Tidur malam yang berkualiti akan menentukan sama ada kita berasa lebih bertenaga atau sebaliknya pada esok hari.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Tidur malam yang berkualiti akan menentukan sama ada kita berasa lebih bertenaga atau sebaliknya pada esok hari.
Apabila kita mendapat rehat yang mencukupi, secara tidak langsung kita akan lebih produktif.
Tetapi, jika kita mengalami kesukaran untuk tidur sepanjang malam, pasti keesokan harinya, badan akan rasa ‘lemau’, letih, malah bad mood!
Justeru, apakah sebenarnya sebab di sebalik kepentingan tidur buat manusia?
Tidak dinafikan, tidur memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan seseorang individu.
Namun, data menunjukkan anggaran sebanyak 30% ke 45% daripada golongan dewasa menderita masalah insomnia!
Artikel ini juga akan menekankan beberapa tabiat seperti penggunaan telefon bimbit dan alat peranti lain turut menyumbang kepada punca segelintir individu kurang tidur.
Pertamanya, mengapa kita perlu tidur? Adakah ia hanyalah sekadar waktu untuk badan kita berehat atau ada sebab lain?
Sekiranya kita faham akan kepentingan tidur yang mencukupi dapat memberi kesan positif kepada kesihatan, pasti ini boleh menjadi langkah pertama untuk meningkatkan kehidupan yang sejahtera secara keseluruhan.
Salah satu sebab mengapa tidur amat penting untuk kesihatan adalah kerana ia berpotensi meningkatkan pembelajaran dan memori.
Kajian menunjukkan tidur memainkan peranan yang cukup penting dalam aspek memori, sekali gus mempengaruhi kebolehan seseorang untuk belajar.
Ini benar-benar membuktikan mitos yang mengatakan bahawa tiada apa berlaku kepada tubuh saat anda tidur ternyata salah!
Malah sebaliknya, otak kita menjalani pelbagai aktiviti semasa tidur.
Tidur dapat dikategorikan kepada 2 jenis, antaranya:
Tidur yang senyap, atau tidur bukan REM merujuk kepada ketika otak seseorang melalui proses pengaturan memori baharu yang diperoleh untuk penyimpanan jangka panjang.
Oleh sebab otak menjalani tahap tidur yang berbeza sepanjang malam, jadi tidak mendapat tidur yang mencukupi bermaksud kekurangan masa untuk berlakunya proses berkenaan.
Satu kajian telah membuktikan, pelajar yang tidur di antara kuliah menunjukkan keputusan ujian yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya.
Jika anda tergolong dalam kalangan pelajar yang mempunyai tabiat berjaga sepanjang malam sebelum peperiksaan besar, ketahuilah prestasi anda mungkin akan jadi lebih bagus sekiranya menggunakan waktu malam tersebut untuk tidur.
Antara salah satu sebab pentingnya tidur, ia mampu mengatur selera makan dan mempengaruhi metabolisme anda.
Terdapat 2 jenis hormon yang mempengaruhi kelaparan iaitu:
Justeru, apabila anda tidak tidur dengan cukup, jumlah hormon ghrelin akan meningkat lantas merangsang selera makan.
Ini menjelaskan mengapa kekurangan tidur berisiko menjadikan anda gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan.
Data juga menyatakan mereka yang mengalami masalah tidur seperti apnea tidur lebih cenderung menjadi obes dek kekurangan aktiviti yang disebabkan oleh tidak cukup tenaga untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.
Oleh itu, jika anda cuba untuk mengekalkan atau mengurangkan berat, pastikan untuk memasukkan tabiat tidur yang sihat ke dalam rancangan diet anda.
Tahukah anda, tidur juga mempunyai peranan penting bagi kesihatan kulit?
Jika anda berasa kurang sihat setelah tidak mendapat rehat yang mencukupi, ada kemungkinan kulit anda juga begitu!
Ini kerana kekurangan tidur akan menggalakkan badan untuk menghasilkan hormon kortisol, yang juga dikenali sebagai ‘hormon stres.’
Mempunyai tahap hormon kortisol yang tinggi pula mampu memberikan kesan negatif terhadap penampilan kulit.
Tambahan itu, sekiranya anda kekal dengan tabiat tidur ini, tidak mustahil anda akan mendapat masalah kulit seperti jerawat malah ekzema!
Antara manfaat kepentingan tidur yang cukup ialah, ia dapat menyingkirkan cecair lebihan di dalam badan.
Ini juga bermaksud pengumpulan cecair di kawasan muka yang boleh menyebabkan kantung mata (eyebag) turut dapat dielakkan jika mendapat rehat secukupnya.
Bukan hanya perlu mendapatkan tidur malam yang cukup, melakukan rutin penjagaan wajah sebelum tidur juga dapat memaksimumkan lagi kesihatan kulit, seperti:
Tidak mendapat tempoh waktu tidur yang cukup dalam jangka masa yang lama, atau kehilangan hanya beberapa jam pada tidur malam sebelumnya boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan anda.
Untuk memperoleh manfaat tidur secara maksimum, kalian harus mengamalkan tabiat tidur yang sihat terlebih dahulu.
Bagi sesetengah orang, melelapkan mata adalah perkara yang mudah sekali untuk dilakukan.
Tetapi, sekiranya anda tidak tergolong dalam kalangan itu dan mengalami kesukaran untuk tidur, terdapat beberapa tip yang boleh dicuba untuk membantu anda lelap dengan lebih cepat atau tidur lebih lama:
Dengan memastikan diri mendapat tidur yang mencukupi adalah antara perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh.
Namun, jika anda sedang menderita gangguan tidur dan ingin mengetahui pilihan rawatan yang lain, lakukan konsultasi bersama pakar agar nasihat bersesuaian dapat diberikan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen