Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Jangan Tunggu Sakit! Ini Sebab Anda Perlu Buat Pemeriksaan Kesihatan Sekarang
Pemeriksaan kesihatan secara berkala membolehkan penyakit dikesan lebih awal sebelum menjadi serius. Malah, ada banyak contoh pemeriksaan kesihatan yang boleh menyelamatkan nyawa jika dilakukan secara konsisten—seperti pemeriksaan tekanan darah, paras kolesterol dan ujian kanser tertentu.
Sebaliknya, menjadi satu tabiat kebanyakan individu hanya mendapatkan rawatan apabila sudah sakit, sedangkan langkah pencegahan sebenarnya lebih berkesan dan menjimatkan.
Dengan kesedaran dan tindakan awal, risiko penyakit kronik boleh dikurangkan dengan ketara.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Apa itu ujian saringan kesihatan?
Ujian saringan kesihatan adalah proses pemeriksaan awal yang dilakukan untuk mengesan penyakit atau masalah kesihatan tertentu sebelum gejala muncul. Ia membantu mengenal pasti risiko kesihatan secara awal supaya rawatan atau langkah pencegahan boleh dimulakan segera.
Ujian ini penting walaupun seseorang kelihatan sihat, kerana banyak penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan kanser tidak menunjukkan tanda awal. Antara contoh pemeriksaan kesihatan yang termasuk dalam ujian saringan ialah:
Dengan menjalani ujian saringan kesihatan secara berkala, individu boleh mengurangkan risiko komplikasi serius dan meningkatkan peluang untuk sembuh lebih cepat jika penyakit dikesan awal.
Kepentingan melakukan pemeriksaan mata.
Bagaimana pula dengan saringan kesihatan percuma?
Saringan kesihatan percuma adalah pemeriksaan asas yang ditawarkan tanpa bayaran, sama ada oleh kerajaan, klinik swasta, NGO atau semasa kempen kesihatan awam.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai mengesan penyakit secara awal—terutamanya bagi golongan berisiko dan mereka yang jarang membuat pemeriksaan kesihatan berkala.
Antara contoh pemeriksaan kesihatan yang biasanya ditawarkan secara percuma termasuk:
Kempen saringan percuma ini sering diadakan di klinik kerajaan (seperti Klinik Kesihatan), pusat komuniti, atau sempena acara kesihatan seperti Karnival Kesihatan.
Ia memberi peluang kepada orang ramai, terutamanya warga emas atau golongan B40, untuk mendapatkan pemeriksaan asas tanpa kos.
Kalkulator BMI
Pemeriksaan kesihatan yang lebih kerap
Bagi individu sihat berusia bawah 40 tahun, pemeriksaan penuh biasanya disarankan setahun sekali. Namun, pemeriksaan yang lebih kerap sekali boleh dipertimbangkan jika ada keperluan perubatan, atau jika anda aktif memantau kesihatan secara proaktif.
Umumnya, pemeriksaan kesihatan yang disarankan setiap 6 bulan sekali, terutamanya untuk individu yang:
Mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi atau kolesterol tinggi
Berisiko tinggi disebabkan faktor genetik atau gaya hidup
Mengandung (saringan kehamilan mengikut jadual)
Dalam rawatan susulan selepas diagnosis penyakit seperti kanser, jantung atau buah pinggang
Contoh pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan setiap 6 bulan:
Ujian fungsi hati (jika berisiko atau ada sejarah penyakit hati)
Pemeriksaan kesihatan 6 bulan sekali perlu jika ada keperluan.
Pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta
Apabila bercakap mengenai pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital kerajaan mahupun klinik atau hospital swasta, semestinya terdapat perbezaan dan kelebihan tersendiri daripada aspek perkhidmatan dan kos.
Hospital kerajaan
Ciri-ciri:
Menawarkan pemeriksaan kesihatan asas dan lanjutan
Lengkap dengan makmal, pakar perubatan dan kemudahan rawatan susulan
Pemeriksaan biasanya memerlukan rujukan dari klinik kesihatan
Tempoh menunggu boleh panjang kerana bilangan pesakit tinggi
Kos:
Sangat rendah (RM1–RM5) atau percuma untuk golongan tertentu
Warga emas, OKU dan B40 mungkin layak untuk program saringan percuma
Contoh pemeriksaan kesihatan:
Ujian darah lengkap, fungsi buah pinggang/hati, ECG, X-ray dan lain-lain
Klinik Kesihatan (Klinik Kerajaan)
Ciri-ciri:
Mudah diakses di kawasan bandar dan luar bandar
Menyediakan pemeriksaan asas dan rujukan kepada hospital jika perlu
Sesuai untuk saringan rutin dan rawatan penyakit ringan hingga sederhana
Kos:
Sangat berpatutan (RM1–RM15)
Beberapa program seperti PeKa B40 menyediakan saringan PERCUMA
Contoh pemeriksaan kesihatan:
Tekanan darah, gula, kolesterol, BMI, ujian air kencing, saringan kanser
Terdapat perbezaan antara pemeriksaan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan atau swasta.
Klinik atau hospital swasta
Ciri-ciri:
Perkhidmatan cepat, selesa dan kurang waktu menunggu
Pilihan pakej pemeriksaan kesihatan yang pelbagai (basic hingga premium)
Sesuai untuk mereka yang mahu hasil cepat dan kemudahan eksklusif
Kos:
Lebih tinggi bergantung kepada pakej (sekitar RM100 hingga RM2,000+)
Tidak disubsidi, tetapi ada insurans perubatan yang boleh menampung
Contoh pemeriksaan kesihatan:
Pakej lengkap termasuk ujian darah, ECG, treadmill, ujian hormon, CT scan (bergantung pada pakej)
Kepentingan pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan bukan hanya penting ketika sakit, tetapi juga sebagai langkah pencegahan awal untuk menjaga kesihatan jangka panjang.
Dengan menjalani contoh pemeriksaan kesihatan seperti ujian tekanan darah, gula dan kolesterol secara berkala, kita dapat mengesan masalah kesihatan lebih awal dan mengelakkan komplikasi serius yang mungkin berlaku.
Manfaat melakukan pemeriksaan kesihatan:
Mengesan penyakit awal – Rawatan lebih mudah dan berkesan
Cegah komplikasi serius – Elak penyakit jadi lebih teruk
Jimat kos jangka panjang – Rawat awal, kurang belanja perubatan
Kekal aktif & produktif – Tubuh sihat, hidup lebih berkualiti
Lindungi keluarga – Cegah penularan penyakit berjangkit
Kesimpulan
Pemeriksaan kesihatan bukan hanya untuk orang sakit — ia adalah langkah bijak untuk terus sihat. Lebih awal anda tahu, lebih besar peluang untuk mencegah dan mengawal.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
The Benefits of Regular Health Screenings: Why Prevention is Key to Maintaining a Healthy Life. https://www.careplusclinic.my/article-why-health-screening-is-important. Accessed on July 1, 2025.
Givler DN, Givler A. Health Screening. [Updated 2023 Feb 19]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2025 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK436014/. Accessed on July 1, 2025.
Regular health checks. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/servicesandsupport/regular-health-checks. Accessed on July 1, 2025.
Invest in Your Health with Routine Medical Check Up. https://www.emc.id/en/care-plus/invest-in-your-health-with-routine-medical-check-up. Accessed on July 1, 2025.
Routine Medical Checkups Have Important Health Benefits. https://news.feinberg.northwestern.edu/2021/06/11/routine-medical-checkups-have-important-health-benefits/. Accessed on July 1, 2025.
Versi Terbaru
29/08/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid