home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Manfaat Tidur Siang Sekejap Semasa Puasa Ramadan

Manfaat Tidur Siang Sekejap Semasa Puasa Ramadan

Perubahan rutin makan dan tidur akan memberi pengaruh besar terhadap kesihatan. Ini menyebabkan kita sering berasa lemah dan mengantuk pada waktu siang sepanjang tempoh berpuasa. Jadi, untuk mengatasi masalah ini kitaa disarankan untuk tidur sekejap (napping). Terdapat juga beberapa manfaat lain daripada tidur siang semasa puasa.

1. Meningkatkan fokus semasa bekerja

Tidur sekejap semasa puasa sangat bermanfaat untuk meningkatkan fokus kerja. Kebiasaannya semasa berpuasa kita sering hilang fokus semasa melakukan kerja kerana tubuh mula berasa lemah dan mengalamai dehidrasi. Jadi, untuk mengambalikan keadaan tubuh kepada normal, sebolehnya ambil masa 15-30 minit pada waktu siang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

2. Meningkatkan kesihatan jantung

Anda mungkin tidak merasakan tidur sekejap pada waktu siang selama 30 minit dapat menyihatkan jantung. Namun, beberapa kajian menunjukkan bahawa kualiti tidur yang singkat memberikan manfaat untuk jantung. Gangguan tidur pada waktu malam atau siang boleh menyebabkan masalah jantung sebanyak 37%.

3. Membekalkan sumber tenaga

Pada hari biasa makanan dan minuman menjadi sumber tenaga, berbeza pada bulan puasa yang mana sumber ini hilang kira-kira 13 jam. Dengan tidur sejenak pada siang hari kita dapat menjaga tenaga yang ada pada tubuh dan perasaan segar ketika bangun tidur akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk meneruskan kerja.

4. Tidak mudah terkena flu

Walaupun tidur siang sangat singkat iaitu kira-kira 15-30 minit, namun ia boleh boleh meningkatkan imunisasi tubuh. Semasa berpuasa kita mudah terkena serangan penyakit seperti flu terutamanya pada musim panas. Flu mudah menyerang tubuh yang lemah dan tidak mempunyai tenaga yang mencukupi.

5. Membaik pulih mood

Semasa berpuasa, perasaan lapar menyebabkan kita mudah mengalami perubahan mood. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, rasa marah akan kerap muncul dan ada kalanya kita akan menjadi lebih sensitif dengan banyak perkara sehingga ada sahaja yang salah. Jadi, untuk mengembalikan mood yang lebih baik, tidur sekejap sangat membantu anda.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

5 Hikmah dan Manfaat Tidur Ketika Puasa http://islamidia.com/5-hikmah-dan-manfaat-tidur-ketika-puasa/ Accessed 22 May 2018.

Manfaat Tidur Siang Singkat Saat Menjalankan Puasa http://doktersehat.com/manfaat-tidur-siang-saat-puasa/ Accessed 22 May 2018.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 05/12/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x