Individu yang mengalami tidur lumpuh tidak akan dapat menggerakkan badan atau anggota tubuh sama ada semasa tidur atau bangun, tidak dapat bercakap, tetapi masih bernafas secara normal dan menyedari apa yang sedang berlaku.
Gangguan ini tidak bahaya tetapi individu yang mengalaminya akan berasa takut kerana tidak mengetahui apa yang berlaku. Ia mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup atau ia akan menjadi fenomena berulang. Ia mungkin berakhir sendiri atau apabila seseorang menyentuh anda atau bercakap dengan anda.
Tingkah laku tidur REM (RBD)
RBD berlaku apabila anda bertindak dalam mimpi yang jelas semasa tidur, mungkin menjadi ganas dan menjadi lebih teruk dari masa ke masa serta boleh menyebabkan kecederaan. Biasanya berlaku pada individu lelaki berusia 50 tahun ke atas, tetapi gangguan ini juga boleh berlaku kepada wanita dan individu lebih muda.
Individu yang mengalami RBD akan dapat mengingati butiran terperinci mimpi dan biasanya boleh dikelirukan dengan gangguan tidur berjalan dan rangsangan kekeliruan.
Tidur enuresis
Turut dikenali sebagai bedwetting adalah masalah individu tidak dapat menahan kawalan kencing ketika tidur dan kencing dengan tidak sengaja semasa tidur. Terdapat dua jenis enuresis: primer dan sekunder.
Bagi enuresis primer, ia gangguan yang berlaku sejak kecil, dan kanak-kanak cenderung untuk mengalaminya jika terdapat ibu bapa atau adik beradik mereka pernah mengalami masalah ini.
Untuk enuresis sekunder, biasanya berlaku ke atas individu yang pernah mengalami gangguan ini. Ia juga boleh disebabkan faktor masalah kesihatan seperti kencing manis, jangkitan saluran kencing dan tidur apnea atau mungkin kerana gangguan psikiatri.
Halusinasi tidur
Membayangkan peristiwa-peristiwa yang kelihatan sangat nyata, terutamanya visual dan melibatkan deria bunyi, sentuhan, rasa dan bau dan mungkin akan melibatkan pergerakan. Gangguan halusinasi tidur ini sering disalah tafsir sebagai bermimpi.
Ia selalu berlaku dalam dua keadaan:
- Ketika tidur (hynagogic)
- Ketika bangun (hypnopompic)
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen