Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mengalami pedih ulu hati pada waktu pagi bukanlah perkara yang menyeronokkan. Tentu ia akan menjejaskan produktiviti anda, kan? Adakah terdapat cara untuk mengatasinya?

Apa itu asid refluks?

Asid refluks berlaku apabila asid perut naik semula ke esofagus – tiub yang menghubungkan tekak dan bahagian perut anda.

Penyakit refluks gastroesofageal atau GERD, adalah keadaan biasa di mana anda akan sering mengalami asid refluks.

Menurut Institut Diabetes Nasional dan Penyakit Pencernaan dan Ginjal, hampir 20% penduduk Amerika terjejas disebabkan GERD.

Bagi sesetengah individu, masalah GERD yang dialami lebih teruk pada waktu malam.

Keadaan itu dikenali sebagai pedih ulu hati atau sensasi terbakar pada bahagian dada. Selalunya ia berlaku selepas menikmati hidangan makan.

Pun begitu, terdapat juga mereka yang mengalami ketidakselesaan asid relfuks ini pada waktu pagi. 

Jadi adakah cara untuk mengatasi masalah yang dialami pada waktu pagi ini?

Pedih ulu hati pada waktu pagi

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2009 menunjukkan, 48.7% peserta – kesemuanya mengidap GERD – mengalami situasi serangan asid refluks dalam 20 minit pertama selepas bangun pada waktu pagi. 

asid refluks

Gejala asid refluks yang paling biasa adalah pedih ulu hati. Terdapat juga simptom lain, termasuklah:

  • Regurgitasi (terjeluak) asid rasa masam menyekat ke mulut atau tekak anda
  • Disfagia ketika makanan mengambil waktu lebih lama untuk ditelan, disertai dengan perasaan bahawa makanan terlekat di esofagus anda
  • Loya
  • Sakit dada
  • Serak atau sakit tekak kronik
  • Batuk kering

Atasi masalah pedih ulu hati

Anda boleh mencuba tip berikut untuk membantu mengelakkan terjadinya asid refluks, antaranya:

  • Elak makan lewat makan

Makan lewat malam boleh menyebabkan asid refluks, pedih ulu hati dan senak perut. Ini kerana sistem pencernaan badan tidak dirancang untuk memproses makanan berat sebelum tidur.

Cara terbaik untuk memastikan sistem pencernaan badan berfungsi secara optimum adalah anda disarankan untuk duduk secara menegak. 

Berada dalam keadaan berbaring boleh menyebabkan asid di dalam perut naik semula ke kerongkong (esofagus) dan menyebabkan pedih ulu hati.

Untuk mengelakkan ini berlaku, jangan ambil sebarang hidangan berat pada waktu larut malam.

Anda juga boleh mencuba untuk tidak berbaring sehingga makanan dapat dicerna sepenuhnya. Proses pencernaan ini biasanya mengambil masa sekitar 3 jam.

Dengan menjaga sistem pencernaan pada waktu tidur, pasti keesokan harinya anda akan dapat bangun tidur lebih mudah dan segar. Paling penting tiada lagi sensasi terbakar pada bahagian dada. 

heartburn pada waktu pagi

  • Hindari makanan tertentu

Selain elak daripada makan 3 jam sebelum waktu tidur, pengambilan makanan tertentu juga boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan badan. 

Makanan yang bergoreng, berlemak, pedas, makanan berasid (masam) atau hidangan berempah boleh mencetuskan episod pedih ulu hati dan senak perut.

Ini terutamanya jika ia adalah makanan terakhir yang anda makan sebelum tidur.

Selain itu, elakkan juga mengambil makanan yang cenderung mencetuskan asid refluks seperti kopi, coklat, bawang putih, dan pudina. 

Cuba hadkan pengambilan makanan di atas dan perhatikan perbezaannya kepada anda. 

  • Ubah diet pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat

Apabila seseorang individu itu mengalami masalah berat badan berlebihan, injap di bahagian bawah kerongkong (esofagus) mungkin tidak berfungsi dengan baik, terutamanya selepas pengambilan makanan berat.

Sekiranya anda dalam kategori berlebihan berat badan dan kerap mengalami sensasi terbakar pada bahagian dada atau gangguan pencernaan, disarankan agar anda melakukan perubahan berkaitan diet pemakanan harian.

Selain itu, aktiviti kecergasan fizikal yang dilakukan secara berkala juga dapat membantu mengurangkan tekanan pada sistem pencernaan. 

Cara anda makan juga penting dalam meningkatkan fungsi pencernaan. Ini terutamanya jika ia adalah hidangan makanan terakhir anda pada waktu malam. 

Makan secara perlahan-lahan dan luangkan masa yang cukup untuk mengunyah dengan betul. Kurangkan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan. 

Ini kerana menelan udara dengan makanan boleh menyebabkan masalah perut kembung.

  • Posisi tidur

Individu yang kerap mengalami rasa sensasi terbakar pada bahagian dada disarankan untuk mengikut waktu tidur biasa.

Posisi semasa tidur juga perlulah bersesuaian. Posisi paling baik adalah kepala harus ditinggikan beberapa inci daripada aras badan untuk mengelakkan terjadinya asid refluks.

  • Ubatan

Sekiranya anda benar-benar menghadapi masalah, doktor mungkin akan mencadangkan pengambilan ubat untuk merawat masalah pedih ulu hati dan pencernaan.

GERD

Antara yang disarankan adalah seperti:

  • Perencat pam proton (proton pump inhibitor) – ubat untuk menyekat pengeluaran asid dan menyembuhkan esofagus – perkara pertama yang perlu diambil pada waktu pagi, lebih kurang 30 minit sebelum sarapan
  • Antasid OTC yang dapat memberikan kelegaan cepat dengan meneutralkan asid perut
  • Penyekat reseptor H2 (H2 receptor blockers) – ubat untuk mengurangkan pengeluaran asid

Pemeriksaan doktor

Masalah pedih ulu hati atau asid refluks pada waktu pagi boleh dicegah dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat.

Sekiranya simptom anda tidak berkurangan, bertambah buruk atau mungkin mempunyai sebarang keraguan, sebaiknya lakukan pemeriksaan dengan doktor secepat mungkin. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada? Ini 7 Cara Mengesan Sakit Jantung

Sakit jantung boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itulah penting untuk kita kenali tanda serangan jantung bagi mendapatkan rawatan awal.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

Aduh, sakitnya dada! Adakah anda sedang diserang heartburn atau sakit jantung? Ikuti ulasan dalam artikel yang kami sediakan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Suka Tahan Lapar Sampai Pitam, Pesakit Gastrik Kena Patuhi 6 Pantang Larang Ini!

Anda mempunyai masalah gastritis? Jangan berdiam diri sahaja! Patuhi 6 pantang larang gastrik ini untuk elak ia berlaku dan perut lebih sihat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

Mengidam perkara biasa semasa mengandung. Namun jika anda tiba-tiba sukakan makanan pedas ketika hamil, adakah terdapat kesan pengambilan kepada kandungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 21/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah asid refluks

Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Seperti Ini, Kena BERHENTI!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
asid refluks

Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
usus kecil

Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
ibd

Penyakit Radang Usus (IBD) Sebabkan Wanita Tidak Subur, Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan