“Aduh, umur belum pun masuk 30-an tapi kenapa rambut beruban ni?”, jika ia antara persoalan yang sering bermain di fikiran anda, teruskan membaca artikel ini untuk penjelasannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana rambut beruban?
Rambut bertukar menjadi uban pada satu tempoh dalam kehidupan kita. Bagi sesetengah individu, ia berlaku lebih awal.
Rambut bertukar menjadi kelabu apabila sel yang berperanan untuk menghasilkan pigmen gagal berfungsi dengan baik.
Bagi sesetengah yang lain pula, rambut mereka mengandungi hidrogen peroksida yang merupakan agen peluntur semula jadi.
Secara umumnya, pertumbuhan uban berlaku:
- di pertengahan 30-an bagi orang putih
- Individu dari Asia mula mempunyai uban di lewat 30-an
- Mereka yang berbangsa Afrika-Amerika tidak beruban sehinggalah mencecah usia pertengahan 40-an
Uban dikira pramatang sekiranya berlaku sewaktu berusia 20-an bagi orang putih atau bagi Afrika-Amerika sewaktu usia belum mencecah 30 tahun.
Baca juga:
Faktor penyebab rambut beruban terlalu awal
-
Faktor genetik
Genetik merupakan penyumbang terbesar kepada ubat pada rambut.
Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mengalami uban pramatang, anda juga berkemungkinan besar untuk mengalami perkara yang sama.
Tambahan, genetik anda juga menentukan berapa pantas rambut anda akan menjalani proses tumbuh uban dan sama ada rambut anda bertukar menjadi warna perak atau putih.
-
Keadaan perubatan
Uban pramatang merupakan uban tanda penyakit yang berpunca daripada masalah kesihatan seperti anemia, vitiligo dan kekurangan vitamin B12.
Orang yang mempunyai masalah pituitari dan tiroid juga lebih cenderung untuk mengalami uban pramatang.
-
Penggunaan tembakau
Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara uban pramatang dan merokok.
Kajian pada tahun 2010 , menyatakan orang yang merokok lebih berisiko untuk beruban pada usia dua setengah kali ganda lebih awal berbanding yang tidak merokok.
Memandangkan bahan kimia di dalam rokok boleh membahayakan sel rambut, merokok juga meningkatkan risiko untuk botak.
-
Tahap tekanan
Masih tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkan antara tekanan dan uban pramatang.
Namun para saintis percaya bahawa hormon tekanan mempunyai kesan yang negatif kepada sel yang berfungsi menghasilkan pigmen rambut, lalu menyebabkan ia tumbuh uban lebih awal.
Walau bagaimanapun, tekanan sememangnya membuatkan rambut gugur.
Jadi, sekiranya anda mahu rambut yang cantik, adalah baik untuk mengawal tekanan anda.
Apa yang boleh anda lakukan dengan rambut beruban?
Mahu menyembunyikan ubat pada rambut anda? Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh dilakukan:
- Pewarna separa kekal boleh bertahan untuk beberapa minggu dan merupakan pilihan yang baik bagi individu yang beruban.
- ‘Highlights’ boleh digunakan untuk melindungi helaian rambut yang kelabu dengan rambut anda yang lain supaya tidak terlalu kelihatan.
- Mewarnakan rambut secara kekal disyorkan sekiranya uban pada rambut lebih dari separuh.
- Sebahagian produk rambut menawarkan liputan yang sementara. Anda boleh menyemburkannya pada rambut dan menyembunyikan uban anda pada bila-bila masa yang anda mahu dan membasuhnya dengan syampu kemudian
Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat untuk anda!