Tekanan dan Jerawat: Apakah Kaitannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kebanyakan kita hidup dalam kehidupan yang penuh tekanan yang tidak pernah kita rancang. Permintaan peribadi dari pekerjaan dan keluarga boleh menyumbang kepada tekanan gaya hidup yang tinggi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara tekanan dan jerawat. Tingkah laku yang kita dalam menangani tekanan, seperti merokok atau makan secara berlebihan, turut mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan.

Dalam konteks ini, jerawat turut menjadi satu perkara yang turut mendatangkan tekanan. Tetapi bolehkan tekanan menyebabkan jerawat? Jawapannya besar kemungkinan adalah tidak.

Apakah sebenarnya tekanan?

Kita menggunakan perkataan ‘tekanan’ untuk menampung pelbagai pengalaman yang berpunca daripada kegelisahan dan reaksi kita sendiri terhadap segalanya. Secara umum, kita maksudkan tekanan fizikal dan emosi.

Apa yang menjadi tekanan bagi setiap individu adalah berbeza. Sebagai contoh, dalam perjalanan ke tempat kerja, seseorang individu mungkin sedang memandu dalam keadaan tenang sambil mendengar radio kereta, manakala bagi yang lain, mungkin sedang menghabiskan masa dalam keadaan tertekan dalam kesesakan lalu lintas.

Kematian insan yang tersayang, penceraian, kehilangan pekerjaan, masalah kewangan adalah antara punca biasa yang menyebabkan tekanan. Peristiwa yang kita anggap sebagai sesuatu yang menggembirakan juga boleh menimbulkan tekanan, seperti kelahiran anak atau perkahwinan.

Bagaimana tekanan boleh menjejaskan badan?

Apabila anda berasa tertekan, denyutan jantung anda akan meningkat, otot akan menegang dan anda akan mula bernafas secara pantas. Apa yang berlaku? Badan anda sedang mengeluarkan hormon tekanan seperti kortisol, epinefrin dan adrenalin.

Tekanan jangka pendek

Tekanan mempunyai kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada badan. Bagi  jangka masa pendek, pernafasan akan menjadi lebih cepat dan boleh menyebabkan serangan asma pada individu yang mempunyai asma. Kadar denyutan jantung yang lebih cepat boleh menyebabkan serangan jantung kepada sesetengah individu, walaupun ia sebenarnya serangan panik yang dirasakan seperti serangan jantung. Anda mungkin merasakan reaksi tekanan pada bahagian perut dan mungkin boleh muntah atau mengalami cirit-birit.

Tekanan jangka panjang

Tekanan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada mana-mana bahagian badan. Sistem kardiovaskular, sistem endokrin dan sistem pencernaan, boleh merasakan kesan daripada tekanan yang berulang atau berterusan. Simptom keadaan tertentu seperti penyakit Crohn, dan pelbagai sclerosis, juga boleh menjadi teruk akibat tekanan. Sama ada jerawat boleh menjadi teruk atau tidak, ia bergantung kepada individu.

Tekanan tidak mendatangkan kesan kepada kulit. Sebagai contoh, sesetengah individu akan mengalami ruam merah apabila tertekan. Tekanan boleh mencetuskan masalah kulit seperti psoriasis. Tetapi apabila ia berkaitan dengan jerawat, tiada banyak maklumat objektif.

Apa yang boleh dilakukan?

Jika jerawat membuat anda tertekan, terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan. Jerawat disebabkan oleh serpihan kulit, kulit berminyak, dan ada masanya ia disebabkan bakteria yang menyumbat liang pori. Rawatan paling berkesan adalah dengan membunuh bakteria serta melakukan proses pengelupasan kulit.

Terdapat beberapa rawatan membunuh bakteria topikal yang boleh didapati di kaunter jualan ubatan, termasuk juga rawatan preskripsi kulit jika kulit anda tidak bertindak balas kepada ubatan tersebut. Preskripsi Retin-A, boleh mengelupaskan kulit seperti persediaan asid salisilat dan asid glikolik, keduanya-duanya boleh didapati di kaunter. Anda juga boleh mengelupaskan kulit anda setiap hari apabila anda mencuci muka, dengan menggosok secara perlahan-lahan menggunakan kain lap.

Jerawat tidak akan hilang dalam masa semalaman. Jadi jika anda masih tertekan mengenainya, pertimbangkan untuk mengamalkan teknik ketenangan ujian masa. Ia mungkin merupakan cara yang terbaik walaupun selepas masalah jerawat anda hilang. Meditasi mempunyai banyak kesan positif terhadap kesihatan dan kesejahteraan, tetapi jika masa adalah isu utama, pertimbangkan untuk melakukan lima minit pernafasan fokus. Melakukan senaman atau aktiviti yang anda gemari turut membantu untuk menghilangkan tekanan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

    Tekanan dialami oleh ibu mengandung bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Pernah tak terfikir mengenai reaksi janin saat ibu menangis? Jom ketahuinya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Bukan Semuanya Tidak Baik, Ada Yang Bagus Jika Rasa Tertekan, Ini Manfaatnya!

    Semua individu pernah rasa stres. Namun tahukah anda bahawa kadangkala terdapat juga kebaikan stres? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

    Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah 1 tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    kondisi kulit yang sihat

    Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/12/2020 . 5 minit bacaan
    kepentingan tidur untuk kesihatan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan
    tahun baharu

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan