Wah Seronoknya! 5 Syarikat Terkemuka Ini Sediakan Ruang Tidur Untuk Pekerja

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/03/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Baru-baru ni, AIA Vitality 2019 telah mendedahkan hasil kajian mereka mengenai tahap stres dan kekurangan tidur oleh para pekerja Malaysia di tempat kerja melalui satu tinjauan mereka, Malaysia’s Healthiest Workplace.

Antara intipati hasil tinjauan tersebut ialah:

  • 51% daripada pekerja di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi stres atau tekanan yang berkaitan dengan kerja
  • Kebimbangan mengenai hal-hal kewangan telah menyebabkan masalah-masalah berkaitan kesihatan mental dengan 22% daripada mereka melaporkan bahawa mereka mempunyai masalah kewangan
  • Kadar kekurangan tidur semakin meningkat dengan 53% daripada para pekerja di Malaysia didapati tidur kurang daripada 7 jam seperti yang disarankan
  • Sebahagian besar pekerja menderita sakit leher dan bahu, dengan 84% daripada para pekerja melaporkan satu atau lebih masalah berkaitan muskuloskeletal

Kajian ini telah melibatkan sebanyak 230 organisasi atau syarikat yang berlainan saiz dan sektor di Malaysia yang mewakili seramai 17,595 orang pekerja.

tempat kerja

Masalah yang sering dialami para pekerja

Berdasarkan kajian tersebut, antara masalah yang sering dihadapi oleh para pekerja ialah bekerja dengan terlalu lama di pejabat sehingga menyebabkan masalah kesihatan dan kekurangan waktu tidur seperti yang disarankan.

Selain itu, terdapat juga pekerja yang melaporkan bahawa mereka sering mengalami keletihan setiap hari dan ada di antara mereka yang tidak boleh menentukan masa untuk berehat sehingga menyebabkan keletihan di tempat kerja.

Selain waktu kerja yang panjang, terdapat juga faktor-faktor lain yang menjejaskan kesejahteraan pekerja di tempat kerja seperti peningkatan beban kerja selepas waktu yang sepatutnya dan tekanan yang berkaitan dengan tugas kerja itu sendiri. 

tempat kerja

Perlu tidur di tempat kerja?

Menurut Rita Aouad, seorang ahli psikiatri dan pakar mengenai tidur di Ohio State University menyatakan, nap atau tidur sebentar pada waktu tengah hari boleh membantu meningkatkan prestasi seseorang individu tanpa mengganggu waktu tidur individu tersebut pada waktu malam.

Menurut Rita lagi, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa, nap sekitar 20 minit pada waktu tengah hari mempunyai kesan yang positif terhadap mood kewaspadaan dan perhatian seseorang individu. 

Selain itu, nap di tempat kerja juga boleh membantu pekerja untuk melaksanakan kerja dan berkelakuan dengan lebih baik.

Satu kajian yang dilaksanakan oleh University of Michigan menunjukkan bahawa, tidak tidur sepanjang malam boleh menjejaskan fokus atau perhatian seseorang pekerja.

Selain itu, ia juga dapat menjejaskan kemampuan seseorang pekerja atau individu untuk mengawal tindak balas emosi yang negatif seperti marah dan sedih. 

Selain meningkatkan mood dan kewaspadaan seseorang, percaya atau tidak, nap juga boleh membantu meningkatkan kreativiti seseorang individu. Nap yang lebih lama boleh meningkatkan keupayaan seseorang individu atau pekerja untuk menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif.

Seorang pensyarah di Jabatan Psikologi, University of California, Dr. Sara Mednick menyatakan, tidur REM (rapid eye movement) meningkatkan pemprosesan kreatif seseorang individu secara terus dan ia memberi kesan dengan lebih banyak berbanding jenis tidur lain atau dalam keadaan berjaga.

NASA dan juga Federal Aviation Administration, Amerika Syarikat juga mendapati, nap yang dilakukan dalam tempoh sekitar 20 minit boleh membantu meningkatkan prestasi psikomotor, mood dan meningkatkan kewaspadaan sehingga 54%.

Syarikat-syarikat yang mengambil berat soal tidur di tempat kerja

Mungkin anda terfikir, idea untuk tidur di pejabat ini agak keberatan untuk dilaksanakan di tempat kerja anda.

Walau bagaimanapun, anda boleh menyuarakan pendapat atau cadangan kepada syarikat anda berkenaan kepentingan untuk nap atau tidur sebentar di pejabat bagi meningkatkan kualiti kerja selain memelihara kesejahteraan pekerja.

Berikut adalah antara syarikat-syarikat yang boleh anda ambil sebagai contoh dalam cadangan anda.

