backup og meta

Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

Semasa sedang tidur, kita semua tidak akan sedar apa yang dilakukan tubuh badan dan ini termasuklah jika anda berdengkur dengan kuat. Jadi, apa punca tidur berdengkur?

Ramai yang percaya bahawa tidur berdengkur adalah petanda tidur lena. Benarkah? Ataupun ia mungkin ada kaitan dengan genetik individu yang selalu mengalaminya? Tetapi bahaya tidur berdengkur tak?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, klik di sini.

Apa maksud tidur berdengkur?

Sebelum kita mengetahui apa punca tidur berdengkur, buat anda yang mungkin kurang faham mengenainya, ia adalah satu keadaan di mana keluar bunyi serak atau keras daripada rongga mulut atau hidung ketika sedang tidur.

Punca berdengkur ketika tidur berlaku hasil daripada getaran tisu pada leher ekoran udara yang mengalir melalui dan mengenai kawasan tersebut ketika sedang bernafas.

Hakikatnya, memang ramai individu yang akan mengalaminya namun ia juga boleh jadi satu masalah kronik buat sesetengah individu.

Buat mereka yang percaya bahawa berdengkur adalah tanda tidur lena, anda mungkin salah kerana ia juga mungkin merupakan salah satu simptom gangguan tidur!

Apa punca tidur berdengkur?

apa punca tidur berdengkur
Masalah berdengkur boleh dialami lelaki atau wanita.

Seperti mana yang telah dinyatakan di atas tadi, ia berpunca hasil getaran tisu pada leher ekoran udara yang mengalir melalui dan mengenai kawasan tersebut ketika sedang bernafas.

Persoalannya, wujudkah faktor risiko yang akan meningkatkan kemungkinan ia berlaku? Ya ada!

Antara faktor risiko individu berdengkur termasuklah:

  • Usia – Ketika usia telah lanjut, saluran pernafasan akan menjadi semakin sempit.
  • Obesiti – Berat badan yang berlebihan akan membuatkan otot di saluran pernafasan dipenuhi dengan lemak.
  • Rokok – Hisap rokok boleh membuatkan otot tekak menjadi lebih relaks lantas menyebabkan dengkuran.
  • Alkohol – Minum alkohol juga boleh membuatkan otot tekak menjadi lebih relaks lantas menyebabkan dengkuran.
  • Gaya tidur – Gaya tidur seperti tidur menelentang boleh mengakibatkan dengkuran buat sesetengah individu.
  • Tidak cukup tidur – Tidak cukup tidur akan menyebabkan saluran pernafasan terjejas lantas membuatkan dengkuran lebih mudah berlaku.

Dalam pada itu, pernahkah kalian terdengar atau terbaca kenyataan di mana jika ibu bapa berdengkur ketika sedang tidur, anaknya juga akan mengalami perkara yang sama?

Genetik adalah salah satu puncanya?

Selain tidur yang lena, genetik juga adalah antara perkara yang kerap dikaitkan sebagai salah satu daripada apa punca tidur berdengkur yang sebenar.

Jawapannya adalah mungkin benar bahawa genetik juga boleh menjadi punca berdengkur ketika tidur.

Ini kerana dengkuran boleh terjadi buat mereka yang mempunyai saluran pernafasan lebih kecil atau sempit berbanding individu lain.

Sekiranya ibu bapa mempunyai saluran pernafasan sebegini, adalah tidak mustahil untuk anak mereka juga mempunyai saluran pernafasan sebegitu.

Dalam pada itu, sudah terdapat beberapa kajian saintifik membabitkan blood marker yang telah membuktikan kaitanan di antara genetik dengan berdengkur.

Jadi anda akan mempunyai risiko tinggi untuk tidur berdengkur jika ibu bapa anda juga sendiri mengalaminya!

apa punca tidur berdengkur
Kajian membuktikan berdengkur ada kaitan dengan genetik.

Adakah tidur berdengkur itu berbahaya?

Selain persoalan mengenai apa punca tidur berdengkur, wujud juga kebimbangan sama ada wujud bahaya tidur berdengkur termasuklah kematian!

Untuk pengetahuan anda, dengkuran secara umumnya tidak akan menyebabkan kematian.

Pun begitu, risikonya tetap wujud sekiranya ia berkaitan dengan gangguan apnea tidur obstruktif.

Persatuan Apnea Tidur Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 38,000 individu di Amerika Syarikat meninggal dunia setiap tahun akibat daripada penyakit jantung dengan apnea tidur sebagai faktor komplikasi.

Ini kerana individu yang mempunyai gangguan apnea tidur memiliki kesukaran untuk bernafas atau berhenti bernafas ketika sedang tidur.

apa punca tidur berdengkur
Tidur berdengkur berbahaya.

Dalam pada itu, gangguan ini boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat seperti:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kegagalan jantung
  • Strok
  • Asma
  • COPD
  • Diabetes mellitus

Oleh itu, sila awasi segala simptom sekiranya anda mengalaminya untuk mengelakkan komplikasi lebih teruk berlaku ya!

Bagaimana untuk mengelak ia berlaku & berulang?

Untuk mengelakkannya, adalah penting untuk kita semua kembali semula kepada apa punca tidur berdengkur untuk mengetahui faktor risikonya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Snoring. http://sleepeducation.org/essentials-in-sleep/snoring/overview-and-facts. Accessed June 4, 2022.
  2. Snoring vs. Sleep Apnea – Is There a Difference?. https://healthtalk.unchealthcare.org/snoring-vs-sleep-apnea-is-there-a-difference/. Accessed June 4, 2022.
  3. Snoring. https://www.sleep.org/is-snoring-genetic/. Accessed June 4, 2022.
  4. How to Stop Snoring. https://www.helpguide.org/articles/sleep/snoring-tips-to-help-you-and-your-partner-sleep-better.htm. Accessed June 4, 2022.
  5. Snoring and Sleep. https://www.sleepfoundation.org/articles/snoring-and-sleep. Accessed June 4, 2022.

Versi Terbaru

17/04/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

11 Tanda Dengkuran Anda Itu Petanda Bahaya! Ia Mungkin Boleh Bawa Maut?

AWAS, Jangan Terlalu Selesa! Orang Kurus Yang Tidur Berdengkur BERPOTENSI Jadi GEMUK!


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Ahmad Farid · Dikemas kini 17/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan