Mengapa Makin Tua, Makin Gatal Kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kegatalan adalah rasa tidak menyenangkan yang mencetuskan keinginan untuk menggaru. Ia boleh berlaku pada kulit berpenyakit atau kulit yang tidak berpenyakit. Kulit gatal boleh berpunca daripada masalah kulit, penyakit organ dalaman, penyakit neurologi dan lain-lain. Ia adalah masalah paling biasa dihadapi pesakit tua semasa mendapatkan rundingan dermatologi. Kulit gatal atau pruritis pada orang tua ditakrifkan sebagai rasa kegatalan  kronik pada orang yang berusia lebih daripada 65 tahun.

Kulit, seperti organ-organ lain, mengalami kemerosotan dengan peredaran masa. Hampir setiap aspek biologi kulit dipengaruhi penuaan. Keupayaan epidermis mempembaharui diri, yang penting untuk fungsi menghadang, berkurang dengan usia. Kandungan ekstrasellular kolagen pada kulit, yang menyumbang kepada kekuatan dan daya tahan, mengalami perpecahan secara beransur-ansur, yang memudaratkan sifat-sifat kulit dan fungsi sel kulit. Perubahan kulit mengakibatkan kerapuhan kulit dan penyakit berkaitan dengan usia.

Kegatalan kulit di usia tua

Penuaan mempengaruhi tiga komponen penting yang menyebabkan kulit gatal. Ini termasuk fungsi penghadang epidermis, sistem imun dan sistem saraf.

Dengan penuaan, terdapat perubahan yang penting yang menyebabkan penurunan pengeluaran lipid yang mengekalkan epidermis. Bermula kira-kira umur 55 tahun, pH permukaan epidermis menjadi kurang berasid. Sedangkan enzim yang diperlukan untuk memproses lipid tersebut memerlukan pH asid. Pada usia 70 tahun, kadar pengeluaran lipid berkurangan, menyebabkan penghadang tidak cukup terbentuk.

Kekurangan pembentukan penghadang epidermis mungkin meningkatan risiko berlakunya dermatitis. Ini menjelaskan mengapa orang tua sering mengadu kerengsaan dan gatal-gatal dari produk pencuci yang sebelum ini berfungsi dengan baik sewaktu mereka masih muda. Kehilangan kelenjar peluh dan minyak pada kulit juga menyebabkan kegatalan akibat kulit kering, gangguan kulit yang paling biasa dalam kalangan orang tua.

Perubahan yang berlaku dalam sistem imun dengan usia disebut “immunosenescence“. Sistem imun yang berumur bersifat pro-radang dengan sel-sel imun yang kurang berfungsi. Dalam sesetengah pesakit, ini boleh mengakibatkan tindak balas alahan dan ketidakupayaan badan untuk bertindak balas dengan berkesan kepada punca jangkitan.

Masalah neurologi seperti penyakit degeneratif tulang belakang boleh menjejaskan pesakit tua. Dalam sesetengah kes, saraf deria mungkin terjejas dan menyebabkan kegatalan. Polineuropati dalam pesakit diabetes juga boleh menyebabkan kegatalan batang tubuh.

Dalam kalangan orang tua, kegatalan kronik juga boleh dicetuskan oleh tekanan ringan, seperti sentuhan serat daripada pakaian. Menurut satu kajian oleh penyelidik anestesiologi di Washington University School of Medicine, orang tua mungkin kurang mempunyai sel mengesan tekanan menyebabkan tubuh mencerapnya dengan deria sentuhan sebagai stimulasi yang menggatalkan.

Kajian tersebut melibatkan tekanan halus pada kulit leher tikus tua dan muda yang dicukur. Tikus yang lebih tua didapati menggaru lebih banyak pada bahagian tersebut berbanding tikus muda apabila terdapat sentuhan halus. Melalui analisis kulit, pengkaji mendapati bahawa tikus yang lebih tua kurang mempunyai sel mengesan tekanan berbanding tikus muda.

Menguruskan kulit gatal di usia tua

Kulit gatal, walaupun mungkin kelihatan remeh kepada kebanyakan orang, sebenarnya boleh menjejaskan kualiti hidup individu terutama pada orang tua. Menggaru sering dianggap sebagai tanda kurang bersih dan boleh mempengaruhi tanggapan orang lain terhadap orang tua. Mereka mungkin dianggap sebagai sumber jangkitan. Persepsi ini boleh menyebabkan masyarakat mengelakkan warga tua dan menyebabkan pengasingan yang mempengaruhi kualiti hidup mereka. Langkah untuk mengelakkan masalah ini termasuklah penghidratan dengan mencukupi, perlindungan dari kerengsaan dan perlindungan daripada matahari setiap hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Ramai yang sangka nyanyuk hanya terjadi kepada orang tua sahaja. Namun anda juga perlu tahu penyebab alzheimer di usia muda. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Saintifik Mengapa Bulu Roma Tiba-tiba Boleh Meremang, Bukan Kerana Entiti!

    Tahukah anda, ada sebab mengapa wujud rasa meremang ketika anda menonton filem seram. Faktor yang menyebabkan meremang bulu roma ini amat menarik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

    Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran, jadi anda mungkin keliru memilih yang terbaik. Bagaimana dengan produk berasaskan niacinamide, ada manfaat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara pakai sunblock

    Nak Pergi Pantai? Pastikan Pakai Sunblock Kerana Payung Saja Tak Cukup Lindungi Kulit Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    alergi nikel

    Kulit Gatal Sebab Jam Tangan, Gelang Atau Cincin? Mungkin Anda Mempunyai Alergi Nikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    leher berkedut

    Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    rawat buasir

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan