penghidap penyakit psoriasis 

Jika anda adalah individu yang mempunyai masalah psoriasis, risiko anda mengalami arthritis psoriatik adalah lebih tinggi, terutamanya jika anda berdepan keadaan penyakit kulit yang kronik.

Secara faktanya, 1 daripada 3 individu yang menghidapi masalah kulit ini telah didiagnosis dengan arthritis psoriatik. Ia cenderung untuk berkembang dalam tempoh 5-10 tahun selepas didiagnosis dengan psoriasis.

Dikatakan terdapat beberapa persamaan antara kedua-dua keadaan penyakit ini, termasuklah punca umum, cara pencegahan dan kaedah rawatan yang sesuai untuk dilakukan.

Kaitan umum penyakit psoriasis & arthritis psoriatik

Psoriasis adalah sejenis penyakit autoimun yang mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit.

Kesannya, muncul tompok-tompok kulit yang menyebabkan kerengsaan atau berasa lembut apabila disentuh.

Sekali pandang, tompokan kulit ini akan kelihatan seperti ruam tebal, kemerahan dengan kepingan berwarna putih atau keperakan.

Manakala arthritis psoriatik pula adalah penyakit yang akan muncul bersama psoriasis.

Simptom penyakit reumatik ini termasuklah bengkak atau kesakitan pada sendi. Biasanya berlaku pada kaki, lutut dan pergelangan kaki.

Apabila mengalami arthritis ini, jari tangan atau kaki akan membengkak dan kelihatan seperti ‘sosej’, kebas sendi yang teruk pada waktu pagi, permukaan kuku yang kasar dan tidak rata ataupun kesakitan pada bahagian belakang badan.

Selain gejala di atas, masalah arthritis juga akan mencetuskan kesan sampingan lain seperti keletihan serta kemerosotan dalam pergerakan.

Gabungan kedua-dua penyakit ini akan dirujuk sebagai penyakit psoriatik. Setakat ini tiada sebarang rawatan yang dapat menghentikan simptom daripada berlaku. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pilihan rawatan dan perubahan amalan gaya hidup yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kerengsaan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup.

arthritis psoriatik

Penyakit psoriasis berisiko mengembangkan arthritis psoriatik?

Anda perlu tahu, penyakit autoimun psoriasis atau arthritis tidak semestinya menjadi punca kemunculan penyakit lain.

Walaupun secara umumnya, psoriasis atau arthritis ini menyebabkan simptom yang berbeza, namun kedua-duanya didasari masalah kesihatan yang sama iaitu berkaitan dengan sistem kekebalan badan.

Individu dengan penyakit psoriasis akan mempunyai sistem imun terlalu aktif sehingga mengakibatkan sel-sel kulit badan berkembang pesat.

Keadaan ini mencetuskan tindak balas keradangan, sekali gus menyebabkan keadaan kulit yang berkaitan penyakit ini berkembang.

Bagi penyakit arthritis pula ia dicetuskan oleh sistem imun.

Ia menyebabkan sel darah putih dalam badan yang sepatutnya melindungi dirinya daripada bahan asing akan menyerang sel tisu sihat. Akibatnya berlaku keradangan pada sendi.

Kesan psoriasis dan arthritis psoriatik kepada individu

Penyakit psoriasis dengan arthritis psoriatik mempunyai 1 persamaan lain, iaitu kedua-duanya adalah penyakit progresif dan jangka panjang yang akan semakin teruk dari masa ke masa.

Masalah psoriasis paling umum adalah psoriasis plak. Ia menjejaskan sehingga 90% individu yang menderita keadaan ini.

Psoriasis plak biasa muncul sebagai plak merah atau merah jambu, tebal, kulit bersisik. Namun ia juga boleh muncul sebagai benjolan kecil atau plak tebal yang besar.

Manakala arthritis ini akan mencetuskan keradangan pada sendi dan boleh menjejaskan sambungan antara tulang rawan dan tulang.

Jika keadaan ini tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan sendi berpintal, sakit atau bengkak dan berisiko kehilangan fungsi secara kekal.

Selain itu, kesakitan pada sendi mungkin berlaku pada sebelah badan sahaja atau merebak ke bahagian badan yang lain. 

Di samping itu, penghidap psoriatik berisiko untuk mengalami masalah kesihatan lain seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kemurungan.

Rawatan penyakit psoriasis dan arthritis psoriatik

penyakit-psoriasis-berisiko-kembangkan-arthritis

Walaupun simptom kedua-dua penyakit ini tidak boleh dikurangkan, namun terdapat beberapa kaedah rawatan bersesuaian untuk penyakit psoriatik ini. Melalui kaedah yang betul, ia boleh mencegah kerengsaan.

Memandangkan amalan gaya hidup adalah pencetus utama kepada tindak balas keradangan, jadi langkah tertentu perlu diambil untuk mengekalkan tahap sistem imun anda.

Bagi sesetengah individu, tekanan adalah faktor pencetus yang berisiko menyebabkan kerengsaan psoriatik. Jadi teknik pengurusan tekanan seperti kaedah pernafasan, yoga dan meditasi boleh membantu mengurangkan simptom.

Manakala simptom kerengsaan arthritis psoriatik boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan naproxen. 1 jenis kelas ubatan baharu, dikenali sebagai ubat biologi juga sesuai untuk digunakan. 

Penggunaan ubatan ini akan menyasarkan dengan lebih tepat bahagian tertentu dalam sistem imun dan kurang memberikan kesan sampingan berbanding rawatan alternatif klasik seperti methotrexate.

Keberkesanan ubat tahan sakit untuk merawat masalah arthritis boleh dilihat dengan lebih cepat dan menjadikan ia alasan utama mengapa pengamal perubatan akan mencadangkan penggunaan ubatan ini.

Rawatan awal

Pengabaian simptom akan menyebabkan anda berisiko mengalami masalah kesihatan lebih serius. Namun rawatan awal untuk arthritis psoriasis boleh membantu mengurangkan kerosakan sendi yang mungkin dialami. 

Sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga terhadap masalah berkaitan kesakitan pada sendi atau keletihan, khususnya jika anda pernah didiagnosis dengan penyakit psoriasis yang kronik.

Dapatkan rawatan yang betul untuk mengekalkan kualiti hidup dan mengurangkan sebarang risiko komplikasi berkaitan kesihatan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Psoriasis Tiada Penawar, Tapi Anda Mampu Melawannya Dengan 5 Langkah BERKESAN Ini

    Penyakit psoriasis sememangnya memberikan ketidakselesaan kepada pesakit psoriasis. Jangan risau, ikuti 5 langkah ini untuk melawannya dengan berkesan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Mengharungi Kehidupan Sebagai Pesakit Artritis Psoriatik

    Miss Amazing Malaysia 2019, Sofia Lovi Ramasamy berkongsi kisah beliau sebagai penghidap seorang penghidap penyakit artritis psoriatik. Selami kisah beliau.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Tempatan 09/10/2019 . 5 minit bacaan

    Penyakit Autoimun: Adakah Berbahaya Dan Menyebabkan Kematian?

    Penyakit autoimun adalah satu keadaan yang mana sistem imun sepatutnya melindungi sel-se tubuh daripada serangan penyakit, tetapi ia menyerang sel-sel tubuh yang sihat. Walaupun masih jarang diketahui, namun ia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 03/04/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    merawat psoriasis ketika hamil

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kulit psoriasis

    Pesakit Psoriasis Nak Elak Luka Pada Kulit Semasa Bercukur? Ini 5 Tip Bercukur Secara Selamat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    sabun pencuci baju

    Pencuci Pakaian Punca Ruam Pada Kulit Si Manja? Ini Cara Untuk Kenal Pasti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    gatal di kemaluan

    Jangan Ambil Remeh Jika Faraj Asyik Gatal, Ini Mungkin Petanda Anda Alami Psoriasis Kemaluan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan