Anda ada masalah bangun tidur pada waktu pagi gara-gara moody? Percaya ataupun tidak, tindakan yang diambil selepas bangkit boleh mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan anda!
Selain terjaga dari tidur teringat seseorang, perkara ini akan buat anda moody bila bangkit dari tidur!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur, anda juga boleh klik di sini.
1. Duduk dalam gelap selepas bangun tidur
Perkara ini bukanlah tindakan bijak. Jika bilik anda mempunyai langsir yang tidak boleh ditembusi oleh cahaya matahari, sila bangun dan buka tirai langsir tersebut.
Cahaya matahari akan membantu fisiologi badan secara langsung. Tanpa cahaya matahari, jam biologi tidak akan berfungsi dengan baik.
Perubahan pada ritma sirkadian boleh menyebabkan masalah bangun tidur dan beberapa kesan buruk pada kesihatan yang melibatkan paras hormon, sistem pencernaan dan sistem imun badan.
2. Terus berdiri lepas bangkit tidur dari katil
Seperti senaman yang memerlukan regangan badan, anda tidak boleh terus melakukan perkara berat sejurus membuka mata daripada tidur.
Apabila anda bangun terlalu laju daripada posisi baring kepada berdiri, tarikan graviti boleh memberikan kesan negatif terhadap tekanan darah anda.
Darah anda akan cenderung untuk mengalir dengan banyaknya ke kaki anda menyebabkan tekanan darah anda rendah. Kesannya anda akan menjadi tidak keruan dan pening.
Jika teruk, anda boleh pengsan. Apa yang perlu anda lakukan adalah, duduk dan beri masa kepada badan anda untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
3. Tutup jam loceng untuk tidur semula
Ia bukanlah satu idea yang bagus. Tindakan tersebut tidak akan membantu badan untuk mendapatkan kesan pemulihan pada waktu tidur.
Bagi sebahagian besar individu, peringkat tidur sebelum bangkit merupakan tidur rapid eye movement (REM). Pada waktu inilah kebiasaannya kita mengalami mimpi.
Mereka yang mengalami mimpi indah cenderung untuk bangun, tutup jam loceng dan tidur semula dengan harapan mimpi tersebut akan bersambung semula.
Namun perkara tersebut boleh mengaktifkan tindak balas lawan atau lari. Ia boleh mempengaruhi tekanan darah dan kadar degupan jantung seseorang.
Tambahan pula tidur beberapa minit sebelum jam loceng kedua berbunyi tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan kepada badan.
Jika anda kerap menutup jam loceng untuk tidur semula, itu merupakan satu tanda masalah bangun tidur.
4. Tidak bersenam pada waktu pagi
Senaman dapat memberikan kebaikan kesihatan dan membantu anda untuk tidur pada waktu malam, mengawal berat badan, menambah baik mood dan menjaga kesihatan jantung.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu bersenam pada waktu pagi untuk elak masalah bangun tidur:
- Berupaya menghilangkan stres dan elak kemurungan
- Meningkatkan penggunaan oksigen selepas senaman (EPOC). Anda akan mengalami peningkatan pada kadar metabolisme
- Memberikan tahap keletihan yang baik untuk badan supaya anda boleh tidur dengan nyenyak di malam hari
- Meningkatkan keupayaan badan untuk membina otot memandangkan jumlah testosteron pada waktu pagi tinggi
- Dapat meningkatkan tahap kesihatan kulit
5. Tidak minum minuman yang berkafein
Mungkin anda tidak suka minum kopi, namun itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil minuman berkafein yang lain seperti teh dan coklat.
Mereka yang sudah biasa mengambil kafein akan mengalami kesukaran untuk fokus. Simptom ini kebiasaannya akan disertakan dengan sakit kepala, loya, selesema dan kelesuan.
Oleh sebab itu, jangan berhenti ambil minuman berkafein secara mengejut. Sekiranya anda ingin berhenti mengambil kafein, buat secara berperingkat.
6. Tidak memberus gigi lepas bangkit tidur
Setiap individu akan mengalami pembentukan filem lekit yang dikenali sebagai plak gigi setiap malam.
Jika anda tidak memberus gigi pada keesokan harinya boleh buat masalah bangun tidur, kerana ia boleh mengeras membentuk satu struktur yang dipanggil tartar.
Struktur tersebut hanya boleh ditanggalkan dengan kelengkapan yang ada di klinik gigi.
Jika ia tidak dirawat, lama kelamaan tartar dan plak gigi boleh menyebabkan gusi anda menjadi bengkak dan berdarah, masalah gigi berlubang dan kondisi kesihatan yang lain.
Namun, jika anda baru selepas mengambil kopi atau minuman seperti lemon, jangan terus memberus gigi.
Tunggu 30 hingga 60 minit bagi membolehkan asid di dalam minuman tersebut untuk hilang. Asid tersebut boleh melemahkan lapisan enamel pada gigi.
Jika anda memberus gigi sejurus selepas minum kopi atau minuman berasid lain, lapisan tersebut boleh terhakis.
7. Semak media sosial atau e-mel punca masalah bangun tidur
Tindakan mengambil telefon pintar dan menyemak e-mel atau media sosial boleh meningkatkan tahap stres dan keresahan.
Ambil masa bebas media digital dan nikmati waktu pagi anda. Perkara ini mungkin sukar terutamanya buat mereka yang mempunyai kerja yang melibatkan penggunaan e-mel atau media sosial.
[embed-health-tool-bmi]