Sakit tekak berlaku sepanjang masa. Keadaan ini menyebabkan kesakitan, kegatalan dan iritasi tekak. Artikel ini akan mengajarkan anda bagaimana ingin menghilangkan sakit tekak.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Sakit tekak berlaku sepanjang masa. Keadaan ini menyebabkan kesakitan, kegatalan dan iritasi tekak. Artikel ini akan mengajarkan anda bagaimana ingin menghilangkan sakit tekak.
Sakit tekak boleh disebabkan oleh pencemaran, udara kering, alahan atau penyakit seperti selsema, demam, cacar air atau demam campak.
Walaupun sakit tekak yang teruk memerlukan bantuan doktor, sakit tekak yang ringan boleh dirawat dengan beberapa remedi rumah seperti berikut.
Campurkan akar manis dengan air untuk mendapatkan larutan kumur yang efektif. Herba ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk selepas pembedahan.
Madu telah lama dikenali sebagai ejen penyembuhan termasuk sakit tekak. Anda boleh campurkan madu dengan teh atau menggunakannya langsung untuk melegakan sakit tekak anda dan juga mengurangkan batuk waktu malam.
Sakit tekak boleh dirawat dengan berkumur air garam. Campurkan garam dengan air suam untuk mendapatkan ubat yang boleh mengurangkan sakit tekak, mengurangkan rembesan dan membunuh bakteria di dalam tekak. Berkumur dengan air garam setiap 3 jam untuk membersihkan tekak dan mengurangkan ketidakselesaan.
Selain memberikan nafas yang segar, pudina juga boleh melegakan sakit tekak. Di samping itu, methol di dalam pudina boleh mengurangkan lendir dan batuk. Tambahan pulai, pudina mengandungi ciri-ciri anti-radang, anti-virus dan anti-bakteria yang membantu proses penyembuhan.
Teh chamomile teklah digunakan sebagai agen penyembuhan untuk sakit tekak sejak dahulu. Ia adalah antara salah satu herba tertua yang pernah digunakan untuk merawat keadaan kesihatan ini. Selain itu, teh chamomile boleh meningkatkan sistem imun, menjadikan badan lebih kuat melawan faktor-faktor yang menyebabkan sakit tekak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen