Gangguan yang cenderung berlaku apabila seseorang individu itu tidak mendapat tidur yang mencukupi ini biasanya bermula ketika individu berada pada peringkat tidur mendalam (deep sleep) dan menyebabkan berjalan atau melakukan tingkah laku kompleks yang lain semasa tidur.
Individu yang tidur berjalan ini tidak dapat bertindak balas semasa gangguan berlalu. Malah, mereka kebiasaannya tidak mengingati kejadian tersebut. Dalam beberapa kes, mereka mungkin bercakap tentang sesuatu yang tidak masuk akal, meninggalkan rumah dan juga memandu jarak jauh.
Terdapat satu tanggapan salah, mengatakan kita tidak boleh mengejutkan individu yang berjalan semasa tidur. Kerana sebenarnya, ia agak berbahaya untuk membiarkan mereka terus tidur.
Simptom
Individu yang mengalami gangguan tidur berjalan ini akan kelihatan seperti terjaga kerana keadaan mata yang terbuka, malahan mereka mungkin tampak seperti sedang melihat sesuatu. Gangguan ini jarang berlaku ketika tidur sekejap pada waktu siang (nap time).
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen