
Cuaca boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan manusia. Selain daripada selesema, flu atau alergi bermusim, kulit merekah, mengelupas adalah antara masalah kesihatan yang berkaitan dengan cuaca. Keadaan ini menyebabkan kesakitan tahap ringan dan teruk. Oleh itu, bagaimana untuk merawatnya dengan selamat dan berkesan adalah sangat diperlukan.
Kenapa anda mengalami kulit merekah dan mengelupas?
Kulit merekah dan mengelupas adalah disebabkan kurang kelembapan pada kulit. Keadaan ini biasanya berlaku pada kaki atau tangan kerana tiada kelenjar minyak di kawasan tersebut untuk mengekalkan kelembapan. Di samping itu, terdapat juga sebab lain untuk berlakunya kulit mengelupas dan merekah, termasuklah:
- Terlalu banyak mandi air panas
- Keadaan kulit tertentu seperti ekzema, psoriasis
- Penyakit tertentu seperti diabetes atau masalah tiroid
- Gel mandi atau sabun tanpa pelembap
- Cuaca sejuk
- Kerap menggunakan penghawa dingin (yang membawa kepada tahap kelembapan rendah)
- Penuaan
Apakah simptom-simptom rekahan?
Sebelum keadaan merekah dan mengelupas serta rasa sakit bertambah teruk, terdapat beberapa simptom seperti berikut:
- Gatal
- Kemerahan
- Ruam
- Tanda rekahan
Bagaimana untuk merawat kulit merekah dan mengelupas?
Sebelum menjalankan rawatan, sediakan bahan-bahan tersebut:
- Losyen atau vaseline atau minyak sayuran
- Stokin kapas lembut
- Tuala lembut
- Gel mandi atau sabun antibakteria
- Lemon
- Batu pumis (batu gunung berapi yg ringan serta poros, biasanya digunakan sbg bahan pelelas).
Prosedur ini termasuk langkah-langkah tersebut:
Langkah 1:
Singkirkan sel-sel kulit mati dan bahagian yang keras dengan menggosoknya dengan batu pumis. Sekiranya anda mengalami kesakitan, hentikannya.
Langkah 2:
Pastikan kawasan yang terjejas dilembapkan dengan kerap. Pertama, sapukan vaseline atau losyen atau minyak sayuran kemudian tutup dengan stokin. Lakukan ini setiap hari untuk melihat penambahbaikan.
Langkah 3:
Pastikan kawasan yang terjejas bersih dengan menggunakan sabun anti bakteria. Selepas mencuci, keringkan dengan tuala kapas yang lembut dan bersih. Ini akan menghalang jangkitan yang membawa kepada rasa sakit.
Langkah 4:
Rendam bahagian-bahagian yang terjejas dengan jus lemon untuk melembutkan kulit. Setiap kali anda lakukannya, pastikan dalam masa 10 minit untuk hasil terbaik.
Langkah 5:
Minum air dengan banyak untuk kekal terhidrasi. Elakkan daripada meminum kopi atau alkohol yang boleh menyebabkan kulit kering dan memburukkan keadaan.
Nota:
Sekiranya keadaan ini tidak bertambah baik atau semakin teruk tanpa mengira percubaan anda, dapatkan bantuan doktor.
Bagaimana mencegah pengelupasan merekah?
Berikut adalah beberapa tip untuk mencegah keadaan ini.
- Bincang dengan doktor untuk rawatan perubatan tertentu untuk menguruskan kekeringan.
- Cuba untuk tidak menggaru atau menggosok kawasan yang terjejas. Jika kegatalan berterusan, gunakan kaedah sejuk dengan meletakkan pek ais atau kompres sejuk di kawasan tersebut.
- Elakkan daripada semua aktiviti serta produk yang boleh menyebabkan kulit kering seperti sabun berbuih atau sabun wangi.
- Tekan kulit dengan tuala untuk mengeringkan, jangan gosok.
- Elakkan mandi sauna atau wap dan mandi air panas yang lain. Air suam disarankan.
- Lembapkan kulit selepas mandi.
- Pakai kasut yang membolehkan kaki bernafas.
- Elakkan alkohol dan kafein.
Pengelupasan merekah menyebabkan banyak ketidakselesaan; daripada gatal-gatal, rasa terbakar, kesukaran berjalan dan juga pendarahan. Oleh itu, ikuti arahan di atas untuk mendapatkan kulit yang sihat sempurna.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.