Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Terdapat pelbagai perkongsian tips kurus dan cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan. Sesetengah orang sanggup berlapar hingga mengabaikan kesihatan dan boleh jatuh sakit.

Penurunan berat badan selalunya sinonim dengan diet pemakanan serta aktiviti senaman.

Namun, tahukah anda tidur yang berkualiti dan mencukupi membolehkan seseorang individu turun berat badan?

Ini tips kurus mudah untuk anda.

Tips kurus- Penting ke tidur kalau nak turun berat badan?

Mengikut saintis, tidur dan berat badan sudah lama berkait rapat. Secara purata, bagi orang yang selalu tidak cukup tidur, mereka lebih cenderung untuk naik berat badan.

Kajian kepada 70,000 wanita menunjukkan mereka yang tidur selama 5 jam sehari lebih cenderung menambah berat badan sebanyak 32% berbanding individu yang tidur sekurang-kurangnya 7 jam.

Sebagai contoh, seseorang individu dewasa yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mempunyai berat yang lebih banyak mengikut tinggi. Individu begini juga lebih cenderung untuk menjadi obes.

Tahukah anda, ada kajian yang menunjukkan otak individu yang sering kurang tidur akan respons terhadap makanan yang tidak sihat dengan cara yang berbeza.

Selain itu, tidak cukup tidur juga akan memperlahankan kadar metabolisma seseorang dan mempengaruhi pengeluaran insulin.

Tidur yang tidak mencukupi dikatakan boleh mencetuskan perubahan terhadap hormon ghrelin dan leptin di dalam badan.

Ghrelin ialah sejenis hormon yang dirembeskan di dalam perut dan ia bertindak di hipothalamus bagi merangsang selera.

Ghrelin dirembeskan sejurus sebelum makan dan berkurang selepas makan. Manakala, leptin akan bertindak ke atas hipothalamus untuk menghentikan rasa lapar dan meningkatkan penggunaan tenaga.

Hal ini membuatkan mereka yang sering mengantuk akan senang berasa lapar dan menggunakan tenaga yang lebih jika hendak dibandingkan dengan mereka yang cukup rehat.

Tidak mengejutkan, perkara ini juga turut menimpa orang yang lebih muda. Kanak-kanak yang tidak cukup tidur akan lebih terdedah kepada obesiti.

Sekarang anda sudah tahu tips kurus yang mudah, tidak memenatkan dan tidak menyeksakan perut!

Mari kita tengok pula cara-cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti untuk turun berat badan:

Nak kurus mudah sahaja, ini 5 cara nak dapatkan tidur nyenyak

tidur

  1. Nak kurus perlu tidur yang cukup, jadi awasi pengambilan kafein setiap hari

Tabiat pengambilan kafein dalam rutin harian boleh mengganggu tidur anda.

Kurangkan dan jika tiada keperluan jangan ambil minuman berkafein sekiranya anda mahukan masa tidur yang lebih baik.

Kafein bukan terdapat di dalam air kopi semata-mata, air berkarbonat serta coklat turut mengandungi kafein.

Oleh itu, hindari daripada pengambilan makanan dan minuman ini terutamanya pada waktu malam.

  1. Letak phone dan laptop jauh dari katil!

Penggunaan peranti seperti phone dan laptop sebelum tidur boleh mengganggu fokus anda untuk beristirehat.

Cuba elakkan menggunakan telefon pada waktu anda hendak tidur seperti bermain media sosial atau game kerana ini akan melengahkan lagi masa tidur anda.

Sebaiknya-baiknya, apabila hampir nak dekat masa tidur, silent phone dan letakkan di tempat yang susah untuk anda capai.

tips kurus

  1. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda relaks

Lakukan aktiviti yang anda gemari sebelum tidur seperti mendengar muzik, membaca buku, melakukan yoga atau apa sahaja.

Anda pasti akan berasa lebih baik dan tenang untuk tidur kerana badan sudah bersedia untuk berehat.

  1. Tetapkan dan ikut jadual tidur

Jika anda ingin bangun awal dengan mudah, cuba train diri anda untuk tidur dan bangun pada masa yang sama untuk suatu tempoh masa.

Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengganggu corak tidur anda seperti tidur pada waktu petang.

  1. Persekitaran yang kondusif dan selesa rangsang mood tidur

Pastikan bilik tidur anda mampu menjadi tempat rehat yang selesa. Bilik yang berselerak ataupun berbau semestinya akan kacau mood anda untuk tidur.

Anda boleh memasang lilin wangi dengan memilih bau-bauan kegemaran anda untuk mengharumkan bilik dan menaikkan mood tidur anda.

Mudahnya jika nak kurus

Kajian yang dinyatakan menunjukkan betapa pentingnya tidur terutamanya dalam penjagaan berat badan.

Buat mereka yang sedang struggle untuk turun berat badan selama ini, sekarang anda sudah tahu tips kurus dengan mudah sekali!

Selain memastikan diri anda mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti, pastikan juga anda pantau pengambilan makanan serta tidak lupa untuk bersenam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Belum Pun Seminggu Raya, Tapi Badan Makin Kembang? Ikut 23 Cara Ini Kalau Nak Slim Kembali

Alamak, seluar dan baju makin ketat!!! Sedang mencari cara nak kurus? Jangan risau, ini Hello Doktor kongsikan 23 tip penjagaan berat badan untuk dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/05/2020 . 3 minit bacaan

Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Hasrat Nak Diet Selalu Gagal? Anda Mungkin Belum Tahu 7 Tip Penting Ini, Boleh Buat Masa Raya!

Ramai yang berhasrat untuk berdiet namun gagal kerana tidak tahu cara diet yang betul. Jom klik artikel untuk kenal 7 tip penting yang kalian belum tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

Ada sesetengah wanita kurang berkeyakinan kerana mempunyai pinggul besar. Namun sebenarnya anda adalah bertuah kerana dikatakan akan lebih mudah hamil.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 28/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

angin ahmar

Simptom Sama, Tapi Lain Penyakit! Ini Cara Nak Bezakan Strok dan Sklerosis Berbilang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
cara untuk kurus dalam masa seminggu

Lelaki & Wanita, Ini Cara Nak Bagi Badan Kurus Dalam Tempoh 7 Hari Saja, Confirm Menjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
daun kapal terbang

Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Hiperemesis gravidarum

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan