Antara jenis ubat yang paling kerap diambil kebanyakan individu adalah ubat penahan sakit atau dikenali sebagai ubat NSAIDS. Tetapi adakah wujud kesan jika diambil secara terlalu kerap?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Antara jenis ubat yang paling kerap diambil kebanyakan individu adalah ubat penahan sakit atau dikenali sebagai ubat NSAIDS. Tetapi adakah wujud kesan jika diambil secara terlalu kerap?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Ubat anti-radang bukan steroid, juga dikenali sebagai NSAIDs, adalah sekumpulan ubat yang digunakan untuk merawat kesakitan dan keradangan terutamanya untuk pesakit artritis.
Hampir setiap pesakit artritis perlu mengambil NSAIDs untuk mengurangkan simptom-simptom mereka.
Kebanyakan ubat ini boleh didapati melalui kaunter (OTC), sebahagiannya pula memerlukan preskripsi doktor.
NSAIDs yang boleh dibeli melalui kaunter ialah aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin) dan naproxen (Aleve, Naprosyn).
Jenis ubat NSAIDs mengurangkan sakit dan radang dalam pesakit artritis reumatoid dan penyakit sendi kronik yang lain, atau dalam mereka yang mengalami keadaan yang menyakitkan seperti sakit belakang, sakit kepala atau sakit gigi.
Tambahan pula, NSAIDs mengurangkan risiko arteri koronari tersumbat dan strok.
Ubat ini boleh mengurangkan sakit dengan merencat enzim cyclooxygenase.
Enzim ini menghasilkan satu kompaun yang dipanggil prostaglandin yang memainkan peranan dalam radang dan sakit. Walau bagaimanapun, enzim ini juga melindungi lapisan sistem penghadaman.
Oleh itu, dengan merencat cyclooxygenase, NSAIDs boleh menyebabkan perut meragam dan ulser berdarah di dalam perut jika diberikan tanpa kawalan.
Kesan-kesan sampingan NSAIDs termasuk:
Baca juga:
Jika anda perlu mengambil NSAIDs, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan perut meragam dan melindungi perut dari komplikasi ulser.
Sesetengah doktor mengesyorkan pengambilan ubat penghalang asid bersama NSAID, termasuk penghalang histamin seperti cimetidine (Tagamet) dan ranitidine hydrochloride (Zantac), atau perencat pam proton seperti lansoprazole (Prevacid( dan omeprazole (Prilosec).
Ubat lain yang anda boleh pertimbangkan pengambilannya ialah misoprtostol (Cytotec).
Ubat ini menggalakkan pemulihan ulser dan menstablikan prostaglandin untuk melindungi perut anda.
Jika doktor mengesyorkannya dan anda boleh mengurangkan dos ubat NSAID yang anda sedang ambil, masalah perut anda akan lebih mudah diuruskan.
Sila berbincang dengan doktor jika anda:
Tip lain untuk mengambil ubat tahan sakit:
Jika anda mengalami mana-mana keadaan berikut, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan jenis ubat NSAIDs melalui kaunter:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen