- Ranitic Tablet 150mg (MAL19988460AZ)
- Pharmaniaga Ranitidine Tablet 150mg (MAL19987368AZ)
- Pharmaniaga Ranitidine Tablet 300mg (MAL19987370AZ)
Komited dalam memastikan keselamatan pengguna
Tindakan penarikan semula itu dilakukan berdasarkan penilaian dan juga ujian makmal yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga syarikat yang memegang pendaftaran ubat tersebut. Menurut Dr Noor Hisham, Pengarah KKM, walaupun risiko untuk menghidap kanser adalah sangat rendah dalam pendedahan jangka pendek, pihak KKM masih melihat isu dengan serius.
Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa untuk pesakit yang sedang menggunakan ubat yang mengandungi ranitidine, manfaat penerusan penggunaanya adalah lebih banyak berbanding risiko kecil yang dibawa oleh kandungan NDMA yang sedikit. Oleh itu, pesakit disarankan untuk meneruskan penggunaan ubat tersebut jika perlu dan dapatkan nasihat pakar jika terdapat indikasi untuk menukar ubat. Menurut Persatuan Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), kajian preliminari menujukkan kandungan NDMA dalam ubat yang mengandungi ranitidine adalah lebih rendah berbanding kandungan NDMA dalam sesetengah makanan.
Tambah beliau lagi, pihak KKM akan terus komited dalam menjalankan ujian dan penilaian berkala demi memastikan keselamatan, kualiti dan juga keberkesanan ubat-ubat yang berada di pasaran.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen