backup og meta

Asyik Terjaga Daripada Tidur? Bahaya! Anda Mungkin Dapat Sindrom Ini

Asyik Terjaga Daripada Tidur? Bahaya! Anda Mungkin Dapat Sindrom Ini

Gangguan tidur seperti insomnia bukanlah perkara yang asing lagi, terutamanya dengan gaya hidup masyarakat pada zaman moden ini. Selain insomnia, terdapat juga gangguan tidur lain iaitu sering terjaga dari tidur di tengah malam.

Ia juga dikenali sebagai sindrom tidur bangun yang tidak teratur dan masalah ini lebih menjurus kepada kitaran tidur yang tidak sihat.

Anda ada alaminya? Jom baca penerangan tentang sindrom ini.

Selalu terjaga dari tidur tengah malam? Kenali sindrom tidur bangun

Sindrom tidur dan bangun yang tidak teratur adalah salah satu daripada beberapa gangguan tidur irama sirkadian.

Individu dengan gangguan ini mempunyai waktu tidur yang tidak normal dan konsisten.

Tidur pesakit yang mempunyai masalah ini sangat tidak teratur sehingga mereka tidak mempunyai pola tidur atau bangun yang jelas.

Bagi individu normal, kebanyakan orang tidur pada waktu malam sehingga pagi, namun mereka yang mempunyai gangguan tidur ini mengalami kitaran tidur yang sering tidak berstruktur.

Menurut National Institutes of Health (NIH), keadaan ini sangat jarang berlaku. Namun, individu dengan sindrom bangun tidur yang tidak teratur biasanya tidur 1 sehingga 4 jam pada satu masa.

Selain itu, mereka juga menjalani beberapa sesi tidur dalam tempoh masa 24 jam, namun mereka tidak dianggap sebagai kurang tidur.

Mereka mungkin mendapat tidur yang mencukupi, namun tidur mereka tersebar dalam jangka waktu 24 jam dan bukannya tertumpu seperti kitaran tidur normal seperti 7 atau 8 jam.

Individu yang mempunyai gangguan tidur ini turut sering mempunyai masalah insomnia dan mengantuk pada siang hari.

Apakah penyebab terjaga tengah malam?

terjaga dari tidur

Antara punca gangguan terjaga dari tidur ini adalah hampir tidak wujudnya irama sirkadian yang bertanggungjawab dalam mengatur masa terjaga dan berehat.

Oleh itu, jika anda tidak mempunyai rutin harian atau jadual yang tetap, anda berisiko tinggi untuk mengalami sindrom bangun tidur yang tidak teratur ini!

Di samping itu, masalah ini mungkin meningkat seiring pertambahan usia anda. Walau bagaimanapun, usia bukanlah menjadi satu faktor risiko.

Beberapa faktor yang tidak berkaitan dengan sindrom ini adalah gangguan kitaran irama sirkadian untuk sementara waktu.

Ini termasuk peralihan masa kerja yang tidak tetap seperti mereka yang bekerja syif dan melalui perjalanan masa yang kerap berubah di antara zon waktu yang berbeza terutamanya jika ke luar negara.

Gejala sindrom tidur bangun yang tidak teratur

Seseorang yang mempunyai sindrom tidur bangun yang tidak teratur boleh:

  • Tidak mempunyai corak tidur yang normal bagi perbezaan masa mereka tidur dan terjaga
  • Susah untuk tidur dengan lena, atau sangat sering mengantuk ketika terjaga
  • Mempunyai jumlah waktu tidur yang tidak normal untuk usia mereka

Faktor-faktor risiko

Sindrom tidur bangun yang tidak teratur ini sebenarnya jarang berlaku, dan jumlah pesakit masalah ini juga tidak dapat dipastikan.

Namun, individu yang mempunyai masalah tidur ini mungkin sudahpun mempunyai kondisi kesihatan yang lain, seperti berikut:

  • Kecacatan mental
  • Demensia
  • Kerosakan otak

Masalah ini turut boleh berlaku pada orang yang tidak mempunyai masalah neurologi. Namun, ada juga keadaan yang mungkin mendorong masalah ini berlaku.

Mendapatkan cahaya matahari setiap hari dan melakukan pelbagai jenis aktiviti lain penting dalam mengatur semula jam tidur kita.

Tabiat tidur yang buruk boleh menyebabkan gangguan ini berlaku terutamanya kepada mereka yang sudah mempunyai kesulitan untuk tidur.

Adakah sindrom ini memerlukan rawatan perubatan?

Tidur dan bangun pada waktu yang tidak teratur dan tidur dalam jangka masa yang singkat bukanlah keadaan perubatan yang darurat.

Tidak perlu risau jika anda mengalami kesukaran untuk tidur sekali-sekala tetapi, anda mungkin harus berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda sindrom bangun tidur yang tidak teratur ini secara kerap.

Ini adalah sangat penting sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gangguan tersebut.

Cara-cara mengawal masalah ini

terjaga dari tidur

Tiada ubat mudah dalam mengubati sindrom ini. Walau bagaimanapun, beberapa terapi dan perubahan gaya hidup dapat membantu. Ini termasuk:

  • Meminimumkan bunyi bising di tempat tidur anda
  • Menjadikan persekitaran tidur anda bersih dan selesa
  • Mengawal pendedahan cahaya: Anda mesti terdedah kepada cahaya terang dan cahaya biru pada siang hari. Tempoh pendedahan juga harus ditingkatkan, namun hadkan pendedahan kepada cahaya biru daripada skrin TV dan komputer pada waktu malam
  • Makanan tambahan berasaskan melatonin
  • Menambah lebih banyak aktiviti dalam rutin harian anda: Ini termasuk memasukkan interaksi sosial, latihan, dan aktiviti lain

Matlamat utama perubahan gaya hidup ini adalah untuk membantu anda tidur lebih lama pada waktu malam dan melatih badan untuk senang bangkit pada waktu siang.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Irregular Sleep-Wake Rhythm. http://sleepeducation.org/sleep-disorders-by-category/circadian-rhythm-disorders/irregular-sleep-wake-rhythm/diagnosis-treatment. Accessed June 4, 2022.
  2. Irregular Sleep-Wake Rhythm.http://sleepeducation.org/sleep-disorders-by-category/circadian-rhythm-disorders/irregular-sleep-wake-rhythm/overview-facts. Accessed June 4, 2022.
  3. Irregular sleep-wake syndrome. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/irregular-sleep-wake-syndrome. Accessed June 4, 2022.
  4. Circadian Rhythm Sleep Disorder: Irregular Sleep Wake Rhythm Type.  https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2768129/. Accessed June 4, 2022.
  5. Circadian Rhythm Sleep Disorder: Irregular Sleep Wake Rhythm. http://faculty.washington.edu/vitiello/Recent%20Publications/ISWR%20Zee%20and%20Vitiello.pdf. Accessed June 4, 2022.

Versi Terbaru

04/06/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan