Tak Semua Sakit Kepala Itu Tanda Migrain, Ada 10 Jenis Yang Perlu Anda Ketahui!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Petikan iklan yang sering disebut apabila berdepan dengan situasi yang memenatkan minda. Namun, apa beza antara sakit kepala biasa dan migrain? Bagaimana tanda migrain yang boleh dikenal pasti?

Sakit kepala berdenyut vs migrain

Sakit kepala adalah satu simptom biasa yang sering dialami kebanyakan individu, apatah lagi apabila selalu berdepan dengan tekanan.

Tetapi bukan semua sakit kepala adalah kesakitan biasa. Sesetengah rasa sakit pada bahagian kepala itu adalah disebabkan migrain. Tetapi apakah perbezaannya?

Migrain atau dikenali sebagai Vascular Heahache bukanlah satu penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Walau bagaimanapun, kesakitan yang dirasai disebabkan migrain adalah sangat menyakitkan dan mampu membuatkan aktiviti seharian individu terjejas. 

 


Sakit kepala jenis migrain ini menjejaskan sehingga 12 peratus daripada populasi umum. Ia lebih kerap menyerang individu wanita berbanding lelaki, dengan 17 peratus serangan kepada individu wanita dan hanya 6 peratus kepada individu lelaki setiap tahun.

Jenis sakit kepala

Umumnya, terdapat 10 jenis kesakitan yang boleh dialami, iaitu:

  1. Ketegangan – dicetuskan oleh tekanan yang dihadapi
  2. Migrain – digambarkan sebagai rasa sakit yang berdenyut yang kuat pada bahagian dalam kepala dan biasanya terjadi pada satu sisi / sebelah bahagian kepala.
  3. Cluster – mungkin alami rasa seperti terbakar atau kesakitan yang teramat pada bahagian belakang atau sekitar mata. Mungkin muncul rasa berdenyut yang berterusan
  4. Harian kronik – mengalami sakit ini selama 15 hari atau lebih sebulan untuk selama 3 bulan
  5. Sinus atau alahan – rasa sakit yang mendalam dan berterusan pada bahagian tulang hidung, dahi dan bahagian depan kepala. Berlaku apabila, rongga pada bahagian kepala – sinus – alami keradangan
  6. Selepas trauma – sakit kepala selepas trauma ini berlaku selepas 2-3 hari selepas kecederaan kepala
  7. Senaman – berlaku ketika anda sedang bergerak aktif, atau selepas anda bergerak aktif, walaupun aktiviti yang dilakukan adalah senaman atau melakukan hubungan seksual
  8. Hormon – kebiasaannya dialami oleh wanita kerana perubahan hormon
  9. Kafein – individu yang alami migrain cenderung hidapi keadaan ini akibat penggunaan kafein
  10. Rebound – turut dikenali sebagai sakit kepala pengambilan ubatan berlebihan

Tanda migrain

Sakit yang berpunca daripada migrain adalah bersifat episodik. Kesakitan berdenyut yang dirasai hanyalah pada bahagian tertentu kepala, sama ada sebelah kanan, kiri atau belakang.

Adakalanya ia mungkin bermula pada sebelah bahagian kepala dan akhirnya melarat kepada kedua-dua belah bahagian kepala.

Secara umumnya, migrain biasanya disertai dengan simptom seperti rasa loya dan muntah. Tanda migrain yang boleh dikenal pasti adalah wujudnya rasa sensitif terhadap cahaya dan juga bunyi. Sesetengah individu yang mengalami migrain turut akan mengalami gejala cirit-birit. 

migrain

Pencetus migrain

Ingin tahu bagaimana migrain berlaku? Secara teorinya, neurovaskular menggambarkan migrain sebagai proses neurogenik. Ini terutamanya dengan perubahan sekunder dalam cerebral perfusion yang berkaitan dengan keradangan neurogenik steril.

Dalam teori ini, migrain adalah proses neurogenik utama dengan perubahan sekunder dalam perfusi serebrum (cerebral perfusion).

Mempunyai sejarah keluarga dengan masalah migrain boleh menjadi faktor paling utama peningkatan kecenderungan untuk anda mengalaminya. Sakit  berpunca daripada migrain ini berlaku disebabkan beberapa keadaan spesifik.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh mengakibatkan migrain, seperti:

Cara mengatasi tanda migrain

Pengambilan ubatan seperti paracetamol atau ubat penahan sakit setiap kali diserang migrain adalah tidak bagus. Malahan penggunaan ubatan secara berterusan dan kerap boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil medication overuse headache (MOH). jadi sebaiknya elakkan daripada bergantung sepenuhnya kepada ubatan penahan sakit. 

Terdapat beberapa kaedah tanpa ubatan boleh dilakukan bagi mengatasi atau mengurangkan kecenderungan mengalami migrain, iaitu:

  • Mengenal pasti faktor pencetus dan menghindarinya
  • Menjaga aspek pemakanan dan memperbanyakkan minum air kosong
  • Mendapatkan rehat yang secukupnya dan berkualiti
  • Melakukan aktiviti fizikal dan bersenam secara berkala

kepala-berdenyut-tanda-migrain

Konklusinya 

Sakit kepala disebabkan migrain ini boleh dicegah atau dikurangkan kecenderungannya daripada berlaku. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang sudah tentu menjadi kuncinya. Jadi kalau tidak mahu migrain, jagalah diri anda sebaiknya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

Mungkin ramai yang sudah tahu kafein itu apa bukan? Namun tahukah kalian bahawa akan berlaku sesuatu pada tubuh badan jika berhenti ambil ia? Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

Ada sesetengah individu yang mengalami sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seks. Apakah sebab ia berlaku agaknya? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit kepala ketika hamil

Nak Rawat Sakit Kepala Semasa Hamil? Kenal Pasti Puncanya Sebab Ia Berbeza Ikut Trimester

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
alergi kopi

Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
ibu bekerja

Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan