Makan 8 Biji Paracetamol Sehari Sebab Demam? Nanti Dulu, Ada Kesan Jika Terlebih Dos!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penulis pasti ramai yang pernah dengar mengenai paracetamol. Tahukah anda, paracetamol bahaya dimakan lebih daripada dos yang ditetapkan?

Paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang paling popular di Malaysia. Ubat ini digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan bertujuan menurunkan suhu badan ke suhu normal semasa demam.

Paracetamol merupakan sejenis ubat yang versatil. Ia boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit gigi, sakit kepala, sakit belakang, sakit otot, demam dan juga sakit ketika menstruasi.

Disebabkan ubat ini mudah untuk dibeli dan boleh didapati di mana-mana sahaja, paracetamol adalah punca utama kes keracunan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja di Malaysia.

Ambil paracetamol dengan betul

dos paracetamol

Jika anda ingin makan paracetamol, dos yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah sebiji ataupun 2 biji pil 500 miligram, paling banyak 4 biji dalam masa 24 jam.

Sebelum makan dos yang seterusnya, pastikan anda tunggu sekurang-kurangnya 4 jam. Jangan tambah bilangan dos walaupun anda sakit teruk.

Ada beberapa sebab yang memungkinkan pengambilan paracetamol melebihi kadar toksik:

  1. Cubaan untuk meracun diri sendiri (bunuh diri).
  2. Termakan secara tidak sengaja oleh kanak-kanak.
  3. Pesakit termakan lebih daripada amaun yang dibenarkan kerana sakit tidak sembuh atau rasa sakit yang teramat sangat.

Makan 1 atau 2 biji pil paracetamol secara berlebihan mungkin tidak akan mendatangkan apa-apa bahaya kepada anda dengan syarat anda tidak ambil lebih daripada 8 pil dalam masa 24 jam.

Selain itu, pastikan anda tidak ambil 2 jenis ubat yang mengandungi paracetamol sebagai bahan aktif. Ramai yang anggap nama jenama ialah nama bahan yang terkandung di dalam ubat tersebut.

Oleh itu, pastikan anda baca dahulu label yang tertulis di bahagian belakang ubat yang anda beli. Periksa sama ada ubat tersebut mengandungi paracetamol ataupun tidak.

Tidak menjadi masalah jika anda ambil ubat tahan sakit yang tidak mengandungi paracetamol seperti ibuprofen ataupun aspirin.

Jika anda terlepas 1 dos paracetamol kerana terlupa, cepat-cepat ambil dos tersebut sejurus selepas anda teringat.

Walau bagaimanapun, jika terlupa, jangan makan ubat 2x pula ya! Pastikan anda ingat bila kali terakhir anda ambil paracetamol.

Selain itu, jangan lupa untuk tunggu sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ambil dos seterusnya.

Jangan beri paracetamol kepada bayi bawah 3 bulan

Jika anak anda berumur kurang daripada 3 bulan, bahaya jika anda berikan paracetamol tanpa saranan doktor.

Walau bagaimanapun, paracetamol selamat dimakan oleh bayi yang berumur lebih daripada 3 bulan.

Namun, untuk lebih selamat, pastikan anda rujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum bertindak memberikan anak anda apa-apa jenis ubat.

Bahaya jika anda memberikan paracetamol kepada anak sebelum imunisasi dengan tujuan untuk mengurangkan rasa sakit yang mereka alami semasa suntikan.

Jika boleh, elakkan terus daripada memberi anak anda makan apa-apa jenis ubat pun sebelum sesi imunisasi. Paracetamol mungkin akan mengurangkan kadar keberkesanan imunisasi tersebut.

Sebelum berikan anak anda dos kedua, pastikan jika anak anda benar-benar perlukan ubat tersebut. Hanya beri satu dos dalam masa 4 jam untuk kanak-kanak.

Jika anda seorang yang mudah lupa, pastikan anda catatkan pukul berapa kali terakhir anak anda makan ubat.

Bahaya paracetamol, boleh akibatkan keracunan

dos paracetamol

Individu yang mengalami keracunan paracetamol akan menunjukkan simptom yang berbeza mengikut masa. Pada awalnya, pesakit mungkin tidak akan mempunyai apa-apa simptom.

Pesakit yang makan lebih daripada 10 gram paracetamol berisiko untuk mengalami kerosakan hati.

Namun, pesakit yang mempunyai faktor risiko seperti selalu minum minuman keras ataupun mempunyai masalah kesihatan seperti HIV, gangguan pemakanan atau kelaparan, 5 gram paracetamol sudah cukup untuk merosakkan hati pesakit.

Antara tanda keracunan paracetamol termasuklah:

  • 24 jam pertama: Hilang selera makan, mual, muntah-muntah, kepenatan
  • Hari ke 2 dan 3: Sakit perut dan sakit pada bahagian hati. Pada waktu ini, pesakit sudah kurang muntah-muntah dan kembali berselera untuk makan
  • Hari ke 3 dan 4: Kembali muntah-muntah, rasa mual dan hilang selera makan. Mula alami jaundis dan gangguan mental
  • Selepas hari ke 4: Jika dihantar ke hospital, pesakit akan mula sembuh setelah menerima rawatan. Jika tidak, pesakit boleh alami kerosakan organ yang kemudiannya boleh membawa maut

Jika ada individu yang anda kenali mengalami simptom seperti di atas, penting untuk anda cepat-cepat membawanya ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Bahaya jika anda makan paracetamol lebih daripada dos yang ditetapkan. Walaupun ia boleh didapati dengan mudah di kaunter farmasi yang berdekatan, itu tidak bermakna ia selamat untuk dimakan berkali-kali!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tip Mengelakkan Jatuh Sakit Ketika Mengembara

Pengembaraan sentiasa pengalaman yang hebat. Malangnya, kadang-kadang orang gagal mendapatkan pengembaraan yang ideal kerana jatuh sakit semasa dalam perjalanan. Oleh itu, beberapa tip untuk mengelakkan diri daripada ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/05/2018 . 2 minit bacaan

Children’s Tylenol

Ketahui mengenai %%title%% di %%sitename%%, termasuk kaeadah penggunaan, kesan sampingan, dan tindak balasnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 13/04/2018 . 1 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Gastrik Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai

Anda Gastrik? Ketahui Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/09/2019 . 3 minit bacaan
Oxycodone

Oxycodone

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 17/05/2018 . 8 minit bacaan
Morfin

Morfin

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 17/05/2018 . 8 minit bacaan
Naproxen

Naproxen

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 17/05/2018 . 9 minit bacaan