#1. Google

Google telah dinamakan sebagai syarikat terbaik untuk bekerja dalam senarai Fortune’s 100 Best. Google telah menyediakan EnergyPods, kerusi pertama di dunia yang direka untuk tujuan tidur di tempat kerja, dan ia telah direka oleh sebuah syarikat, MetroNaps. Menurut Naib Presiden, Harta Tanah dan Perkhidmatan Tempat Kerja di Google, David Radcliffe, tiada tempat kerja yang lengkap tanpa pod tidur ini. 

#2. Huffington Post

Sebuah syarikat media ini juga telah memulakan inisiatif tidur di tempat kerja setelah pengasas bersamanya, Arianna Huffington, pengsan akibat tidur yang tidak mencukupi pada tahun 2007.

Syarikat laman berita online ini telah memasang pod tidur untuk pekerja mereka mendapatkan rehat yang mecukupi selain recharge kembali tubuh mereka sebelum kembali melaksanakan tugasan.

#3. White & Case

Tidak sepertimana firma undang-undang lain, White & Case telah memulakan inisiatif yang berbeza daripada trend bagi kebanyakan firma undang-undang lain. Syarikat dengan pekerja seramai 2,000 orang ini telah memasang dua EnergyPods di pejabat mereka di Washington sepertimana yang dipasang oleh Google. 

#4. Mercedes-Benz Financial Services

Sayap perkhidmatan kewangan bagi jenama kereta mewah Mercedes-Benz ini juga telah memasang EnergyPods untuk 600 orang pekerja mereka di Texas, Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan pembaca, Mercedes Financial telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 Best Workplaces for Millennials oleh Great Place to Work dan juga Fortune pada tahun 2016.

#5. Nike

Ibu pejabat Nike di Portland, Oregon, Amerika Syarikat mempunyai beberapa buah bilik dimana pekerja mereka boleh berehat, tidur atau bermeditasi. Syarikat ini juga merupakan antara syarikat yang menawarkan waktu kerja yang fleksibel kepada pekerja mereka untuk disesuaikan dengan chronotype setiap individu.

Chronotype adalah jam dalaman atau jam tubuh yang menetapkan waktu tidur ideal seseorang dan juga menentukan sama ada anda adalah jenis morning person atau seorang yang berjaga malam.

Sebenarnya banyak lagi syarikat-syarikat ternama lain seperti Procter & Gamble (P&G), Ben & Jerry’s yang turut melakukan pelbagai usaha agar pekerja mereka boleh tidur atau mendapatkan rehat yang mencukupi di tempat kerja.

Idea untuk tidur di pejabat tidak semestinya melibatkan pembelian kerusi berharga mahal seperti EnergyPods ini. Cukup sekadar penyediaan sebuah bilik khas yang dilengkapi bantal dan tilam kecil, buaian atau soft pillow bagi pekerja berehat sebentar. 

Kesimpulan

Bagi majikan-majikan di luar sana, jangan membiarkan pekerja-pekerja anda tidur beralaskan tangan di atas meja kerana ia tidak baik untuk postur badan dan boleh menjejaskan leher atau bahu seseorang individu.

Percayalah, jika anda menyediakan kemudahan seperti ini, pekerja-pekerja anda pasti akan menjadi lebih setia dan berkhidmat dengan lebih lama di syarikat anda memandangkan mereka mungkin tidak memperolehi manfaat seperti ini di tempat lain. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

    Betul ke rasa gelisah boleh menjadi salah satu tanda nak period atau lebih dikenali sebagai sindrom pramenstruasi, PMS? Ikuti penjelasan lanjut mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 26/01/2021 . 4 minit bacaan

    Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

    Selain bersiar-siar, bagaimana pula jika anda gunakan strategi makanan penghilang stres? Adakah makanan hilangkan stres ini betul-betul berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 21/01/2021 . 3 minit bacaan

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Tahukah anda posisi tidur berkaitan dengan keperibadian seseorang? Bukan itu saja, posisi yang betul memberikan manfaat kesihatan dalam jangka masa panjang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    melatih anak tidur sendiri

    Ini Waktu Sesuai Latih Anak Tidur, Barulah Tak Meragam Masa Bangun Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 4 minit bacaan
    penyakit saraf multiple sclerosis

    Sukar Orgasme & Selalu Rasa Penat? Ini Tanda Awal Wanita Muda Alami Sakit Saraf MS!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    postur tubuh badan

    Bukan Sahaja Berdiri, Postur Badan Ketika Duduk & Tidur Juga Penting Untuk Tulang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    jam tidur

    Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan