backup og meta

Ini Satu Sebab PENTING Mengapa Anda Perlu Tutup Lampu Apabila Tidur, Patutlah!

Ini Satu Sebab PENTING Mengapa Anda Perlu Tutup Lampu Apabila Tidur, Patutlah!

Betul ke ada kebaikan tidur dalam gelap?

Seperti penulis, penulis gemar memasang lampu bilik tidur ketika waktu tidur.

Ya, lampu kekuningan membantu menaikkan suasana bilik yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.

Tetapi penulis akui, kehadiran lampu bilik tersebut menyebabkan tidur penulis kurang nyenyak. Kerap terjaga semasa tidur itu perkara biasa.

Adakah ia benar-benar ada kaitan dengan kehadiran lampu di dalam bilik yang menyala atau sekadar tabiat tidur penulis yang mudah terjaga ketika tidur. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

Kebaikan tidur dalam gelap: Kenapa perlu tutup lampu?

Kesan tidur dalam cerah atau terdapat cahaya tiruan ketika waktu malam seperti lampu bilik tidur mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh badan manusia.

Melatonin dihasilkan melalui kelenjar pineal di dalam otak, dan bertindak mengawal selia proses badan seperti kitaran bangun dan tidur sehinggalah kepada mood, tenaga dan selera manusia.

Baca juga:

Apa pentingnya melatonin dan kaitannya dengan lampu bilik tidur?

Terdapat kebimbangan mengenai cahaya tiruan ini terhadap kesihatan manusia.

Bermula sejak tahun 1980, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science mendapati, cahaya tiruan menahan pengeluaran melatonin dalam tubuh manusia.

Apakah kepentingan melatonin selain mengawal selia kitaran tidur manusia? Melatonin juga bertindak sebagai bahan anti-kanser atau anti-karsinogen untuk pelbagai tumor.

Penghasilan melatonin ini sebenarnya meningkat secara semula jadi dalam tubuh manusia di antara jam 9 malam sehinggalah 7 pagi. 

Pada tahun 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa cahaya tiruan ini merupakan faktor risiko karsinogenik untuk pekerja syif yang terdedah kepada sumber cahaya seperti lampu bilik ketika waktu di mana manusia sepatutnya tidur.

Kebaikan tidur dalam gelap

kebaikan tidur dalam gelap

Pendedahan tubuh manusia terhadap cahaya tiruan ketika waktu malam akan mengubah “jam tidur” dalaman tubuh.

“Jam dalaman” ini adalah satu mekanisme biologi yang mengawal selia kitaran bangun tidur manusia yang boleh mempengaruhi kualiti dan kuantiti tidur.

Melatonin yang dihasilkan pada waktu gelap membantu anda bersedia untuk tidur, dengan cara menghantar isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masa untuk tubuh anda berehat.

Isyarat yang dihantar ini kemudiannya memulakan persediaan fisiologi tubuh untuk tidur seperti relaksasi otot, menghadirkan rasa mengantuk dan menurunkan suhu badan.

Cara untuk menyediakan diri sebelum tidur

  • Kurangkan pencahayaan dalam bilik dengan menggunakan lampu di dalam bilik berwarna kuning yang kurang cerah berbanding lampu bilik tidur berwarna putih
  • Kurangkan pencahayaan sejam sebelum waktu tidur untuk menggalakkan tubuh bersedia untuk tidur
  • Elakkan penggunaan gajet atau sebarang alat lain yang boleh menyebabkan mata anda kekal segar sebelum tidur
  • Gunakan topeng mata yang boleh membantu anda untuk lebih mudah tidur

Bagi mereka yang tidak biasa tidur dalam keadaan gelap, atau mungkin ‘takut’ berada dalam kegelapan, anda boleh cuba cara-cara seperti yang dinyatakan di atas.

kebaikan tidur dalam gelap

Kesimpulan

Cuba kurangkan penggunaan cahaya di dalam bilik tidur anda, atau jika boleh, tutup semua lampu bilik tidur ketika tidur.

Ternyata, jika anda terus membuka lampu bilik tidur anda ketika anda tidur, ia hanya akan menjejaskan kualiti tidur harian anda.

Kebaikan tidur dalam gelap bukan sahaja menjadikan anda lebih lena, malah bacaan bil elektrik anda juga tidak melambung. Sihat dan jimat kan!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. WHY YOU SHOULD TURN OFF THE LIGHT. https://pursuit.unimelb.edu.au/articles/why-you-should-turn-off-the-light. Accessed on July 24, 2023.
  2. Turn off all the lights at night: Your heart will thank you. https://www.nhlbi.nih.gov/news/2022/turn-off-lights-at-night-your-heart-will-thank-you#. Accessed on July 24, 2023.
  3. Light & Sleep: Effects on Sleep Quality. https://www.sleepfoundation.org/bedroom-environment/light-and-sleep. Accessed on July 24, 2023.
  4. Sleeping with even a little light can be unhealthy, study finds. https://www.npr.org/sections/health-shots/2022/04/01/1089997121/light-disrupts-sleep. Accessed on July 24, 2023.
  5. Good Light, Bad Light, and Better Sleep. https://www.thensf.org/good-light-bad-light-and-better-sleep/. Accessed on July 24, 2023.

Versi Terbaru

24/07/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ada 5 Sebab Kenapa Perlu Jemur Baju Di Luar Rumah, Bukan Untuk Cepat Kering Saja!

Cuaca Panas Terik Buat Anda Kerap Nak Mandi, Tapi Yang Mana Bagus, Mandi Air Panas @ Sejuk?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan